Friday, January 18, 2013

Maybank Malaysia Open 2013

Tak pernah terfikir pun nak pergi tengok badminton match. Tapi disebabkan aku ada satu hari untuk dibazirkan, dan tak tau nak buat apa, aku terus melangkah ke Mid Valley, beli tiket kat Rock Corner, jalan-jalan sekejap dan terus bergerak ke Stadium Putra.

Kebetulan hari ni pusingan separuh akhir. And i see some familiar names playing today. Lee Chong Wei ada, Saina Nehwal ada, dan yang paling best Lee Young Dae pun ada. Hikssss..

My ticket!

Dah lama jugak lah sebenarnya tak menjejakkan kaki kat Stadium Putra ni. Last time datang sebab meroyan tengok SuJu back in 2011. Lepas tu tak ada dah. Alih-alih dengar stadium ni tutup untuk renovation. Apa yang direnovate pun aku tak tau.

Long time no see!

Some events outside..

Aku sampai lambat. Malas nak rushing-rushing. Sebelum masuk, aku skodeng-skodeng keadaan sekeliling stadium. Sempat jugak masuk jamban. Hurmm.. Tak terbela pun jamban ni. Apa yang direnovate? Dah abis skodeng, aku masuk. Wahh rindunya aku kat susasana dalam stadium ni. But wait.. Sama je dengan sebelum ni. Mana yang direnovate? 

Inside..


Banyak membebel aku ni pasal renovate-renovate ni. Tak nampak apa-apa perubahan pun. Kerusi pun ala-ala nak tertanggal jugak. Ada yang tercabut sana sini. Hurmm.. Dia renovate bumbung kot.

The game started. Ramai jugak yang datang tengok ni. Tak kira bangsa agama. 1Malaysia lah kan. Sekali sekala terdengar orang bersorak bagi semangat ke pemain. Meriah jugak lah. Somewhere in between tiba-tiba blackout kat sebelah kanan stadium. Lohh.. Tak ada lampu pulak dah. Beberapa game terpaksa ditangguhkan sebentar sementara lampu dibaiki. Chaitt.. Buat malu je. Other than that, aku relaks dan layan game.

Darren..

Sania..

Lee Young Dae and geng.. Hikhiksss..

Atuk Chong Wei..

Boleh dikatakan seronok jugak lah tengok live depan mata. Kalau kat rumah dok menyumpah-nyumpah depan TV je. Kat sini boleh join menyumpah-nyumpah dengan pakcik-pakcik yang duduk sebelah aku. Hehehehe.. It was fun.

Dah! Tak tunggu sampai habis. Aku nak kena balik semula ke KL Sentral, ambik beg dan melangkah ke LCCT. Aktiviti homeless akan dimulakan sebentar lagi..

Related Posts:

  • Dear Blog..Kesian kau blog! Bukannya aku nak neglect, ignore kau sampai berbulan-bulan lamanya. Cuma skill mengarang aku entah hilang ke mana. Macam dah jauh lari meninggalkan aku. Chewahh.. Nanti la ye blog. Banyak cerita aku nak cerit… Read More
  • Cuba Try TestCheck.. Check.. 1.. 2.. 3.. cuba try test..Dah lama tak mengarang benda merepek. Hari ni aku nak test sama ada skill aku ni masih hot hot hot issue ke tak. Alah, macam budak-budak 4minute cakap tu. Hahaha..Tengah hujan lebat … Read More
  • I Love Kota Kinabalu's...Bright blue sky...........Jangan harap nak nampak langit macam ni kat JB nun. Huhuhu..… Read More
  • Menjelajah Utara Sabah Jalan lagi!! Asyik jalan je aku ni kan? Pantang ada masa terluang, walau duit tak ada pun onnnnnn je. Set je nak pergi. Sunday, 14th February 2010 Chinese New Year 2010. Orang lain dok tergolek-golek lagi kat rumah, kami t… Read More
  • You're Beautiful Director's Cut DVD Set Latest collection freshly delivered from Korea.. Ada 3 dvd sets, ada poster, ada kalendar, ada mousepad, ada photobook, ada notebook. Mana tak habis duit aku.. Huahuahuahuaaaa... … Read More

0 comments :