Wednesday, January 30, 2013

Konnichiwa Japan! ~ Prologue

Hallu! Saya baru balik dari merewang-rewang di Jepun. Yayy!! Macam tak percaya pun ada. Dah banyak dengar cerita orang, nak ke Jepun susah. Nak deal dengan visanya lah, dengan rate currency yang tinggi lah, harga barang yang mahal lah, nak makan susah lah. Guess what? We managed to survived 10 days with +-RM3000.00. Tak percaya? Percayalah!

Pada awalnya K Awa, K Abid dan Nott dah beli tiket ke Jepun ni. Aku tertinggal kat belakang tak join sebab aku tak boleh nak agak future aku macam mana kan. Buatnya rezeki aku untuk sambung belajar datang, kenalah aku pergi belajar. Tapi lama-lama tu macam gatal jugak tangan ni nak beli tiket flight. Tak boleh jadi ni. Beli lah. Join geng-geng yang lain. ^___^

Sebelum pergi, sempat tanya my sis samada dia nak ikut atau pun tak. To my surprise, terus dia melompat-lompat nak ikut. Minah ni hantu Jepun. Manga lah, Anime lah, JDorama lah. Memang sesuai sangat lah pergi Jepun kan. Bukan musim cuti sekolah pun dia sanggup ambik cuti. Tak dapat cuti, dia sanggup ambik cuti tanpa gaji. Punya semangat nak ikut!


So, beli lah tiket. Destinasinya ialah Osaka. Kenapa Osaka? Sebab AirAsia baru bukak laluan ke Osaka. Biasanya kalau harga pembukaan laluan memang lah sangat murah. Plannya, pergi pada tarikh 19 Januari 2013 tapi tiket dah dibeli seawal 16 Mei 2012. Kemain awal kan beli tiket ni. Beli awal dapatlah tiket murah-murah. Harga? RM681 pergi balik. Sengih je lah. Siapa nak bagi tiket murah macam ni pergi Jepun. Lagi satu kenapa murah ialah masa tu winter. Memang gasak lah. Balik-balik asyik pergi jalan masa winter je. 

Destinasi kami ye Osaka. Tapi bukan sekadar lepak di Osaka saja. Kami ke Kyoto, Kobe, Nara, Tokyo, Sendai, Himeji, dan Hiroshima. Senget-benget jugaklah jadinya kami ni sepanjang mengembara di negara matahari terbit ni. 

Dari berlima tinggal berempat. K Awa tak dapat join sebab tak dapat cuti. Payah jugak kalau kerja swasta ni susah nak mintak cuti. Nasib baik aku senang je. Janji banyak cuti kan. :P

Tidur lah dulu kat sini..

Ini dulu lah kot untuk permulaan? Nantikan entri jalan-jalan Jepun yang seterusnya. Tapi kena tunggu time aku rajin nak mengarang ler jawabnya. Hehehehe.. 

Related Posts:

  • Hotel Toyo, Osaka Ini lah tempat tidur kami untuk satu malam di Osaka. Namanya Hotel Toyo. Nama je hotel, tapi sebenarnya taraf-taraf hostel backpackers je ni. Kami memilih untuk tidur kat sini sebab harganya murah kalau nak compare dengan t… Read More
  • K's House, Hiroshima Moh sambung update pasal hostel/backpackers yang ada kat Jepang ni. Sempena menjejakkan kaki kat Hiroshima ni (tak ingat lah pulak aku hari ke berapa aku meronggeng kat Jepun ni), kami memilih untuk tinggal kat K's House. K… Read More
  • Konnichiwa Japan! ~ Prologue Hallu! Saya baru balik dari merewang-rewang di Jepun. Yayy!! Macam tak percaya pun ada. Dah banyak dengar cerita orang, nak ke Jepun susah. Nak deal dengan visanya lah, dengan rate currency yang tinggi lah, harga barang yan… Read More
  • Konnichiwa Japan! ~ Day 9: Osaka Castle, Den Den Town, Kuromon Market, Minami Namba Sunday, 27th January 2013 Pejam celik, pejam celik, dah sembilan hari dah kami kat bumi Jepun ni. Tinggal hari ni saja nak merewang sampai pengsan sebab besok dah nak balik Malaysia dah. Rasa sedih plus excited. Sedih se… Read More
  • Konnichiwa Japan! ~ Day 5: Shinjuku, Roppongi, Nippon Budokan & Fujikawaguchiko Wednesday, 23rd January 2013 Day 5. Dah half way dah pun trip kami ni! Walaupun dah separuh jalan, perjalanan kami ni masih jauh sebenarnya. Masih banyak lagi tempat yang kami nak pergi. Entah sempat entah tak. Masa buat… Read More

3 comments :

vanilla_zerome said...

bestnya...... jelez ni.... huhuhu..

CikSengal said...

jangan jelez2.. sila pergi.. if i can, u can too.. ^____^

Ina said...

tak sabar tunggu next entry!!