Sunday, June 26, 2011

Jom Heboh Sabah!!

Seingat aku, sejak aku bermastautin kat Sabah ni, pernah sekali kot Jom Heboh mai sini. Lepas tu tak ada dah. Lo and behold, tahun ni ada balik. Ni cerita pasal Jom Heboh ni, aku pergi ke? Sebab aku pergi lah aku nak cerita kat sini. Kuikuikuikk..


Sesungguhnya awal-awal lagi aku dah berjanji dengan diri ini, bahawasanya aku takmo pergi Jom Heboh ni. Cukup-cukup lah pergi kat Danga Bay sana zaman muda-muda dulu. Dengan panas teriknya. Ramai orangnya, takde parkingnya. Huh! Serik-serik. Kat KK ni apatah lagi. Lebih kurang sama je. Dah lah buat kat kawasan Kompleks Stadium Likas. Sempit weh tempat tu!! Mau parking di mana?

Alkisahnya, housemate aku yang seorang tu hendak membooking MyVi baru. Pergilah kami ke Perodua Inanam. Sekali, mamat bertuah yang menyuruh kami datang tu tak ada kat situ. Disuruhnya kami ni ke booth Perodua Jom Heboh. Hoihhh.. Bikin panas jak. Dah senang-senang pergi Inanam, kau nak suruh aku pergi Jom Heboh sana?

Cool!! Harga OTR kat Sabah ni RM59K++. Kat semenanjung berapa ye?

Pergi lah jugak. Tahan je lah. Serius, JEM macam hapa. Then parking takde. Nak tak nak, aku dropkan housemate aku kat laluan masuk Jom Heboh sementara aku cari parking. Nak buat macam mana. Parking jauh. Berjalan lah aku lemah gemalai menuju Jom Heboh. Nasib baik cuaca redup. Macam nak hujan pun ada. Cepat-cepat aku melangkah. Bergeraklah aku ke booth Perodua.

Sekejap je pun proses membookingnya. Belum sempat aku sampai, segala urusan dah selesai. Hampeh betul. Dah alang-alang aku gigih menapak kan, jalan-jalan lah sekejap kat sini.

Orang memang bapak ramai. Booth tak lah banyak mana. Tapi orangnya. Ya ampun! Lepas tu macam perang masing-masing beli produk ribena lah, tiger lah, dutch lady lah, maggi lah. Aksi memborong mereka tu macam krisis makanan akan melanda Malaysia tak lama lagi. Berebut-rebut macam dah tak ada jual dah kat kedai besok. Padahal bukannya murah mana pun. Setakat murah 20 sen, 30 sen je. Tak kuasalah aku nak berebut macam tu. Beli kat Giant, tenang hidup. Hehehe..

Booth TV3 adalah beberapa ketul. Tapi personalitinya tak nampak batang hidung pun. Takde artis, takde celeb pun booth TV3 semua penuh. Macam nak roboh aku tengok. Adoii.. Aku skodeng-skodeng dari jauh sajalah.

Aku buat apa kat Jom Heboh ni? Malu nak cakap tapi nak cakap jugak. Aku sebenarnya baru terhegeh-hegeh pergi mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya. Wakakakakaka.. Sememangnya aku ni warganegara yang hampeh! Umur dah berapa baru nak daftar mengundi. Alah, kalau aku mendaftar pun, bukannya aku balik mengundi. Wahahaha.. ALASAN!!

Dapat goodies!! Kalau takde goodies, tak mendaftar kot aku ni. Hahaha..

Dah penat meround buang karan, kami pun balik. Sebelum balik, sempatlah terjah booth Sensodyne. Lelong 3 tiub Sensodyne cuma RM10. Murah tak murah. Kalau tak, satu tiub kat kedai maunya RM9.90. Beli 3 tiub dapat ice-cream free 2 batang. Motip? Mentang-mentang lah gigi aku gigi sensentap. Hahaha.. Itu je lah jajan aku dari Jom Heboh ni. Dah, tak ada apa lagi nak buat. Cari makan lah lepas ni. Si Zizan Raja Lawak baru sampai pun aku buat donno je. Ramai manusia berasak-asak nak pergi "peluk cium" si Zizan tu. Aduhh..

Stok berbulan-bulan. Hehehe..

Masuk dalam kereta je, hujan pun turun renyai-renyai. Nasib baik sempat masuk kereta. So, next destination? PIZZA HUT! Lapar sudeyy..

Related Posts:

  • Aquaria UMS Siapa-siapa yang saja-saja masuk ke dalam UMS untuk jalan-jalan tengok bangunan dan landscape dan alam sekitar, boleh lah singgah di Akuarium dan Muzium Marin. Letaknya di Institut Penyelidikan Marin Borneo. Paling hujung s… Read More
  • UMS Peak Dah 10 tahun kot aku kerja kat sini, tapi ni baru first time aku nak naik UMS Peak! Hampeh betul lah. Aku bukannya apa, cuma tak rajin je nak menapak mendaki bagai ni. Terbongkok-bongkok, tertonggeng-tonggeng naik ke atas, … Read More
  • Kerana Orked Kalau tak kerana orkid, memang tak sampai aku ke sini. Aku saja memenuhi permintaan nenek saudara aku yang bertandang ke KK ni untuk pergi jalan-jalan cari orkid hutan. Peminat orkid lah katakan. Dia nak pergi terus ke kamp… Read More
  • Lokan Panggang Salut Selalu jugak lah lalu depan deretan kedai yang ada di Salut ni tapi tak pernah nak singgah. Ha kali ni kita singgah untuk makan lokan panggang ye! Ada banyak gerai kat sini. Pilih je lah yang mana satu nak singgah makan. … Read More
  • English Tea House And Restaurant, Kota Kinabalu *Updated on January 2016, restoran ni dah tutup! Apadaa.. Huhu.. Aku baru je tau tentang kewujudan restoran ni di Alamesra KK bila officemate ajak makan kat sini. Ingatkan ada kat Sandakan je, sebelah rumah scary Agnes K… Read More

2 comments :

en_me said...

RM57,908.00 (A) Elegance.. lebihkurang sama jakk.. ahaks

CikSengal said...

oic.. tak jauh beza sangat.. ^^