Tuesday, July 9, 2013

Meroyan Versi Singapore

Meroyan lagi kat Singapore. Kali ni untuk Super Show 5 ler. Aishh.. Kisah Super Show 5 kat Seoul belum habis karang lagi terperap kat dalam draft. Entah bila nak sambung mengarang tu aku pun tak tau. Takde mood. Nanti dah siap aku tepek kat sini. Kisahnya, ramai rombongan kali ni. Dari KK, dari KL, dari JB. Semuanya berkumpul kat Singapore untuk meronggeng. Meriah jugak lah.

Sebelum pergi ke stadium kami momom-momom dulu lah. Retis kpop ni kalau datang Singapore ni, yang diorang ingat Chilli Crab saja. Ye lah. Aku nak try lah ketam ni sedap ke tak. Sebelum tu kena lah cari tempat makan ketam ni lah kan. Godek kat internet, ada lah restoran ketam yang halal ni. Terjah lah sana.

Kampong Chai Chee Restaurant..

Chilli Crab!!

The verdict? Hurmm.. Biasa-biasa je. Tak ada lah sedap menggila sangat. Boleh lah. Aku masak lagi sedap kot? Hahahaha.. Dah! Dah rasa dah chilli crab ni. Boleh lah fefeeling macam retis kpop jugak. Huhuhuhu..

Habis lah jugak..

Restoran ni dekat je boleh jalan kaki dari station MRT Eunos. Sila jalan menghala ke Masjid Darul Aman, dah tu belok ke kiri. Jalan je terus sampai lah jumpa restoran ni. Refer je peta kat bawah ni.

Lokasi restoran..

Dah lepas makan boleh lah singgah masjid sekejap untuk solat. Senang kan. Dah habis solat semua baru lah gerak pegi stadium untuk meronggeng. Yeehaaaa~!!

Ticket!!

Indoor Stadium..

Kali ni, sengal duduk rockpitt. Depan pulak tu. Bila konsert dah nak start, tak sampai separuh pun manusia kat dalam rockpitt tu. Memang boleh guling-guling, golek-golek dalam rockpitt ni. Nak berlari-lari pun boleh. Punya lah best. 

Bila dah start tu semua orang meroyan lah kan. Aku pun. Tapi terkawal lagi duduk diam-diam. Kamera bagai tak berani nak bawak keluar sebab security sangat strict. Ramai yang dah ditarik keluar. So, kita enjoy je lah diorang perform. Mana yang statik kat stage depan, kita pun statik lah. Tapi bila mereka dah lari mengelilingi stadium, kami pun apa lagi. Gerak ke sana ke sini. Sampai pening dibuatnya sebab tak boleh nak fokus kat satu tempat.

Nyaaaa!!

Overall sangat enjoy sebab tak sesak. Dah last-last tu dah habis semua performance, baru lah berani keluarkan kamera. Snap lah apa-apa yang patut. Tepek je lah sini ye. ^____^ 

Dah abis..

Hae..

Hyuk..

Hae.. Mi.. Wook..

Eppp abe bilis tenunganmu..

Lihat perutku.. Ramping kannn..

Krooohhhhh...

Kang king and ming..

More kangin..

Cocokk kang mata tu..

DJ Sukira..

Ming..

Gayaaaaaahhh..

Dah habis tu, kami tunggu turn nak keluar stadium. Tiba-tiba Hyuk keluar buat ucapan Selamat Hari Raya pulak dah. Ehh.. Bukan. Sampaikan pesanan supaya ELF jangan gado-gado. La hai.. Sampai macam ni sekali. Sadis pulak aku dengar. Aku tak masuk campur kes tu. Yang gado tu budak-budak hingusan tak cukup umur je. Budak takdok keje. 

Jangan gado-gado katanya..

Dah tu kami terus ke Changi Airport. Untuk tido ler. Sebab dah malam sangat kan. Besok je baru balik JB. Hehehe.. I tell you la. Tido sini sangat best. Atas karpet some more. ^___^

Tido!

Dah.. Entry meroyan yang entah apa-apa. Nak tunggu yang versi Malaysia pulak kalau ada. Huhuhuhu..

Related Posts:

  • Selamat Berperang! Today is the day! Hari untuk berperang mendapatkan tiket SS4 Seoul! All tickets can be purchased via GMarket website starting at 8pm KST tonight. Kepada rakan-rakan seperjuangan yang akan berperang, all the best of lu… Read More
  • Cerita GMarket For the past week, kami dok menggodek website GMarket ni semata-mata nak dapatkan tiket SS4. Penat dah. Last time, ketika berperang, kami tewas. Satu tiket pun tak dapat nak secure. Boleh masuk site tu, berjaya jugat dapatka… Read More
  • Super Junior SHAKE Sedang sibuk membelek twitter aku ternampak Super Junior SHAKE berada di Worldwide trending topic. Menatang apakah Super Junior SHAKE tu? Setelah dibelek-belek rupanya Apple App. Hoh. Sakan lah aku mendownloadnya tanpa berp… Read More
  • Goodbye EunTeuk DJ.. Selepas 5 tahun 3 bulan, akhirnya EunTeuk DJ meninggalkan Super Junior Kiss the Radio (SUKIRA). Sedih weh~!! Walaupun aku baru berjinak-jinak dengan SUKIRA tahun lepas, aku rasa sedih. Belum lagi orang yang memang layan seja… Read More
  • Encik Sederhana Aku buat entri ni atas permintaan cik Kia. ^^ Kebetulan tengahari tadi ada Inkigayo kat S One HD tu. Punyelah gigih aku korek beg cari kamera. Malas nak menyalin lirik kekdahnya. Baik aku rekod je pakai kamera. Nak rekod dar… Read More

0 comments :