Sunday, August 1, 2010

Kantoi!!

Cik Sengal dan K-Meroyan-Chingu Cik Sengal pergi menjelajah satu borneo semalam. Sampai tak reti-reti nak balik. Kebetulan di situ ada pameran pendidikan dan kerjaya. Cik Sengal dan chingu pun singgah untuk menyemak di satu booth yang tidak asing lagi bagi Cik Sengal.

Ada tiga orang di booth tersebut. Seorang pakcik dan dua orang yang tak berapa pakcik lagi. Cik Sengal saja borak-borak dan tanya-tanya. Buat-buat ramah-tamah. Konon-konon Cik Sengal nak sambung belajar lah ni. Sakan mendengar penerangan dari pakcik ni. Disebabkan dia sudah baya-baya abah aku, dan gaya percakapan pun macam orang yang berpendidikan tinggi, aku andaikan dia seorang profesor mewakili IPT di booth tersebut.

Pakcik itu bukan main promote lagi untuk sambung belajar di IPT nya. "Kalau kamu isi borang hari ni, hari Isnin nanti kami keluarkan surat tawaran." katanya. Fuh.. Tak kan secepat itu? "Iyaaa.." katanya lagi. Sekarang IPT itu ada banyak duit untuk pelajar postgrad tapi tiada calon. Might as well apply, then we'll see how it goes. Oklah. Cik Sengal dan chingu pun isi borang. Mana lah tau kan, rezeki Cik Sengal bukan di Korea sana. Kenalah ada option lain.

Setelah selesai mengisi borang, tiba-tiba lelaki yang tak berapa pakcik tu bersuara..

"Chesssss... anak ********** rupanya.. HUARGHHUARGHH
WAKAKKAKAWKAWKAK.."

Pakcik tadi pun ikut gelak. Dari cakap secara formal, terus informal tahap tujuh petala langit. "Kau ni kan, kenapa kau tercampak kat sini? Balik!! Balik!!" Dah. Cerita benda lain pulak dah.

Adeh. Sabor je lah aku...

*Pakcik tu merupakan bekas TNCA IPT itu. Alahai. Sempoinya dia.

Related Posts:

  • Selamat!! Remember kisah my semi-handsome friend? Well, dia memang telah menyusahkan aku. Tapi aku telah berjaya mengorek balik semua khazanah yang ditelan dia. Yey! Thanks to En SA. Sekarang aku dah pandai dah nak buat data recovery… Read More
  • Misteri Kehilangan Cik Sengal Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.. Hehehe.. Lama betul Cik Sengal menghilang. Siapa yang tau ke mana Cik Sengal menghilang, tak ada lah terasa misteri sangat. Cik Sengal pergi meroyan membuang duit sebenarnya. Cik… Read More
  • A Reason to Smile on a Bad Day Been searching for this one damn letter like a friggin' idiot. Got it in June. Now is November already lah makcik! Where in the world did you put it? Demm.. Demm.. Demmmitt.. Huh, motif aku speaking english? Hasil pencaria… Read More
  • 18-26th November 2011 Tarikh paling happening dalam sejarah hidup aku.. Hahahaha.. Meroyan ke Seoul, tengok konsert Super Junior Super Show 4, tengok musical The Three Musketeers, tengok musical FAME, berlari pergi Sukira tengok MinWook, tidur ka… Read More
  • Seoul Summer Sale 2011 I'm in the middle of updating a blog entry on my trip to Korea ~ Day 6 when I came across this site. Check it out!! http://www.seoulsale.com/event/ Let's go shopping!! … Read More

0 comments :