Saturday, July 31, 2010

Keranamu Satay Kajang

Semalam aku saja silence handphone. Tak mahu diganggu kekdahnya. Pukul 9 malam, baru aku membelek handphone. Ada 4 missed call dari Ika Kembong. Apa lah minah ni nak. Berderet-deret dari pukul 8.07, 8.10, 8.12 dan 8.14 dia call. Aku pun hantar mesej. Almost 15 minit tak berbalas pun mesej aku. Terpaksa lah aku call. Tak diangkat pulak. 4 kali aku call, 4 kali tak diangkat. Ooo.. Dia nak balas dendam ye. Aku berkata dalam hati.

Aku telefon ke rumah. Aida yang angkat. Aku tanya mana si Jebon. Kenapa aku call dia tak angkat. Aida kata tak ada orang kat rumah. Semuanya pergi KL makan angin. Baru je pergi petang tadi. Aku pun cuba call lagi si Ika. 2 kali aku call. Tak berangkat jugak. Dah tu aku call Wak Daut pulak. 3 kali aku call tak berangkat. 2 kali aku call masuk voice mail. Aku call Din Gemokk pulak. Tak berangkat. Aku hantar mesej. Tak berbalas jugak.

Bila dah keadaan macam ni apa yang kau bayangkan? Mesti macam-macam kan? Mesti ada something wrong somewhere kan? Barulah rasa menyesal mensilence kan handphone tatdi. Tak senang duduk aku dibuatnya.

Aku call lagi Ika Kembong. Masih diam. Aku call Wak Daut lagi. Then baru lah berjawab setelah banyak kali aku mendail. Terus aku menerjah,

"Abah kat mana???"
Risau dah aku kan. Nasib baik Wak Daut yang angkat telefon. Kalau si Jebon tu yang jawab memang aku dah mengamuk dah. So, Wak Daut pun menjawab,

"Baru lepas makan satay kajang."
HOH??? Makan Satay Kajang?? Aku tanya lagi, kenapa si Jebon call banyak kali dan kenapa aku call semua orang tak berjawab. Nak tau Wak Daut cakap apa??

"Oooo.. Dia saja nak kerek dapat makan satay kajang. Dah masing-masing syok makan, mana nak dengar bunyi handphone.."
Aku terasa macam nak lesing somebody.......



*pinjam dari suburbanzero.blogspot.com

Related Posts:

  • Iklan Raya 2008 Tiap-tiap tahun aku mesti tunggu iklan raya. Tahun ni, iklan petronas tak berapa menjadi sangat. Biasanya iklan-iklan keluaran petronas ni memang mengancam. Tapi kali ni macam tak best. Mesej yang nak disampaikan pun tak ber… Read More
  • Pinggiran Bayu, Skudai *Update 14/4/2012*  Restoran ni dah tak ada dah. Futsal Centre tu pun dah runtuh. Kerja-kerja membesarkan Surau sedang dijalankan.  Funny bila kadang2 teringat kat kisah bos. Kalau aku ingatkan bos balik pasal kis… Read More
  • Cerita SaspenSepanjang waktu kelas pagi tadi aku silent henpon. Memang dah jadi tabiat aku. Kadang2 bingit gak lagu K - Only Human tu berbunyi. Nak tukar ringtone malas la pulak. Aku biar je la.Bila abis kelas aku check henpon ada plak mi… Read More
  • Hero Hensem Selalu Menang..Macam nak runtuh rumah aku. Eh silap.. Macam nak runtuh rumah mak bapak aku. Dengan kata2 dari YESS!!, Ishh, Alaaa kepada WOI!!, Amende ko ni?, Benci ahh! berkumandang tak berenti2. Masing2 tak senang duduk. Dah macam2 pesen … Read More
  • Raya! Raya! At last, dapat juga aku pegang notebook aku ni, setelah beberapa hari tak pegang. Sampai menggigil-gigil tak dapat meroyan gara-gara beraya kat kampung. Hehe.. Kisahnya, raya tahun ni diiringi dengan hujan lebat. Memang spo… Read More

2 comments :

sitinurulhawa said...

wak daut balik kg ye? tu la yatt ko asik buli ika je kan dah ketulahan hehehe...

CikSengal said...

ada kat rumah.. baru balik awal julai baru ni.. dapat coti2 sampai raya kelima nanti.. sempat laa nak raya.. kalau tahun lepas ngencess ketupat ngan rendang dari jauh je lahh.. hahaha..