Monday, January 14, 2013

Kia Ora, Aotearoa! ~ Day 4: Oamaru: Harbour Street Market, Steam and Rail, Blue Penguin Colony, Heritage Radio, Dunedin & Portobello

Hurrrrrrr.. Dah berapa lama dah tak update jalan-jalan NZ ni. Gila malas tahap gaban terbongkang dah ni. Kita buat slow-slow lah ye. Here goes............


Sunday, 29th April 2012
Oamaru --> Dunedin --> Portobello

Setelah kesejukan tidur tanpa heater (seksa ya amat tau!), kami bangun. Secara officialnya, tempat tidur aku memang lah kat bumbung van. Nott dah tak kuasa nak panjat, K Abid lagi lah. Kirim salam saja katanya. Aku mengalah lah. Tak kisah lah. Aku maknae. Kena ikut dengar cakap kakak-kakak. Hahahhaa.. Bersiap-siap ala kadar (tak ingat aku mandi ke tak, hahaha) dan mula bersilat kat dapur for a simple breakfast. Goreng-goreng apa yang ada, buat toast dan minum teh panas. Nikmat sungguh.

Breakfast..



Sementara menunggu yang lain-lain bersiap-siap, aku mengambil kesempatan untuk menjinjau-ninjau kawasan Oamaru Holiday Park ni. Kawasan dia tak luas mana lah. Kecik je. Macam holiday-holiday park yang lain, kat sini ada disediakan tandas, shower, dapur, laundry dan lain-lain. Children's playground pun ada. Boleh lah.

Sini~!!


Hari ni plan nya untuk jalan-jalan kat Oamaru je. Habiskan masa kat pekan penuh misteri ni. Hehehe.. Misteri lah sangat kan. Tapi aku rasa misteri jugak lah. Sebab pekan ni masih mengekalkan cara hidup zaman Victoria. Tak semua lah. Ada jugak kemodenanannya. Cuma yang buat aku kagum, bila berada kat pekan ni, seolah-olah aku berada di dunia lain. Back to the past gitu.

Kebetulan hari ni hari Ahad. Ada Farmer's Market. Menarik je bila dengar. Boleh lah beli apa-apa yang patut. Sayur ke, ikan ke apa ke. Buat bekalan masak-masak untuk perjalanan kami yang masih panjang lagi ni.

Pekan Oamaru masih belum hidup. Suasana sangat tenang. Tak ada bunyi-bunyian langsung. Aishh.. Macam pekan koboi yang kena tinggal pun ada. Seram pun ye. Mana pergi semua orang? Tak bangun tidur lagi kah? Jucy kesayangan kami diletakkan di tempat parking, dan kami pun mula merewang jalan-jalan sekitar pekan. Seriously.. TOTALLY VICTORIAN.

Some of the buildings... 

Kedai yang ada.. See the bikes?

Jalan sunyi sepi tak ada kereta..

Oihh seram!! Mana orang?


Tengah jalan-jalan tiba-tiba tu aku terkejut beruk tahap gaban betul lah bila ada seorang lelaki berpakaian lengkap Victorian Style lalu di tepi kami. This is so so so interesting. Tahan dia kejap! Ambik gambar sama-sama. Hehehe.. Bukan selalu ni nak jumpa orang macam ni kan?

Victorian Man..

Penerangan tentang Oamaru..

Bikes for Sale..

Theater..

Kedai buku..

1877 ko.. Victorian Sangat..

See! Victorian printer!

Memang sangat Victorian kan? Aku masih ingat lagi zaman kecik-kecik dulu masa aku berpeluang sekolah kat UK dulu, aku belajar tentang Kings and Queens of Great Britain. Salah satu era raja-raja yang aku belajar ialah era Victorian ni, under the reign of Queen Victoria. Sangat menarik tau zaman ni! Kami dulu siap buat play, pakai baju-baju zaman Victoria, pergi school trip to museums and places yang berkaitan dengan Victorian Era. Memang seronok.

Kami jalan-jalan lagi di deretan kedai yang masih belum di buka lagi menuju ke Farmer's Market. Sambil-sambil tu memang kerjanya mengsnap gambar je lah. Sampai penat tangan ni mengklik.

Horse Carriage..


Then we found this one shop. Shop ke hapa ke aku tak tau. Tapi penerangan tentang Oamaru. Banyak aktiviti yang dijalankan oleh masyarakat setempat. Yang pastinya, kebanyakan aktiviti tu mesti melibatkan Victorian Era. Unik! 

Some info..

Some activities.. Victorian Style..

Queen Victoria.. 

Kami jalan-jalan mengskodeng beberapa kedai yang telah pun dibuka. Sekali tengok macam carboot sale je. Warrgghhh rindunya aku nak pergi carboot. Bila lagi dapat pergi ye. Macam-macam yang ada dijual. Semua barang second hand. Kalau tak mengenangkan kami ni bawak backpack, confirm banyak barang yang aku rembat.

Harbour Street Market..

2nd hand stuff..

Some more..

HAMBIK KAU!! DIA JUAL TUDUNG JUGAK.. 


I mentioned earlier, ada theater kat sini. This is one old theater. Tak tau lah masih berfungsi lagi atau pun tidak. Interior dia very the Victorian style.

Some of the plays..

Office..


Dah penat jalan-jalan dalam kedai, kita jalan-jalan kat luar. Beberapa gerai baru dibukak. Belum banyak lagi ni. Memang lambat kot orang-orang kat sini bukak kedai. So far, aku tengok orang-orang yang meniaga ni semuanya orang-orang tua. Yang dah pencen gitu. Mana pergi orang-orang muda ye? Hurmmm..

Clothes for sale..

Kat sini sebenarnya ada macam-macam jenis kedai. Bukan setakat jual barang-barang 2nd hand or jual-jual baju. Ada bakery, ada woodworks, pottery, tileworks, stoneworks. Macam-macam ada. 

Kedai jual seramik..


Kat dalam kedai tileworks, kami mengambil kesempatan untuk membeli sedikit souvenir. Untuk diri sendiri lah. Nak belikan orang lain sungguh tak mampu. Korang datang sendiri lah ye ke New Zealand ni dan beli sendiri souvenir tu. It's just a TILE. Ada ukiran binatang kat tile tu. Binatang yang represent New Zealand lah ni kononnya. Comel. Ambik sorang satu. Aku ambik Kiwi, K Awa ambik Penguin tak silap, K Abid ambik Sheep. Macam sheep lah kononnya tapi aku nampak macam anjing je. Hehehehe.. K Abid tetap bertegas tu sheep. Ye lah K Abid. Dah sampai kaunter, pekerja tu bungkus tiles ni dengan cermat dan tulis bungkusan yang mana untuk binatang yang mana. Sekali kat salah satu bungkusan tu dia tulis DOG. Rasa nak tergolek dah kami gelak kat depan kaunter tu. Selamat K Abid moncong...

Oihhh lembu siapa tergolek ni..

Stonework..

Baru nak tanya..

Jauhnya kiriman..


Bakery yang ada kat sini sebenarnya tutup sebab hari Ahad. Tapi perniagaan masih on. Tak paham? Well, tuan bakery letak semua roti-roti dia di luar kedai. Lepas tu tinggalkan nota kat situ. Siapa berminat nak beli sila ambik roti ni dan letakkan duit kat balik pintu. Wahhh.. Sangat kagum aku. Perniagaan based on honesty. Kalau lah boleh praktik macam ni kat Malaysia.

Honesty business..

Dah.. Then kami terus ke Farmer's Market. Shopping apa-apa yang patut. Rindunya aku kat suasana pasar macam ni. Tersengih-sengih bila masuk ke dalam. Pasarnya kecik je. Harga sayur, buah semua murah-murah. 


Farmer's Market..

Telur..

Pumpkins..

Porridge..

Beli sayur..

Saya beli kentang..


Lumayan jugak yang diborong. Tapi tak ada lah banyak sangat. Setakat mana yang peti ais JUCY kami boleh tampung. Macam lah takkan jumpa kedai lagi lepas ni kan. So agak-agak jugak lah membeli belah ni. Dah habis shopping, kami keluar. Nampak van jual ikan. Beli lah ikan kod sepotong dua. Tak kan nak makan sayur je kan. Nak jumpa kambing halal entah bila nak dapat. 

Beli ikan!

Breakfast?

Coffee..

Victorian man meniaga..

More horse carriage..

Want to try?


Tengah menonong tengok barang jualan aku ditegur oleh seorang lelaki. "Hai, dari mana?" Terkejut beruk aku. Mana taknya. Mat Saleh cakap BM dengan aku. Aku blur sekejap. Lelaki tu ketawa. Dari Malaysia, jawabku. Wahh excited sungguh dia bila dapat tau. Rupa-rupanya dia biasa datang KL. Setahun mesti pergi sekali. Bila ditanya macam mana boleh pandai cakap BM, dia jawab pernah tinggal di Indonesia selama 20 tahun. "Bahasanya sama bukan?" Katanya. Wahh.. Kagum aku dengan pakcik ni. Aku kadang-kadang cakap BM pun fail.

Beli home made cranberry juice.. Home made lemonade dia tiptop!

Face painting..

Look at this boy!

Dah habis pusing-pusing sekitar market kami pun pergi letak barang hasil borongan ke dalam JUCY. Then kami patah balik menghala ke stesen keretapi Oamaru. Stesen kecik je. Nak naik keretapi antik. Laluan keretapi ni tak jauh mana. Stopnya pun ada dua je. Dari sini sampai ke stesen lagi satu. Then, patah balik ke sini balik. Kat stesen lagi satu tu boleh jalan-jalan sekitar harbour. Harga tiket untuk train ni NZD8.00  per person.

Ada sejarahnya ni..

Ini dia!

Ticket & info brochure..

Penerangan dari person incharge..


Menariknya tentang perkhidmatan keretapi ni, ia bukannya diurus oleh jabatan keretapi or anything. Tapi diurus oleh penduduk setempat. Tukang jual tiket nya orang biasa. Yang bawak keretapinya tu pun nanti orang biasa. Macam bapak-bapak kita. Kagum kan? Dah berapa kali dah aku kagum dengan masyarakat kat NewZealand ni. 

Layan blues..


Tak ramai yang naik keretapi ni. Kami berempat, this one family and this one couple. Tempat duduk banyak. Nak baring-baring pun boleh. Perjalanan memang slow motion habis. Orang jalan kaki lagi laju. Hehehe.. 

At the other station, kami stop dan turun dari keretapi. Atendan keretapi tu kata malam tadi ada penguin menyelinap masuk ke dalam bangsal keretapi. Excited ni, nak tengok penguin! Macam tak pernah tengok penguin kan? Penguin kat zoo, kat sea world tu tak sama dengan penguin liar macam ni. Mesti lah excited.

Mari skodeng penguin..


Dalam bangsal tu dah la gelap. Mata nak kena bukak besar-besar cari kat mana penguin tu menyorok. At last jumpa jugak. Ya ampun comelnya! Gigih dia menyorok duduk diam-diam kat belakang kepingan zink. Rasa nak picit-picit je. Hehehe.. Tak menyempat nak ambik gambar sebab terlampau geram tengok. Lagipun gelap-gelap macam ni memang fail nak tangkap gambar.

Dari bangsal, kami jalan sedikit untuk ke Penguin Center. Aku panggil tempat ni penguin center lah. Lupa nama tempat ni apa. Ala-ala visitor's center pun ada jugak. Kat sini boleh dapat maklumat tentang jenis penguin yang datang melepak kat Oamaru ni. Ada souvenir shop kalau nak beli apa-apa. Aku tengok je sebab mahal. Hehehehe..

Penguin center..

Some info..

Kawaasan harbour..


Tak lama tu dengar bunyi horn keretapi. Time's up! Nak kena balik dah. Balik lah kami semula ke Harbourside station. Dah sampai tu, kami merewang-rewang lagi. Sempat menjengah ke konti local radio kat situ. Terjenguk-jenguk, aku nampak DJ tengah bertugas. Dia tersenyum je nampak kami. Lepas tu dia ala-ala bangun nak greet, tapi belum apa-apa aku dah cabut lari dulu. Takut aku kalau kena interview live kat radio. Hahahahahha..

Local radio..

The DJ inside.. Masa ni dia tak nampak kami lagi.. :P


Dah sampai masanya untuk kami gerak ke destinasi seterusnya. Sebelum gerak, kami singgah lagi kat kedai souvenir Oamaru. Aku beli keychain je untuk diri aku. Suka nau aku kumpul keychain ni. 

Souvenir shop in Oamaru..

Jaaa! Mari jalan. Kita tinggalkan dulu pekan Oamaru yang menarik ni. Bila lagi lah nak sampai sini lagi kan? So, our next destination is Dunedin! Hoyehhh..

Sebelum kami memulakan perjalanan kat New Zealand ni, aku ada lah jugak korek beberapa maklumat daripada colleagues yang pernah belajar kat sini. Kebetulan, ada yang pernah study kat Dunedin. Gigih lah kan aku mendengar. Katanya, kalau dah sampai Dunedin jangan lupa singgah University of Otago. Baiklah! Akan aku cari universiti ni. 

Itinerary hari ini.. Bermula dari I: Oamaru J: Dunedin dan berakhir di K: Portobello.. 130km..


Perjalanan ke Dunedin sangat mendamaikan seperti sebelum-sebelum ni. Tenang sungguh New Zealand ni. Aku ni kalau sekali sekala macam ni boleh lah aku terima. Tapi kalau sepanjang masa senyap sunyi macam ni boleh jadi gila kot. Sekali sekala, nak jugak rasa suasana hiruk pikuk, happening pening. 

Jauh lagi..

Seaside some more..


Lebih kurang 2 jam jugak lah kami berada kat jalan. Baru nampak bandar Dunedin. Boleh dipanggil bandar kot sebab nampak besar, dan lagi meriah dari Oamaru. Haaa.. Kalau aku disuruh duduk kat Dunedin ni, aku boleh hidup lah kot. Kalau kat Oamaru tadi, mau nangis aku. Hehehehe.. 

Bandar Dunedin, walaupun agak sibuk, ramai orang, masih lagi dalam kategori peaceful. Kami pusing-pusing mencari tempat parking. Susahnya ya amat. Kebanyakan tempat parking penuh. Almaklumlah hujung minggu. Ramai yang keluar ke bandar. Sekali-sekala kami nampak perempuan bertudung jalan kaki. Student Malaysia agaknya ni. Ramai pulak tu. Sini ada, sana ada. Meriah...

Dah nampak dah..

Thai anyone?

Kedai Jawa.. :P


Pusing punya pusing, kami jumpa jugak parking. Jauh! Hahahaha.. Tak kisah lah. Boleh jalan kaki jugak ni. Kami parking berdekatan stesen keretapi Dunedin. Dah parking tu, kami jalan kaki je lah ke tempat-tempat yang berdekatan. Kebetulan, masa kami melangkah keluar dari JUCY, langit mula mendung. Hujan rintik-rintik mula turun. Tapi masih ok sebab tak berapa lebat sangat.

Stesen Keretapi Dunedin.. :P

Peta Dunedin..

Kat tengah-tengah bandar..

Siapa ye ni.. Lupa nak snap info pakcik ni..


Baru jalan sikit, dah nampak kedai souvenir. Habis lah. Bankrap lagi lah aku. Hehehhee.. Tapi mind you. Souvenir kat sini boleh tahan murah. Selagi ada kedai souvenir, kita masuk ye. Kenapa? I tell you why later. Tapi kena tunggu sampai the final entry of this New Zealand trip lah kot. Hahahhaa.. That will be tahun depan. :P Kat sini aku beli some button pins and t-shirts. Buat cukup syarat je.

Souvenir shop yang murah!


Then jalan-jalan lagi. Plan nak cari daging kambing. Ni dah sampai Dunedin ni mesti ada jual punya lah. Tapi pusing punya pusing punya pusing, tak jumpa pulak supermarket. Haiyohhh.. Frust betul lah. Tapi tak lama tu jumpa jugak lah supermarket. Tapi takde kambing halal. Muka monyok seribu. Sabar je lah ye. Kat sini, kami shopping lagi. Beli barang-barang sampingan untuk memasak bahan-bahan yang dah dibeli kat farmer's market tadi.

Dah habis shopping, kami terus jalan-jalan merewang-rewang. Cuaca semakin tak best. Angin pulak kuat ya amat. Berterbangan daun-daun. Aku pun kalau silap haribulan boleh tumbang kena tiup angin. Tak boleh jadi ni. Marilah kita bergerak balik ke van.

Some of the shop..

Signboard jalan kat bumbung kedai..


Jalan balik ke van, kami nampak kilang Cadbury. Wow! Best ni. Marilah kita cuba masuk. Dah sampai sana, operating hours just ended. Puahahahaha.. Adeh. Sabo je lah. Tak merasa lah nak masuk ke dalam. Kalau tak boleh berangan macam Charlie dengan Willy Wonka kan. Tak ada rezeki. Ambik gambar kat luar je lah.

Kilang Cadbury..


Dah sampai kat van, kami decide nak cari University of Otago. Cari dalam GPS tak jumpa. Pusing-pusing sekitar Dunedin pun tak jumpa jugak. Serious masa ni aku memang dah buat muka seposen habis dah. Geram betul tak jumpa. Last-last tu give up dah sebab hari dah mula gelap. Stop kami masih jauh lagi. Memang tension habis lah aku.

Malam ni kami bermalam di Portobello. Kalau ada peluang sebelum hari gelap, kami nak pergi tengok penguin. Biasanya penguin-penguin ni naik ke darat time-time senja kat Portobello ni. Tapi bila dah sampai Portobello, hujan lebat lah pulak. Bye-bye lah penguin. Takde rezeki nak jumpa kamu.

So we settled down kat Power-site Camp, mandi-mandi sebab dah bacin, do some laundry dan prepare dinner. Dinner malam ni sangat best. Simple but nice. Sielain kami dok bersilat kat dapur, ada lagi beberapa couple dok masak-masak jugak. Diorang punya dinner lagi lah simple. Kami punya yang simple ni jauh lagi mewah dari dinner diorang. Sekali sekala diorang menjeling ke arah dinner kami. Heheheheh..

Laundy time!

Dalam proses nak masak ikan cod sweet sour..

Dinner! Nasi, sweet sour cod and sup kentang.. HEAVEN!

Lepas makan, tak banyak buat apa dah. Sebab hujan kat luar, kami pun tidur awal. Tamat lah sudah hari ke empat mengembara di bumi New Zealand. Till the next entry!


Keseluruhan perbelanjaan hari ini (seorang):- 
Groceries = NZD13.55
Train = NZD8.00
Souvenirs = NZD54.50
Minyak Petrol = NZD27.25
Portobello Holiday Park Fee = NZD17.50
Total: NZD120.80

0 comments :