Monday, June 20, 2011

Ramyeon, Kimchi & Noraebang!!

Kelas hari ni supposed to be fun. Last week, Sera-nim kata kita buat KIMBAP!! Tapi bila sampai-sampai je Sera-nim tengah dok melepek kat meja kemalasan. Tak jadi buat kimbap katanya. Laaa.. Ottoke? Buku tak bawak ni. Dia kata lepak-lepak je lah makan ramyeon. Hahaha.. Suka hati lah cikgu!

Sera-nim sibuk potong kimchi..

Operasi mengagih-agih ramyeon. Aku tak makan. Tak halal kekdahnya..

Kimchi!! Yang ni aku makan. Perghh!! PEDASSSS!!

Aku tengok je lah masing-masing melantak ramyeon. Nak tumpang sekaki tak halal lah pulak. "Ini boleh makan punya. Cuma sapi saja bukan babi.." kata Sera-nim. Aigoo.. Rata-rata masih lagi kata kalau tak halal tu maksudnya piggy wiggy. Penat aku mengeksplain kat Sera-nim. Itu macam ka? Tanyanya. Pening dia. Hahaha..

Dah habis melantak, aktiviti seterusnya? Melalak!! Melalak kat satu tempat yang bernama DOREMI Noraebang. Kat Asia City jugak ni. Tak tau pun aku ada noraebang macam ni kat KK ni. Dey.. Berapa tahun dah kau duduk KK ni? Hahahaa.. Ye lah. Aku bukannya jenis orang yang suka berpoya-poya. Jenis duduk kat rumah je. The owner, Korean jugak. Spesis macam Sera-nim jugak ni. Dah berbelas tahun duduk Sabah. Cakap Sabah terer ohh!!

Sakan tau mereka-mereka ni menyanyi. Aku nak nyanyi apa pun tatau. Baca hangul masih fail. Nak nyanyi lagu yang aku hapal lirik pulak, tak ada dalam senarai. Dushh.. Takkan nak menari pulak dah. Tambourine banyak tu. Teringat pulak aku sesi karaoke dalam My Lovely Samsoon. Hahahaha..

Noraebang!!

Dah nak balik baru lah jumpa satu lagu yang aku hafal betul-betul. It Has To Be You. Yey!! Nyanyi lah makcik ni. Dapat score 95%. Fuhh.. Terer jugak aku ni. Hahahaha.. Adoiyaii. Sakan melalak ni tak sedor besok nak kena present proposal. Satu apa pun tak buat apa lagi ni. Huhuhuhu.. Nak tak nak pukul 9.30 kami cabut. Kalau tak kerana proposal tu, maunya sampai pagi jugak kami menebeng kat sini. Kekekekeke..

Related Posts:

  • Namanya Mr Park Dah dua minggu aku tak pergi kelas. Sekali sebab kemalasan. Kedua kali sebab rumah aku tak ada elektrik. Tak kuasa nak pergi kelas dengan tudung renyuk. Rindu betul aku kat Saera-nim. Tapi dia rindu kat aku tak? Haahahaha.. … Read More
  • Kimbab Party~! Semalam kami ada party kimbab~! Nom nom nom~!! Kisahnya, Simon Lee sonsaengnim sebelum Krismas lagi dah sakan SMS all the students to come for the party. Aku pun iyakan sajalah. Syok jugak kot dapat kumpul-kumpul makan-ma… Read More
  • Sarangeuro Saera-nim dah balik! Kepanasan dia. Tak berhenti-henti mengipas. Ye lah. Kampung Saera-nim kan sejuk beku. Mana nak sama dengan Malaysia. Hari ni Saera-nim ala-ala tak ada mood nak mengajar. So dia ajak kami nyanyi. Hadoi… Read More
  • Ramyeon, Kimchi & Noraebang!! Kelas hari ni supposed to be fun. Last week, Sera-nim kata kita buat KIMBAP!! Tapi bila sampai-sampai je Sera-nim tengah dok melepek kat meja kemalasan. Tak jadi buat kimbap katanya. Laaa.. Ottoke? Buku tak bawak ni. Dia kat… Read More
  • 야 임마!! Tak dapat aku nak imagine kalau aku kena jerkah macam tajuk entry ni. Mana taknya, Saera-nim dah ala-ala naik hantu dah hari ni. Dah diajar dalam kelas banyak kali pun masih tergagap-gagap aku ni. Mana taknya, tak reti nak b… Read More

2 comments :

Anonymous said...

Boleh tanya itu noraebang hari ahad ada buka?

CikSengal said...

not sure... sekali tu je lah pergi lepas tu tak pergi2 dah.. hehehehe..