Sunday, November 1, 2009

SPoC In Da House!

20 Okt aku pergi meeting SPoC Infosys kat KL. Meeting berlangsung di Seri Pacific Hotel. Aku stay di seberang jalan di The Legend. Nak duduk Seri Pacific tak mampu. The Legend pun tak mampu juga. Siap kena topup sendiri. Harus kelayakan penginapan untuk kakitangan awam dinaikkan!! Hahahaha.. Demand betul.

Perbincangan dalam mesyuarat kali ni adalah mengenai perlaksanaan Program Infosys untuk kali keempat. Dicadangkan untuk buat program ni sama ada di UNIMAS atau pun di UMS Labuan. Kalau di UMS Labuan bagus juga. Menangis la budak-budak ni tak dapat nak pergi ke mana-mana. But still, masih dalam Malaysia. Bukan India. Wahahaha..



Separuh jalan, kami menghadiri Majlis MoU antara MIMOS dan MOHE. Kebetulan diadakan di Seri Pacific juga. Dapatlah kami menyemak memeriahkan majlis. MIMOS dan MOHE berkerjasama dalam pembentukan program CODE8. Aku quote sikit pasal CODE8 ni:-

Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama MIMOS Berhad mengalu-alukan penyertaan daripada para graduan yang baru sahaja menamatkan pengajian untuk mengikuti Program Centre of Domain Expertise Acceleration in ICT (CODE 8). Program ini bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan industri ICT negara pada masa hadapan. Melalui Program Code 8 ini, MIMOS akan menyediakan latihan dalam lapan bidang ICT seperti berikut:-
  • Cyberspace Security
  • Grid Computing
  • Micro Energy
  • Advanced Informatics
  • Encryption Systems
  • Communication Technologies
  • Micro Systems (MEMS/NEMS)
  • Knowledge Technology
Terbuka kepada pelajar lepasan ijazah. Siapa-siapa nak mohon boleh lah hantar resume ke code8@mimos.my dengan tajuk "CODE8 Candidate". Bagus kan? Zaman aku study dulu tak ada pun benda-benda macam ni. Sekarang ni 3P lah, Infosys lah, CODE8 lah. Banyak betul peluang pelajar Sains Komputer dan Teknologi Maklumat untuk tambah ilmu pengetahuan. Jadi, rebut-rebutkan lah peluang yang ada ni.


Dengan K Roslina..


MoU CODE8..

Selepas tamat majlis MoU, kami sambung semula bermesyuarat. Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin sudi nak join dengar tentang mesyuarat Infosys kami ni. Kesempatan pun di ambil oleh Tuan Pengerusi untuk meminta sponsor dari pihak MOHE untuk mensponsor kami SPoC-SPoC Infosys ke India untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana perlaksanaan Program Infosys dilakukan di sana. Dan respons yang diterima nampaknya agak baik. YB macam nak bagi je. Kekeke.. Yeehaaaaaaaaa!!! Pergi India lagi ke aku ni? Ye! Ye! Boleh pergi Baadsha Bazaar. Jumpa Abang Shoaib. Kuikuikui... Berangannya aku. Doa-doakanlah kami pergi ye. Hehehehe.. Sengih sampai ke telinga ni. Ngeeehiiiiiiiiiiieeeeeeee..


YB Menteri berucap..


Geng Infosys 2nd Batch yang dah naik pangkat jadi SPoCs..

Ye! Ye! Jalan-jalan pi India. Ye! Ye! Tak boleh berhenti excited ni.. Ye! Ye! Kekekekeke..

Related Posts:

  • Bengkel Infosys 30 Sept~2 OktWeekend baru ni aku join Bengkel Penyediaan Soalan Infosys kat Grand Borneo KK. Meriah ko, sebab tiba-tiba je join dengan tak tau basic apa-apa. Alkisahnya bengkel ni untuk peserta-peserta yang dah join Program FEP. Tapi aku … Read More
  • Majlis Penutup Infosys Foundation Program 2011Diam tak diam, akhirnya tamat juga Infosys Foundation Program bagi tahun 2011 ni. Dah kali ke 5 dah diadakan. Batch pertama dan kedua di Mysore, India. Batch ketiga di UTeM, Melaka. Batch keempat di UNIMAS, Sarawak dan last b… Read More
  • Infosys: Cerita Batch 5I'm in KL. Ada meeting SPoC Infosys kat Sunway Putra Hotel. Mula-mula tu agak kesengalan lah jugak kan sebab tak tau kat mana hotel ni. Setelah dikorek-korek rupanya sebelum ni hotel The Legend daa.. Aigoo. Sunway dah beli ye… Read More
  • 14/14Motip tajuk 14/14? Tak ada apa sebenarnya. Cuma hari ni 14hb. Dapat berita 14 pelajar UMS akan menyertai Infosys Foundation Program kat UUM Mei nanti. CONGRATULATIONS!!Tahun ni boleh tahan ramai jugak yang dapat. Maknanya apa… Read More
  • Malaysian Infosys Alumni Network Session 2011 Saturday, 17th December 2011 Gigih tak gigih. Selepas habis benchmarking visit, aku tak terus balik ke KK. Kisahnya, aku ada gathering Alumni Infosys keesokan harinya kat Shah Alam. Pergi balik hari. Penat kau~!! … Read More

8 comments :

Ezzan Yusop said...

nak itottttttttttttt.... :)

CikSengal said...

masuk kargo ekk.. kekeke..

' sLay said...

eh mane aci dpt gi india blk sesuka ati..aish

CikSengal said...

ni nak pi india cari aci laa ni.. heheheh..

miera momo chan said...

hee..hai kak olin..infosys 3rd batch xp india pon..sob3...cane nk apply code8 tue?

CikSengal said...

momo, salah orang ni.. saya bukan k olin.. kawan k olin ye lah..

Ayuniez said...

haha k.yatt, tapaukan kari ye. hahak!

CikSengal said...

kari?? adededehhhh..