Sunday, 20th January 2013
Hari kedua menghirup udara Jepun. Nyamannya. Tihihihi.. Mengada-ngada sungguh. Nyaman tu memang nyaman lah kan. Tapi suhunya. Ya ampun. Memang sangat bertabah. Bahana gedik sangat beli tiket flight murah kan. Padan muka.
Hari kedua ni tak ada lah rushing mana kot sebab keluar dari guesthouse macam tu je sebab tak payah nak kemas-kemas barang bagai. Besok baru check out. So hari ni kita jalan-jalan dengan tenang tanpa memikirkan pasal beg nak campak kat mana. Sebelum keluar, kita alas perut sikit lah dengan memakan makanan rasmi jalan-jalan iaitu Maggi. Haru sungguh.
Destinasi pertama kami hari ni ialah ke Nara. Nak tengok bambi katanya. Kejadahlaa kan pergi jauh-jauh nak tengok bambi. Macam pergi Alas Kedaton sebab nak tengok monyet. Sampai bapak aku pun kata "Macam lah kat Malaysia ni takde monyet". Gedebush nak tergolek aku masa tu. Kesudahannya aku kena tulah dengan monyet kat Uluwatu. Memang horror. Jangan kat sini kena tulah dengan bambi sudah. Kekeke..
Dah siang-siang ni baru lah nampak persekitaran guesthouse Kinta yang kami duduk ni. Cantik tempat ni. Sunyi sepi pun ye. Mana semua orang ni tak bangun lagi ke? Hari ahad kot, semuanya masih tergolek kat dalam rumah.
Tenang dan nyaman..
Sunyi sepi macam pekan mati..
Ok lah. Untuk ke Nara, kami naik subway train dari stesen Kiyomizu-Gojo yang jaraknya cuma 5-10 minit jalan kaki dari guesthouse menuju ke stesen Kintetsu-Nara yang letaknya kat Nara Perfecture. Aku ni mula-mula memang sangat lemau tentang pembahagian daerah-daerah kat Jepun ni. Region lah, perfecture lah, district ada jugak kot. Tapi lama-lama tu boleh lah jugak. Setiap hari belajar benda baru. Seronok jugak dibuatnya.
Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang sejam jugak lah. Guna je Google Maps untuk dapatkan cara tercepat ke sana. Kami ambil train Keihan Main Line menuju ke Nakanoshima dan turun di stesen Tanbabashi. Dari situ, kami jalan sikit ke stesen Kintetsu-Tanbabashi untuk tukar train. Ambil train Kintetsu Limited Express and straight turun kat hentian terakhir iaitu stesen Kintetsu-Nara. Kos naik train, ambik ni. JPY1,240! Semalam je dah spend JPY2,020. Hari ni pulak? Baru one way ni. Memang berbaloi sangat lah ambil Kansai Thru Pass.
Start dari sini.. Kiyomizu-Gojo Station..
Sambil-sambil tunggu train kami study jadual ketibaan train. Juling biji mata. Dengan nombornya, dengan warna-warninya. Bila tenung lama-lama boleh jadi stress. Hahahaha.. Cuba tengok gambar kat bawah ni..
Study.. Study..
Ada enam line macam-macam warna kan? Merah lah, purple lah, biru lah, hitam lah. So setiap line mewakili jenis train. Yang express, yang limited express, yang berhenti certain stops, yang berhenti every stop. Pilih je nak naik yang mana satu. Dah tu jadual ketibaan pulak mengikut line. Jangan serabut sudah. :p
Aiyohhh apa ni?
Gambor yang kat atas tu mintak mahap ler, dah hari ke-empat kat Jepun baru aku dapat figure out apa maksudnya. Figure out sendiri, tanpa tanya siapa-siapa. Kalau salah, memang salah lah tafsiran aku. Hahahhaa.. Siapa-siapa yang pandai Chinese characters tu confirm tak ada masalah.
Okies. Bila dah sampai kat stesen Kintetsu-Nara tu, silalah ikut papan tanda nak keluar ikut tang mana ye. Jangan risau. Engelisheee signboard banyak. Tak kan sesat punya. Sebelum keluar, kita study dulu peta sekitar stesen Kintetsu-Nara ni. Kot-kot tersesat ke apa kan. Senang cerita kita snap siap-siap. Nak tengok bambi kena pergi Nara Park. So Nara Park it is. Mari kita cari Nara Park kat mana.
Study peta..
See? Nara Park..
Keluar dari stesen, angin bayu sepoi-sepoi bahasa mengalu-alukan kedatangan kami. Sejuk youuu.. Tapi masih boleh tahan lagi. Berjalan lah kami menuju ke Nara Park yang katanya dalam 1.8km dari stesen Kintetsu-Nara ni. Horrrr.. Nangis ko nak jalan jauh-jauh macam ni. Tapi bambi punya pasal, kenalah menyemangatkan diri
Naik bukit lah pulakkk.. Iskk..
Sepanjang-panjang jalan dok chanting "bambi.. bambi.. bambi..". Nak kumpul semangat lah lebih kurang gitu. Tapi kan, tak sampai 5 minit jalan, aku dah terbangak sebab nampak seekor bambi tergolek-golek kat depan mata. HOH?? Jalan ke depan sikit, nah ambik kau. Bersepah-sepah bambi! Ternganga mulut kejakunan. Yes. Samo macam monyet bersepah-sepah kat Alas Kedaton, lembu yang bersepah-sepah kat Mysore. Ini bambi yang bersepah-sepah. Beware, You're in Bambi Territory.
Bambi!
Ini close up punya bambi..
Walah! Dah nampak bambi banyak macam ni tak payah lah pergi Nara Park dah kan? Hahahaha.. Aku ingatkan nak kena pergi tempat yang spesifik nak tengok bambi ni. Kat kawasan yang agak terkawal dan tertutup. Tak bajet pun bambi nya bersepah-sepah macam ni. Alahai.. Ignorant sangat aku ni kan tak study betul-betul. Apa-apa pun kita posing maut dulu dengan bambi-bambi ni. Bambi-bambi ni dianggap sacred kalau mengikut kepercayaan orang Jepun. "The Messengers of Gods" gitu katanya.
Jaga-jaga bambi ni bukan jinak!!
Bambi skodeng makanan..
Bambi cari gaduh..
Kami ni sangat baik hati, tolong pakcik jual jajan tu lariskan jualan dia. Jajan untuk bambi ni lah. Spesis senbei ko jajan dia. Kelessss sungguh bambi makan senbei. Huhuhuhu.. Aku pun belum mampu nak makan senbei kat sini. Nanti kena beli jugak lah. Bambi ni memang tau. Belum sempat bayar senbei tu dah berdesup dari jauh diorang pecut 100m. Memang pantang kan. Dah tu datang dekat-dekat buat muka gwiyomi gwiyomi depan kita. Hurrr..
Tengok.. Pandai dia beratur.. Memang Jepun betul..
Kalau senbei tu murah memang sakan lah aku bagi makan kat bambi-bambi ni. Tapi memandangkan item "bagi makan kat bambi" tak ada dalam itinerary, aku lupakan saja lah hasrat suci murni ku itu. Sekali je lah ye bambi ye. Nanti ada rezeki aku datang lagi bagi korang makan. Aku bawak tempe goreng nak? Sedap tau!
Dah tu, kami jalan lagi lah. Takkan lah setakat tengok bambi je kan kat Nara ni. Baru pukul berapa. Kita ke Todaiji Temple pulak lah. Tak berapa jauh dah. Lebih kurang 1km lagi. Miahahahhaha..
Jalan kaki heyy!!
Aku suka lah jalan-jalan kat sini. Maybe sebab sejuk kot. Kalau panas rasanya nak kena fikir banyak kali. Keadaan sekeliling tenang je. Ada jugak kawasan perumahan kat sini. Walaupun banyak bambi, tak ada pulak nampak bambi ni pergi kacau rumah-rumah orang kat sini. Educated sungguh lah kau bambi.
Jalan-jalan..
Eyy apa skodeng!
Jaga-jaga bambi melintas..
On the way tu, kami lalu Nara National Museum. Kami tak masuk ke dalam sebab tak ada dalam itinerary kami. Half day je kami kat Nara ni. Kalau sempat kami pergi lepas ni. Kalau tak sempat, kami datang lain kali je lah kalau ada rezeki. Kita pentingkan yang dalam itinerary dulu. Tapi singgah sekejap lah jugak untuk snap gambar dan tinggal tanda.
Nara National Museum..
Tinggal tanda kat sini..
Lepas jalan-jalan santai-santai lebih kurang 20 minit gitu, sampai lah kami kat entrance ke Todaiji Temple. Kat sini lagi banyak bambi bersepah-sepah. Semuanya dok mengendeng kat orang-orang yang lalu lalang mintak senbei. Kalau untung, boleh nampak bambi ni tunduk kat kita sebagai tanda hormat. Tapi aku tak berpeluang lah pulak. Bambi kontrol macho ada lah aku jumpa. Bila datang dekat, ditegur, posing macam mana sekali pun tepi dia, dia duduk statik je tak bergerak-gerak.
Entrance!
Acah je! Takde senbei pon.. Hahahaha..
Kawasan Todaiji Temple ni agak besar jugak lah. Kat sebelah Todaiji Temple ni letaknya Nara Park. Hurmm.. Sampai jugak lah kami kat kawasan Nara Park ni. Nak kata Todaiji Temple ni letak kat dalam kawasan Nara Park pun boleh jugak kot. Sebab Nara Park ni beso ya amat. Kat sebelah kiri ada deretan kedai. Kedai aiskrim lah, kedai souvenir lah. Nanti kita boleh singgah.
Sebelum masuk ke dalam Todaiji Temple, kita akan jumpa Nandaimon Gate dulu. Gate kayu ni. Aku rasa original kot dari zaman dulu-dulu. Kat kiri kanan gate tu ada patung menakutkan. Katanya guardian temple tu. Seram aku tengok. Dah lalu gate tu, kat sebelah kiri boleh nampak Todaiji Culture Centre. Kat dalam tu ada macam-macam khazanah keagamaan yang melibatkan Todaiji Temple ni. Kami tak singgah pun muzium ni. Takut tak sempat.
Nandaimon Gate..
Melepasi Nandaimon Gate..
Todaiji Culture Centre..
Oklah, kami jalan terus menuju ke kaunter tiket. Bersimpang siur nak ke kaunter ni. Admission fee ke Todaiji Temple ni ialah JPY500 seorang. Dah alang-alang sampai, kita bayar dan masuk je lah.
Kaunter Tiket..
Tiket masuk..
View of Todaiji Temple dari kaunter tiket..
Sampai-sampai je kat depan Todaiji tu, kami disapa oleh seorang nenek berbaju shocking yellow striking ya amat. Dia perkenalkan diri dia as "English Interpreter". Free, free katanya. Wah. Bagus lah nenek ni. Dah tua-tua macam ni masih bekerja. Aku rasa umur dia ada kot 70 tahun. Memang tua dah. Gigih dia mengexplain tentang Todaiji Temple ni. English dia tak ada lah bagus mana tapi masih boleh difahami. Janglish gitu. Hehehe.. Sekali sekala, dia refer kepada kertas yang dia pegang. Aku jeling sikit kertas dia tu. Wow. Macam transcript. Hahahaha.. Ada FAQs lagi, kalau tourist tanya apa, nak jawab apa. Terbaik lah nek oi!!
Todaiji Temple..
Cerita sikit lah ye mengikut apa yang aku paham dari penerangan nenek tu. Todaiji Temple ni kalau ditranslate ke Engelishee maksudnya "Great Eastern Temple" gitu. Dah wujud sejak 8th century lagi. Todaiji yang ada sekarang ni bukan yang asal. Dah mengecik dan berubah wajah sebab pernah terbakar 3 kali. Setiap kali terbakar, dia akan construct jadi temple yang lebih kecik. Nenek tu kata lagi, ada satu tingkap kat tengah-tengah temple tu, kalau dibuka memang terus nampak muka patung Buddha yang ada kat dalam tu dari jauh. Tapi tingkap tu cuma dibuka dua kali je dalam setahun. Untuk upacara keagamaan lah gitu.
Mengikut nenek tu lagi, kat atas bumbung kat main ridge gitu ada dua hiasan. Kalau tengok sekali imbas memang lah aku tak tau apa benda tu. Tapi aku rasa aku tau kot hiasan tu untuk apa. Untuk protection ke atas bangunan tu lebih kurang lah maksudnya. Ni aku belajar masa pergi Gyeongbok Palace kat Seoul lah. Atas bumbung istana ada macam-macam hiasan untuk protection dari kuasa jahat. Yang ni pun aku rasa lebih kurang jugak. Nenek tu kata hiasan tu sebenarnya ekor ikan. Ada dua gitu. Dia kata biasanya ada jantan betina nya. Tapi yang ni tak pastilah pulak aku. Mungkin dia ada explain cuma aku je tak perasan. Kegunaan ekor ikan ni sebenarnya adalah untuk protect bangunan ni dari terbakar. Gitulah ceritanya.
Hiasan ekor ikan..
Tak lama tu, habis sudah cerita nenek tu. Dia cakap "enjoy yourself" gitu. Memang terbaik lah nek. Banyak info yang aku dapat walaupun Englishee dia tunggang langgang. Hehehe.. Kami masuk ke dalam. Kat dalam tu boleh nampak ada satu patung Buddha besar kat tengah-tengah dan beberapa patung buddha kecik yang lain. Yang besar ni duduk kat atas lotus petal gitu. Katanya lotus petal ni je yang original dari zaman dulu. Patung Buddha yang sedia ada ni dah diresconstruct banyak kali due to fire.
Buddha..
Todaiji Temple sekarang..
Kat dalam temple ni ada gift shop. Boleh lah beli kalau nak. Tapi aku skodeng je lah apa yang ada. Beli kat luar lagi murah kot. Lagi pulak banyak souvenir Buddha kat dalam ni.
Gift shop..
Dah habis skodeng gift shop kami keluar. Skodeng-skodeng dan posing-posing kat luar lah pulak. Kat situ ada telaga air minum. Boleh minum kat situ.
Nak minum?
Dah tu terbau pulak lah bau sedap. Apa ya, apa ya? Haa tu dia.. GOGUMA!!! Aku tak tau lah apa nama dia kan dalam bahasa Jepun. Keledek bakor uolsss!! Sedapnya bau. Bila tengok harga dia nak menangis rasanya. Lagi mahal dari tiket masuk Todaiji Temple. Huwaaaaaaaaaa.. Tapi kan. Tak tahan lah godaan dia. Beli jugak! Keledek RM24.. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
K Abid tukang beli..
Menggigil kau nak keluarkan duit. Hahahhaa.. Dah beli tu masuk dalam beg kertas dan aku lah yang jadi tukang pegang. Takmo makan lagi walaupun dah menyeru-menyeru "makan lah saya! makanlah saya!" Tahan je dulu sebab nak singgah beli souvenir seketul dua. Dah settle tu baru lah boleh makan dengan tenangnya.
Tengah belek-belek souvenir tu sekali aku rasa macam beg kertas goguma aku tu ditarik-tarik gitu. Waddahel la kan. Sekali omak kau memang aku terperanjat bila nampak bambi dah mula munching beg kertas tu. HEYYY!! GOGUMA RM24 AKU KO BEDAL?? Time tu memang boleh letak CGI asap kat atas kepala aku dan muka aku boleh kaler dengan warna merah. Dah main tug of war pulak dah aku dengan bambi tu. Memang bikin malu je aku kat situ gaduh dengan bambi. Mestilah gaduh kan! Keledek mahal! Hahaha.. Last-last dia lepas jugak. Nasib baik tak bertaburan keledek tu kat lantai. Aku belek-belek beg kertas tu, fuhhhhh masih dalam keadaan selamat goguma-goguma tu. Tak boleh tunggu lama lah. Terus diagih-agihkan goguma tu dan makan! Dah tu lari jauh-jauh dari bambi sebab masing-masing dan mula datang mengendeng. Sedap kaaauuuu.. Oleh sebab sedap sangat dan mahal, dengan kulit-kulit sekali aku makan. Tssskk.. Bukannya apa. Kulit dia pun lembut dan sedap. Nangis lahhh.. Terbayang-bayang sampai hari ni.
Sebijik share dua orang.. Jadilah keledek RM12.. Huwaaaaaa!!
Sambil makan sambil belek souvenir. Eh.. Yang kat luar Todaiji ni macam lagi mahal dari yang kat dalam tadi. Hurmm.. Beli je lah. Dah tu bila jalan-jalan kat deretan kedai kat luar main entrance tu, lagi mahal pulak! Alamak. Apo ni? Semakin jauh dari tourist attraction semakin mahal? Hurmmm... Better take mental note benda-benda ni.
Dah! Lepas buat scene dengan bambi, dapat souvenir keychain seketul, kami pun bergerak pergi dan balik semula ke stesen Kintetsu-Nara. On the way tu ada nampak shopping lane. Kami masuk lah sekejap untuk tengok apa yang ada kat sana.
Mari skodeng!
Shopping lane ni namanya Higashimuki Shopping Street. Ada banyak kedai jugak kat sini. Kebanyakannya baru bukak. Katanya, kalau nak shopping bagai kat Nara ni, kat sini lah tempatnya. Macam-macam boleh beli kat sini. Siang-siang macam ni tak ramai orang sangat. Kalau malam, maunya sesak.
Deretan kedai yang ada..
Daiso pun ada..
Kat bahagian luar..
Kami tak lama dalam shopping lane tu. Dalam 15 minit je. Setakat cuci-cuci mata je kan. Lain lah kalau nak shopping bagai. Susah nak shopping ni sebab baru hari kedua kat Jepun. Ada lapan hari lagi nak kena harung. Dah tu bukan duduk kat Kyoto je. Payah ni kalau nak heret ke sana sini.
Now, kami akan ke Kobe pulak. Punya lah jauh kami merentas Kansai Region ni. Dari hujung sini nak ke hujung sana pulak. Nak jimat masa punya pasal lah kan. Masa mula-mula susun itinerary ni memang sangat pening. Sebab masa tak banyak, dah tu berangan nak pergi macam-macam tempat. Gini lah jadinya. Kepala tak betul. Huhuhuhu..
Untuk ke Kobe, kita kena pergi ke Hyogo Perfecture dan turun kat Sannomiya Station. Sepatutnya boleh je naik train Kintetsu-Nara Line terus ke Sannomiya Station tapi entah kenapa kesengalan sebab baru dua hari tak paham lagi nak baca subway map kan, kami memilih untuk balik semula ke Kyoto dan dari Kyoto baru pergi ke Kobe. Perjalanan sepatutnya 1 jam 20 minit dah jadi 2 jam. Hahaha..
So dari Kintetsu-Nara station kami naik train Kintetsu-Nara Limited Express menuju Kyoto, transfer kat Kintetsu-Tanbabashi Station, pergi ke Tanbabashi station dan naik train Keihan Main Line menuju Demachiyanagi dan turun kat Gion-Shijo Station. Dah sampai Gion-Shijo Station tu kena keluar, dan jalan kaki sikit ke Kawaramachi Station ambil train Hankyu Kyoto Line menuju ke Umeda. Dah tu turun kat Juso Station for transfer dan ambil train Hankyu Kobe Line menuju ke Shinkaichi. Dah tu turun lah kat Sannomiya Station. Fuhhh... Punyalah banyak kerja. Lagi bagus naik train direct Kintetsu-Nara ke Sannomiya. Tak payah tukar-tukar train. Huhuhuh..
Keluar dari Gion-Shijo Station..
Transfer kat Juso Station..
Hankyu Kobe Line Train..
Ye lah kan. Almost 2 hours later baru lah sampai Sannomiya Station ni. Dah pukul 2.30 petang dah. Pukul 5 nanti dah start gelap dah. Ada lebih kurang 2 jam 30 minit je ni untuk meronda-ronda sebelum hari gelap. Oleh sebab kesuntukan masa, kami ronda-ronda kat kawasan Sannomiya Station tu je.
Around Sannomiya Station..
Kenapa kami nak datang Kobe ni? Kami nak jenguk Masjid Kobe sebenarnya. Lokasinya memang tak jauh pun dari Sannomiya Station. Kami tak pandai nak terjah je cari masjid tu, so kami tanya lah kat petugas yang ada kat stesen Sannomiya tu. Petugas tu sangat baik hati siap bagi peta dan cara nak pergi sana dengan limited English dia. Boleh lah. Janji sampai.
Penerangan yang diberi..
Keluar dari Exit 3, jalan menyusuri jalan besar tu sampai lah jumpa Tor Road. Jalan ikut Tor Road tu sampai jumpa simpang 4, cross jalan dan jalan terus lagi sampai jumpa Family Mart, kedai kegemaran kami. Dah tu belok kanan. Dari simpang tu dah boleh dah nampak Masjid Kobe.
Tor Road..
Jalan Menyusuri Tor Road..
Sampai jumpa Family Mart..
Belok kanan.. See Masjid?
Masjid Kobe dari luar..
Sampai dah. Senyap sunyi je masjid ni macam tak ada orang. Cuba bukak pintu, tapi berkunci. Lah. Kok tutup masjid ni. Kebetulan kat depan masjid tu ada kedai makanan import. Meh tanya dia macam mana nak masuk masjid tu.
Kedai Halal..
Kami masuk ke dalam kedai import tu. Yang berjaga kat kaunter tu orang Indonesia. Senang ler kami nak berbicara gitu. Hehehhee.. Rupa-rupanya nak masuk ke masjid tu kena ikut pintu belakang. Lalu kat main office dia. Oh. Gitu rupanya. Tak apalah, kejap lagi kami pergi. Sekarang ni tengah lapar. Ada nampak kedai Naan kat situ. Marilah pergi melantak!
"Korang nak masuk masjid ke?" Tanya si kucing itu..
Kedai Naan..
Oihhh macam sedap..
Tengok menu memang keluar air liur. Harga pun tak ada lah mahal sangat. Kami masuk lah ke dalam. Bila masuk je, tuan kedai tu kata kami dah nak tutup sebab hari ni hari ahad kami bukak separuh hari je. HAAAAAAAAAAA.. Bukan rezeki kami lah nak makan. Sedihnya. Tak apa lah. Kami cari kedai lain pulak. Kat area-area masjid ni mesti banyak kedai makan. Kami pun pusing-pusing lah. Yes memang banyak kedai makan tapi semuanya tutup! Lahhh.. Sebab hari ni hari ahad ke? Kalau bukak pun pukul 5, pukul 6 nanti baru bukak untuk dinner. Gasak! Kelaparan lah kami.
Kami mengambil keputusan untuk tunggu sampai petang. Mesti makan! Dah habis explore tu kami balik semula ke masjid untuk solat. Masjid ni besar lah jugak, tapi yang mengimarahkannya bukan lah orang Jepun. Orang Pakistan, orang India dan orang-orang Timur Tengah gitu. Sempat kami berjumpa dengan tourist dari Indonesia. Sakan ko dia speaking English. Hehehe..
Dari tingkat atas. Curi-curi ambik gambar..
Subhanallah..
Dah habis solat, kami singgah Family Mart untuk cari benda yang boleh dibuat alas perut. Memang dah bunyi motobot dah ni tak boleh tahan. Maggi dan goguma pagi tadi memang tak cukup sebab dah banyak sangat jalan dah ni. Dapat banana milk je kat dalam kedai ni. Jadi lah..
Islamic Centre..
Banana milk..
Dah tu jalan-jalan lagi jumpa kedai halal lagi. Masuk dalam skodeng. Pekerjanya orang Indonesia jugak. Tanya dia kat mana restoran halal kat sini, dia sebut lah satu-satu. Siap tanya banyak kali confirm halal? Dan banyak kali jugak dia jawab ya ya ya.. Hehehe.. Oklah. Kita jalan-jalan dulu. Nanti kita datang balik untuk sapedekk. Sempat lagi beli maruku sepaket kat sini buat ngunyah. Lapor tak hengat kan!
Kobe Halal Food..
Perut merengek-rengek memang tak best lah kan nak jalan-jalan tapi gigihkan diri jugak. Plan nak jalan jauh-jauh tapi tak larat. Mana yang mampu je lah. Memang tawaf habis ni kawasan antara Sannomiya Station dengan Masjid Kobe ni.
NHK Kobe..
Temple apa ni..
Shopping Street..
Dah penat jalan kat luar, masuk kedai pulak. Banyak international shop sini. I mean, kedai-kedai yang jual bahan-bahan makanan dari luar Jepun. Ramai pulak tu yang menyopping kat kedai-kedai ni.
Brand Gaban ko..
Lebih kurang pukul 5.30 kami balik semula ke area Masjid Kobe. Makan kat restoran India. Serius aku lupa apa nama kedai tu. Makan Chicken Beryani JPY1,260. Miahahahaha.. Kenyang kau. Masa awal-awal masuk restoran ni tak ramai orang, semakin lama semakin ramai. Meja kat hujung tu penuh dengan pakcik-pakcik dan makcik-makcik Jepun. Tiba-tiba terdengar salah sorang tu sebut Alhamdulillah. Ohh.. Muslim rupanya..
Nyamnyam..
Dah kenyang, baru lah boleh bercerita panjang, barulah ada energy nak buat perkara-perkara seterusnya. Tapi sayangnya, dah gelap gulita. Nak buat apa lagi? Balik je lah kami ke Kyoto. Tapi sempat lagi meronda-ronda tu on the way balik ke Sannomiya Station.
Soping mall..
Shopping lane ni..
Baliknya, ikut laluan datang tadi. Transfer kat Juso, Kawaramachi, Gion-Shijo station bagai baru lah sampai ke guesthouse kami. Penat sungguh hari ni berjalan jauh. Berapa kalori agaknya terbakor ni? Berangan je lah. Makan beryani tadi je beribu-ribu kalori masuk. Hehehehe..
Dia pun ada ladies coach jugak..
Bila nak sampai ni...
Map jalan-jalan setakat dua hari ni adalah seperti ini:-
Day 2 updates..
Oraito! Till next entry!
Kos perbelanjaan hari ni:-
Todaiji temple = JPY500.00
Jajan-jajan (termasuk jajan bambi) = JPY640.00
Chicken Beryani = JPY1,260.00
Souvenir (Keychain) = JPY250.00
Total = JPY2,650.00
0 comments :
Post a Comment