Thursday, 3rd May 2012
Queenstown --> Kawarau River --> Arrowtown --> Cromwell --> Wanaka --> Makarora
Baru hari ke-lapan. Rasa dah tak sabar dah nak balik Malaysia. Kehkeh.. Tak sabar bukan apa, aku rindu kat tilam aku yang empuk kat rumah tu. Huhuhuhuh.. Rindu jugak dengan cuaca panas kat Malaysia tu. Huwaaaa.. Macam-macam pe'el lah aku ni.
Ye lah. Pagi ni, sarapan sempoi-sempoi orang putih style, toast and cheese with baked beans and scramble eggs yang takde rupa scramble eggs. Minum pulak teh o panas. Sangat terbaik. Bila perut dah diisi, baru lah boleh buat benda-benda yang sepatutnya lah kan. Kalau tak, takde mood sokmo.
Breakfast..
Pagi ni aku tak ada lah aktiviti apa pun. Cuma Nott lah nak pergi Bungy Jumping. Ni AJ Hackett punya ni. Lokasinya pulak ialah kat Kawarau River. Kisahnya, ada promo terjun buy 1 free 1. Sakan Nott mengajak, tapi aku tak berani lah. Akak lagi dua tu pun tak berani. Kesimpulannya, Nott pergi sorang-sorang. Kami hantar Nott kat pejabat AJ Hackett kat pekan then kami pun buat hal sendiri, grocery shopping!
Sini shopping!!
Macam-macam yang dibeli. Stock up balik apa-apa yang perlu. Nak kata murah takde lah murah mana pun. Beli ikut keperluan je. Yang tak perlu macam jajan-jajan pun beli jugak. Hahahaha.. Dah tu pergi seberang jalan. Dari jauh dah nampak Asian Mart. Skodeng lah apa-apa yang patut. Macam-macam ada. Produk cap ayam pun bersepah-sepah. I mean Ayam Brand lah. Pekerja mart ni semuanya Korean. Hurmm.. Kedai orang Korea lah kot ni kan? Semalam pergi kedai souvenir orang Jepun. Boleh tahan ramai jugak lah Asian kat Queenstown ni.
Kedai Korea..
Dah habis shopping kami pusing-pusing layan secenery yang ada kat Queenstown ni. Sempat jugak lah picnic kat tepi Lake Wakatipu ni. Duduk-duduk layan blues. Kat bangku sebelah kami ada family India tengah lepak-lepak jugak. Sempat jugak lah bertegur sapa tanda kita ni peramah. Dia pun dok jalan-jalan jugak kat New Zealand ni.
Wakatipu..
Dah tak tau nak buat apa, kami pun mula lah bergerak meninggalkan Queenstown. Ada rezeki kita datang lagi ya! So dari Queenstown, kami terus menuju ke AJ Hackett punya bungy jumping site kat Kawarau River tu untuk menjemput Nott. Kalau ikutkan Nott akan balik ke Queenstown ikut rombongan AJ Hackett ni, tapi lambat lah pulak timingnya. Makanya, kami lah yang ke sana. Boleh jimat masa sebab on the way jugak untuk ke destinasi seterusnya.
U: Queenstown, V: Makarora 169.1km..
Tempat bungy jumping ni best jugak lah sebenarnya. Meriah dengan orang-orang yang berani menerjunkan diri. Awal-awal tu seram jugak lah nak masuk. Hehe.. Kat sini kami ada jugak jumpa dengan family dari Malaysia. Tak sempat nak borak panjang. Setakat bertanya dari mana dan nak ke mana saja.
Kat pintu masuk..
Kena turun bawah ye!
Pricing..
Tengok-tengok apa yang ada kat sini sebelum pergi cari Nott. Dah terjun kot dia. Kena cari dia kat luar lah nampak gaya nya. Dah sampai luar tu ya ampun gayatnya aku. Tempat macam ni nak suruh aku terjun. Mintak mahap lah. Sangat tak berani. Huhuhuhu..
Lompat sini!!
Ada yang standby kat bawah..
Kalau ikutkan, takdelah tinggi mana tempat ni. Kalau kena paksa jugak aku rasa aku boleh kot terjun. Hahahaha.. Time ni lah baru kata boleh. Tadi takmo. Mengada-ngada sungguh. Next time lah ye. Kumpul berani banyak-banyak dulu. Dan kumpul duit banyak-banyak dulu. Kemain mahal nak terjun ni. Tak cukup bajet lah pulak ni.
Nott dah settle dah terjunan dia. Tinggal nak ambik gambar je. Terdengar jugak lah bebelan dia yang gambar bungy dikenakan harga lain. Ciss.. Mahal teruslah jadinya bungy jump ni? Lompat dah NZD180, gambar pulak NZD100. Homaiii.. Memang lah aku tak mampu! Tapi takkan lah tak nak beli gambar tu kan? Terpaksa lah gores dan hutang. Huhuhuhu..
Gambo mencekik darah ambik kat sini..
Dah tu lepak-lepak kat cafe dalam bangunan tu. Baru pukul berapa tapi perut dah menyanyi-nyanyi mintak di isi. Kenapa lah kau perut. Nampak makanan sedap-sedap kat kaunter cafe. Tahan air liur je lah. Kita beli Hot Cocoa je lah untuk mengalas perut.
Hurrr...
Jadilah..
Oii??
Agak-agak dah puas melepak minum air hangat, kami pun bergerak balik ke van untuk ke destinasi seterusnya iaitu Arrowtown. Arrowtown ni sebenarnya dah terlepas ke belakang. Terpaksa lah kami patah balik. Mengikut info yang aku dapat dari kakak-kakak ni, Arrowtown ni pekan lama yang unik gitu. Hurmm.. Bajet aku Arrowtown ni macam Oamaru lebih kurang kot.
Yep. Memang lah unik pekan ni. Terasa tercampak balik ke zaman Victorian. Feelingnya sama dengan feeling pergi Oamaru hari tu. Tapi yang ni lagi lah. Sangat terbaik. Arrowtown ni mengikut sejarahnya, merupakan pekan yang menjalankan aktiviti perlombongan emas. Kaya kot tempat ni dulu-dulu kan. Disebabkan aktiviti perlombongan ni, banyak ler pekerja asing datang dari luar yang kebanyakkan nya datang dari Europe dan China. Lebih kurang lah gitu.
Kami tak buat apa sangat lah kat sini. Sekadar jalan-jalan, ambil gambar, skodeng-skodeng kedai souvenir. Kat sini aku berjaya beli winter jacket yang gelembung-gelembung tu. Aisshhh susah laa nak explain. Senang cerita yang macam astronaut pakai kat bulan tu. Hahahaha.. Brand new NZD60. Murah! Duit cash takde, makanya aku gores dan hutang saja. Biar menyesal beli jangan menyesal tak beli gitu. Hehehe..
Hurmm.. Aku tepek gambor je lah ye. Tak tau nak cerita apa sangat pasal Arrowtown ni. More info boleh dapat kat sini --> http://www.arrowtown.com/
Welcome!!
Pharmacy..
Phone booth..
Bakery..
Cafes..
Tempat lepak..
Sweet shop..
Kedai emas..
Museum?
Teringin jugak..
Siam pun ada ko..
Dah agak tengahari gitu, orang semakin ramai. Banyak bas persiaran yang masuk ke Arrowtown ni. Tourist lah ni datang untuk bersiar-siar. Sebelum jadi lebih sesak, kami pun mengundur diri dan bergerak ke destinasi seterusnya.
Kami akan singgah sebentar di Wanaka sebelum meneruskan perjalanan ke utara South Island ni. Tak ada spesifik tempat sebenarnya untuk kami bermalam malam ni. Selagi mana kami mampu drive sebelum gelap, selagi tu kami akan teruskan. Mudah-mudahan ada lah holiday park atau campsite kat tepi jalan untuk kami singgah bermalam.
Lebih kurang 40 minit perjalanan dari Arrowtown, kami tiba di pekan kecil Cromwell. Bukan pekan sangat pun Cromwell ni. Lebih kepada kampung aku rasa. Kebetulan berhampiran dengan papan tanda Welcome to Cromwell tu ada perusahaan buah-buahan. Macam kilang pun ye. Dah tu ada ladang buah-buahan kat tepi kilang tu. Singgah lah sekejap untuk tengok apa-apa yang patut.
Ladang Jackson..
Ini tempatnya..
Wuhuuu!! Sangat murah!!
Lagi.. lagi..
Meriah ko dengan buah-buahan kat sini. Rambang mata kami dibuatnya. Berjaya merembat epal berkilo-kilo. Sedap dan manis dan rangup dan aihhh.. Terbayang-bayang dah ni. NZD1.50 sekilo, kalau convert ke RM baru berapa. Dah tu sekilo tu boleh dapat lebih kurang 9-10 biji epal pulak tu. Memang seronok lah.
Packing..
Processed Products..
Lagi buah yang ada..
Ladang kat tepi..
Kalau ikut hati, memang dah beli..
Dah berjaya merembat buah yang macam-macam jenis, kami pun bergerak lagi lah. Terusssss ke Wanaka. Nak jalan-jalan kat sana pulak untuk buang masa. Tapi, sebelum sampai tu, ada benda menarik lah pulak kat tepi jalan tu yang menarik perhatian kami. Singgah lah sekejap!
Wanaka.. To Wanaka..
Apa yang menarik tu? Ini lah dia. Puzzling World. Memang tak ada dalam itinerary kami pun untuk singgah sini. Singgah pun sebenarnya sebab nak cari toilet. Masuk ke dalam, cari toilet tapi belum sempat jumpa toilet, dah melekat duduk kat dalam tu main puzzle. Hahahaha.. Memang sangat ralit. Sampai hilang rasa nak pergi toilet. :P
Puzzling World..
Leaning tower..
Ada banyak attractions kat dalam ni. Attractions yang best tu, haruslah berbayar. Kami takde bajet untuk masuk Puzzling World ni, makanya kami pergi ke tempat yang free of charge je. For more info go to Stuart Landsborough's Puzzling World.
Ada books on puzzles..
Macam-macam jenis puzzle..
Main sekejap..
Sakan concentrate..
Dah puas tu, kami balik semula ke van. Sempat jugak lah kami solat jamak kat tepi van tu sebelum memulakan perjalanan semula. K Awa rajin pulak membongkar dan mengemas van time ni. Hehehe..
Our bed..
Dari Puzzling World ke pekan Wanaka tak lah jauh mana. Dalam 5 minit gitu perjalanan. Dah sampai Wanaka, kami singgah isi minyak dulu, sebelum park kat depan tasik. Dah parking tu, kami meronda-ronda lah sekitar Wanaka ni.
Wanaka ni just another pekan kecik lah yang ada kat South Island ni. Letaknya kat bahagian selatan Lake Wanaka gitu. Wanaka ni sebenarnya termasuk dalam kategori resort town gitu, sekali dengan Queenstown. Banyak aktiviti yang boleh dibuat kat sini. Aktiviti yang boleh dibuat time summer dan aktiviti yang boleh dibuat time winter balanced gitu. Sama banyak.
Jalan-jalan..
Ada supermarket..
Restoran India pun ada..
Kami jalan-jalan lah kot-kot ada kedai makan halal ke apa ke. Sebab menurut cerita entah siapa entah, kat Wanaka ni ada penempatan orang-orang Islam. Kalau macam tu, senang lah kan nak cari. Tapi hampeh tak ada pulak. Ada turkish kebab kat situ tapi takde tulis halal so tak jadi nak beli. Orang turki ni tak semestinya islam lah kan. Huhuhuhu.. Tak apa lah.. Kita makan kat campsite je nanti. Masak apa-apa yang patut.
Gelap dah..
Hari semakin gelap, hampir sejam perjalanan dari Wanaka, kami tiba di Makarora. Kebetulan kat tepi jalan ada ala-ala holiday park gitu. Tak payah buang masa lah kot, terus kami masuk ke dalam untuk mencari tempat bermalam.
Main building..
Namanya Makarora Tourist Centre. Agak cantik jugak lah tempat ni. Nasib kami baik sebab ada tempat untuk kami melepak malam ni. Syukur Alhamdulillah tak payah jalan jauh lagi dah. Macam biasa, kami memilih power-site. Kami diberi peta untuk ke power-site ni. Seram pulak bila nampak lokasinya macam dalam hutan. Hahahahah..
Dalam hutan ke?
Lepas selesai pembayaran semua, kami terus mencari port parking. Sampai terlajak-lajak cari tempatnya sampai tiba kat ladang kambing. Ada seekor kambing tu menyambut kedatangan kami gitu. Hahahaha..
Kamben oiii..
Jumpa jugak lah dengan power site ni. Bukan dalam hutan pun. Kat tengah-tengah padang sebenarnya. Kami cari port yang strategik yang berdekatan dengan pintu masuk. Takmolah jauh-jauh. Seram pulak sebab van kami sorang-sorang je kat sini. Huhuhu..
Charging time!!
Dah sampai tu, kami take turn untuk mandi, solat dan yang sewaktu dengannya. Dah tu kita buat operasi memasak lah pulak. Sebelum masak, kita skodeng-skodeng dulu dapur dia macam mana. Agak selesa jugak lah. Nampak gaya, bukan kami je yang bersilat kat dapur ni. Ada satu family mat saleh ni turut bukak langkah jugak. Tapi dinner dia simple je. Tak macam kami yang meriah macam ni. Macam-macam nak dimasak.
Kalau sejuk..
Dapur..
Sinki..
Utensils and stuffs..
Meja makan..
Other equipments..
Ketua chef ialah K Awa. Pembantunya aku ler. Aku tukang godek-godek je. Then it's time to makan! Menu kami malam ni ialah nasi putih berlaukkan ikan goreng, sup kobis dan apa benda ntah namanya tu sweet and sour stew gitu? Entahlah. Cendawan, karot, kentang dan segala sayur-sayuran yang ada di masak sweet sour. Sedaaaapp..
Nikmatnya!!
Poyo je aku, K Awa dan Nott keluar lenggang kangkung tak pakai baju tebal. Kebal lah tu kononnye kan. Nott siap buat dialog "Nak lepak-lepak kat luar lah tengok bulan. Cantik bulan malam ni." Sekali, bila dah keluar tu, angin tiba-tiba menderu. Terus terbangak kat situ, beria bukak pintu van tapi tak larat, makanya lintang pukang lah kami berlari ke toilet sebab kesejukan. Nak tengok bulan lah sangat kan. Bulan pun entah ke mana..
Shower & Toilet..
Sinki..
Dengan air yang sejuknya kat toilet tu. Dah tu mengekek-ngekek dalam toilet memikirkan macam mana nak balik semula ke van. Hahahaha.. Yang tak menahan tu siap kira satu dua tiga tu nak berlari balik. Dari jauh dah jerit "K Abiiidddd.. Bukakkk pintuuuuuu!!!" Nasib baik dia dengar. Pintu van dibukak, dan kami pun terus melompat masuk ke dalam. Dah kat dalam tu mengekek lagi macam orang tak betul. Heheheh..
Dah! Tamatlah sudah hari ke lapan. Nantikan hari kesembilan pulak ye! Adios...
Keseluruhan perbelanjaan hari ini (seorang):-
Groceries = NZD19.45
Petrol = NZD11.50
Campsite = NZD14.00
TOTAL = NZD44.95
0 comments :
Post a Comment