Friday, 26th April 2013
Intro can be found here --> TransJava Prologue
Ini namanya trip tangkap muat. Sebab aku pada mulanya bukan lah termasuk dalam group yang akan pergi jalan-jalan merentas Pulau Jawa ni. Sementara yang lain dah beli tiket flight almost setahun awal, aku pulak baru terhegeh-hegeh nak beli lebih kurang dua bulan dari tarikh yang ditetapkan nak pergi ni. Memang selamba badak, tutup mata beli tiket. Nasib baik tak berapa mahal.
Aku ni serba salah sebenarnya. Yes, aku nak ikut. Itu sudah pasti. Tapi memandangkan aku ni tak sampai sebulan pun duduk senyap-senyap kat Malaysia, aku dah berjalan lagi. Status kewangan sangat membimbangkan gitu. Kekeke.. Siapa suruh berjalan tak hengat kan. Baru bulan April, tapi aku dah merewang jalan-jalan Jepang, cuti-cuti Mabul, meroyan tengok Abe Nuar Jengg dan jalan-jalan Korea (HUH! Korea lagi? Oooppss..). Cuti yang tinggal pun cukup-cukup makan je. Jangan tiba-tiba TERkahwin sudah ler. Huehuehue.. Macam lah ada yang nak kahwin dengan aku kan. Sobs..
Okieslah. Seperti yang aku merepek dalam Prologue, kali ni aku pergi jalan-jalan dengan orang yang tak dikenali. Yang aku kenal K Awa seorang je. Yang lagi empat tu memang tak pernah jumpa. Jumpa kat dalam Facebook je. Entah macam mana boleh terjebak lah kan. Mereka-mereka ni sebenarnya tengah kumpul orang untuk ambik pakej pergi ke Bromo. Kalau ramai pergi, dapat lah diskaun kaw-kaw. Asalnya dah cukup orang (tak termasuk aku) tapi last minute ada perubahan, ada yang tak dapat ikut. So gabra lah jugak kan mereka. Time tu lah aku masuk menyelit. Memang menyelit je lah ni sebab AKU TAK PREPARE APA-APA PUN UNTUK TRIP NI. Menonong pergi airport bawak backpack, pasport dan 3 jota rupiah. Punye lah semberono.
Backpack gwe..
Aku ni dah lama sebenarnya tak ke Indonesia. Last sekali aku pergi tahun 2010 tak silap. Tu pun bukan backpacking tapi beg-tariking. Jalan-jalan santai gitu. Kali ni haruslah hardcore gitu kan. Memang gasak lah. Tak dapat aku nak imejin apa yang bakal aku hadapi sepanjang trip ni nanti. Di awal trip ni mungkin tak ada masalah lah kot sebab ikut pakej. Yang selepas tu. Mudah-mudahan semua dipermudahkan dan selamat aku balik semula ke Malaysia.
Destinasi pertama ialah Surabaya. Yes, kita naik flight dari KL pergi Surabaya. Lepas tu, entah ye. Kekeke.. Kita ikut saja ke mana pak supir akan bawak kita. Kat LCCT aku bertemu dengan K Rin dan Razat. Wow.. Dua muslimah yang berbeza perwatakannya. K Rin, being a Malaccan (bukan nak cakap orang Melaka ni kasar ke hapa), but she's LOUD! Wow!! I Loikeee!! Hahahahaha.. Dah lama tak jumpa kan orang yang happening macam ni, dah tu cakap straightforward je takde kona baring. Razat pulak, terus tergamam terduduk aku bila nampak dia datang pakai jubah sambil memikul backpack. Again, WOWWW!! Terkesima, terkagum dan macam-macam lagi lah aku. Razat pulak jenis soft spoken. Kesimpulannya, meeting K Rin & Razat buat aku agak bengong lah pada awalnya. Hehehehe.. Tapi sekejap je. Lepas tu dah OK dah. :P
Yay sabuk pengaman jangan lupa mbakk!!
Sebab dah lama sangat tak pergi Indonesia, aku lupa pulak tang nak kena isi kad non-visa short term visit tu. Malam tadi tak dapat tidur, makanya kat atas flight memang sedap membuta. Terjaga pulak time-time nak landing dah. Terpaksalah aku tahan seorang pramugari tu mintak kad.
Kad ni ler..
Gitu gini selepas 3 jam masuk dalam kapal terbang, kami pun mendarat lah di Juanda International Airport, Surabaya. Bermula lah sudah pengembaraan kami selama 9 hari ni. Dah settle immigration and kastam, terus pergi ambik beg dan berjalan keluar untuk bertemu dengan pak supir. Nasib baik kami bertiga dan kita ada K Rin yang gagah perkasa, so aku tak takut. Hahahaha.. Sorry K Rin. :P
Dah sampai!
Welkam.. welkam..
Our baggage..
Kami keluar dari arrival hall, terus nampak seseorang dengan kertas bertulis Roslinda ke apa. Aku pun tak cam sangat. K Rin terus berjalan ke orang tu. Hah? Nama K Rin ke? Camne Roslinda boleh jadi Rin? Kat facebook pulak nama lain pulak? Hahahha.. Pening kepala aku. Kira betul lah ni, sebab orang tu adalah pak supir yang akan bawa kami sepanjang 4 hari ni.
Sementara tunggu pak supir ambil van, kami merewang-rewang sekejap kat airport ni. Tak ada lah besar mana. Cenonet je. Ke kami yang tak explore habis. Hehehe..
Sini pun ada Bangi.. Ingatkan kat Seoul je ada.. Ehh.. Malaysia pun.. :P
Tak lama menunggu tu, pak supir pun sampai. Pak supir kami ni idokler ganteng mana orangnya tapi manis lah kot? Hahaha.. Nampak pemalu. Hurm kalau jenis yang tak banyak cakap susah jugak ni. Lagi sakit jiwa kalau sepuluh perenggan kita tanya dia balas dengan satu perkataan je. Heol! Senyum je dia tunjukkan kami ke arah van. Van ni lah yang akan bawa kami jalan-jalan sepanjang 4 hari pertama ni.
See you later!
Kisahnya, lagi seorang ahli rombongan, Zati dah sampai awal pagi tadi. Sekarang ni tengah jalan-jalan cuci mata kat bandar Surabaya. Zati ditinggalkan sekejap kat sana dan pak supir ni patah balik ke airport untuk ambik kami. Lepas ni dia akan balik semula ke sini untuk ambil K Awa and geng yang akan sampai dari JB. Wah. Penat tu. Dalam van kami memulakan sesi borak-borak lah dengan pak supir ni. Mula-mula tu dia macam malu-malu nak jawab. Bila ditanya dia diam je. Ingatkan kenapa lah dia malu, rupanya dia tak paham. K Rin cakap laju sangat sampai tak tau K Rin tu bagi ayat tanya ke ayat penyata. Hahahahaha.. Bila dah lama sikit tu, kira boleh lah. Bercakap jugak lah mamat ni. Nama dia Nasyid ko. Kemain kan. Tapi bila ditanya suka muzik nasyid ke, dia kata tak lah, SUKA DANGDUT. Hahhh.. Pengsan makcik dengor!
Sura dan Buaya..
Perjalanan ke Bandar Surabaya dari Juanda Airport tak lah menyesakkan sangat. Kereta banyak, tapi tak lah sampai kebabom dahsyat macetnya. Mungkin belum lagi kot sebab bukan waktu rush hour. Then aku nampak kat sebelah kiri jalan ada billboard besar dengan arca serupa ikan jaws tengah bertarung dengan buaya. Terus kami tanya kenapa dengan ikan dan buaya tu. Nasyid pun explain lah pasal ikan dan buaya tu. Ikan tu orang Jawa kat sini panggil Suro. Buaya pulak dipanggil Boyo. Dah, itulah asal-usul Surabaya ni. Suro dan boyo = Suroboyo = Surabaya. Ada faham? Hahaha.. Boleh baca kisah suro dan boyo ni kat sini --> Patung Sura dan Buaya.
Lebih kurang dekat sejam jugak lah kami naik van ni dari airport ke Surabaya. Sepanjang jalan tu ada lah nampak masjid, shopping mall bagai. Cuci mata je lah tengok kiri kanan sepanjang perjalanan tu. Dah keluar dari highway dan masuk ke jalan bandar, aku dah mula jadik rimas sebab banyak nau kereta! Macet dah ni. Tapi masih boleh gerak lagi.
Soping?
Masjid agung kot?
Budak-budak balik sekolah..
Nak oyen tak??
Kami terus menuju ke Jay Em Pey. Hahahaha.. JMP lah sengal. Jembatan Merah Plaza gitu. Kenapa namanya Jembatan Merah, sebab ada satu jambatan warna merah berhampiran plaza tu. Menurut Razat dan K Rin, ada kisahnya jambatan warna merah ni. Aku oooo kan aje. Tempat bersejarah kot ni. Mesti tourist spot kan? Sekali bila sampai. Lah itu ke jambatan merahnya? Hehehe.. Jambatan biasa je. Nanti kita korek apa disebalik cerita jambatan ni. Kena balik semula ke zaman pemerintahan Belanda kot?
Jembatan Merah..
Kenapa datang JMP ni? Sebab masing-masing nak shopping. Adoyai.. Nangis mak. Sebab mak bukan jenis yang suka shopping. Takpelah. Duduk diam-diam kat tepi je tengok diorang shopping. Lagi pulak, Zati tunggu kami kat sini. Katanya kat sini boleh tempah langsir sehari siap. Tu yang memasing macam excited je. Aku ni kalau ada rumah sendiri pun aku akan excited jugak lah kot. Malangnya aku mampu menyewa je. Sobss..
JMP ni lebih kurang Tanah Abang lah kat Jakarta or Pasar Baru kat Bandung. Tempat buang duit. Targetnya orang Malaysia. Kekeke.. Nasyid tunggu kat luar sementara kami ronggeng-ronggeng kat dalam. Disebabkan dia tak masuk, aku minta tolong Nasyid belikan tiket keretapi untuk kami. Cadangnya nak naik keretapi nanti dari Surabaya ke Solo. Dah alang-alang kan. Nak jimat masa, lagi pulak dia tak boleh sembarangan parking kat luar JMP ni. Dah lah sempit, nak parking pun susah.
Okies. Sebelum pergi shopping, kami pergi cari simcard dulu. Buat calling-calling, sms-sms dan yang penting skali untuk bertenet. Aku ni boleh gatal satu badan kalau tak dapat main tenet satu hari. Merenyam je tak boleh duduk diam. Makanya, kami pergi lah kat salah satu kedai handphone yang berdekatan.
Cari simcard..
Kami beli simcard SimPATI. Memang simpati sungguh. Rate dia not bad jugak lah. Aku beli simcard dan topup siap-siap dalam IDR30,000 gitu. Baru berapa hengget kan. Tak ingat lah pulak berapa GB dapat untuk dataplan. Tak apalah, kita guna je sampai lebam. Kalau habis credit boleh topup lagi.
Dah lepas beli simcard, kami pergi makan. Tengah lapar. Naik ke tingkat atas untuk ke foodcourt. Nice foodcourt. Ada lah berapa kerat kedai makan kat sini. My choice? Soto ayam & nasi putih. Nyam-nyam.. Soto sini lain tau!
Makan sini!
Soto..
Dah kenyang, baru lah boleh jalan-jalan dengan tenang. Mula lah aktiviti menyoppingnya. Nasib baik lah kan, kedai langsir kata langsir boleh siap dalam tempoh seminggu, kalau tak ada yang bertenggek kat situ tunggu siap. Kekeke.. Ketawa je pemilik kedai-kedai langsir ni kata mustahil lah nak siap dalam satu hari. So, jalan-jalan tengok benda lain lah.
Baju..
Lot kedai..
Meriah!!
Then ada satu kedai ni entah kenapa dia mengheret kami untuk masuk ke dalam. Bukan tuan kedai tapi kedai tu sendiri. Hahaha.. Maybe ada aura something kot kat kedai tu. So, masuk lah kami ke dalam. K Rin memang dah berkenan dah dengan jubah-jubah yang ada kat situ. Maka diborongnya entah empat ke lima pasang. Daebak lah kan! Aku pulak beli telekung ringan untuk buat travel. Memang aku dah aim dah telekung ni dari sebelum datang sini lagi. Walaupun ringan, kain dia tebal dan tak jarang. Memang bagus. Senang kan nak bawak telekung jenis ni. Kalau telekung biasa tu berat, dah tu makan space pulak. Yang ni boleh gulung-gulung, lipat-lipat jadik kecik.
Ni lah kedainya..
Hasil borongan..
Dah habis shopping, Nasyid datang jemput dan kami terus ke airport semula untuk jemput K Awa. Kisahnya, kami ni terlambat sikit sebab macet. Dah tu jauh lah pulak tu Surabaya dengan airport kan. Nasib baik K Awa dan K Ayu setia menanti. Hehehe.. Sebelum bergerak ke destinasi seterusnya, kami tunggu waktu maghrib dulu di Masjid yang ada kat depan airport ni.
Masjid Airport Juanda..
Our van..
Dah settle semua, kami pun bergerak pergi meninggalkan Juanda. Ke Bromo kita! Yeeehuuuu!! Nasyid kata perjalanan ke Bromo mengambil masa 3 hingga 4 jam. Whatt? Lamanya. Memang selamat lah aku tidur dulu dalam van. Lagi pulak dah malam kan. Kiri kanan tak nampak apa. Aku sedar pun bila Nasyid berhentikan van kat tepi jalan. Ada tempat rehat dan makan-makan rupanya. Masih jauh lagi ni. Kami ambik keputusan untuk makan dulu lah kat sini.
Menu yang ada kat kedai makan ni boleh tahan peliknya. Belasah je lah. Aku order mi goreng ayam je. Takut jugak kalau benda pelik-pelik yang diletak kat dalam pinggan kalau aku order yang pelik-pelik. Hehehehe..
Nasi Goreng Panjang Umur.. Hik..
Alpukat! Nyam!!
Mi goreng ayam..
Orait. Masuk van, aku sambung tidur. Perut dah kenyang kan. Memang pantang. Sedar-sedar kami dah sampai ke destinasi. Aku pun tak tau lah kat mana kami ni. Kiri kanan gelap gulita. Tiba-tiba teringat sampai waktu malam kat Kintamani dulu. Seram je. Tapi yang penting kami sampai kat hotel. Aku pun dengan mamai-mamai turun dari van dan terus masuk bilik. Cuaca kat luar boleh tahan sejuk. Kat puncak gunung ke kami ni? Huhuhu.. Masuk bilik, terus melompat sebab lantai sejuk giloss.. Huwaaaaaaa..
My katil..
Tibi..
Toilet..
Perjalanan kami so far..
Abih doh!
Kos Perbelanjaan sorang hari ini:-
Simcard = IDR30,000.00
Makan = IDR30,000.00
Telekung = IDR70,000.00
Pakej Bromo = IDR950,000.00
Total = IDR1,080,000.00
3 comments :
salam cik sengal, ade no kontek ke supir kat sana? tqq
chang hee,
errr macam ada, tapi nak kena cari dulu.. entah mana letak.. nanti saya post kat sini..
Cik sengal. Ada contact untuk bromo dan supir package x? Nak pegi gak bulan 11 ni
Post a Comment