Saturday, November 21, 2009

Special Delivery

20 November 2009........

Kak Ju suruh aku stand by kat rumah. Beria-ia dia. Katanya nak buat surprise. Tapi dah tak surprise sangat sebab dia suruh aku bagitau dia kalau aku ada kat rumah. Hahahaha.. Ye lah kan. Buatnya aku tak ada kat rumah, dia pulak yang tersurprise sendiri. Hehehe..

Aku pun tunggu lah special delivery dari Kak Ju. Sakan ni. Excited nak tau apa yang dihantar Kak Ju. Special lagi tu. Tak pernah-pernah orang buat special delivery untuk aku. Thanks ek Kak Ju. Aku tak kan lupa sampai bila-bila. :-)

Tunggu punya tunggu, delivery pun sampai. Dua orang lelaki naik motor. Hah? Kak Ju pos 2 orang mamat kat aku? Apa mamat ni nak buat? Nak menari depan aku ke? Stripping? Tett.. Tett.. Tettt... Muahahhaha.. Kejadah nak buat stripping depan rumah. Karang Raffie Janau nampak, karang budak-budak DataStruct aku nampak, naya je. Sekali, jeng.. jeng.. jeng.. Satu kotak kek dikeluarkan. Yey! Dapat kek aku malam ni. SQUEEEEAAALLLL!! Macam fangirl dah. Gyabooohhh~~


Special Delivery untuk aku dari Kak Ju, Kak Rien Kak Eid and Abe Khai (errr??).. hahahhaa...

Aku pun buka lah. And... Ja jaaaannnnn!!!


A special cake for me. Jangan ditanya kenapa diletak nama Blenkie di situ. Kekekeke..

Ye, malam tadi aku lone ranger di rumah. Quite sunyi lah. Macam boring gitu. Tak tau nak buat apa. Nak pergi berpoya-poya mencucuk bintang di langit takde pula kawan. Kalau tak, confirm dah dalam Norebang melalak-lalak tanpa arah tuju. Hahahaha.. Tengok muzik-muzik, sedap sangat agaknya si Tomok nyanyi terus aku pengsan tak ingat dunia. Muzik-muzik tengok aku. Bangun tidur, terus mengadap facebook. Akhirnya.. Ramai juga yang temankan aku yang ke'lone ranger'an ni, walaupun di alam siber.

Hari ni suppose to be hari melepak. But I have class lah pulekk. Datang lah aku ke kelas bersama-sama kek coklat ku itu. Tak ada orang nak dicelebratekan bersama-sama, aku celebrate lah dengan student. Masing-masing muka toya tak percaya birthday aku hari ni. Lantak lah labu. Janji korang semua makan kek ni bagi habis. Hehehehe..


A great portion dah selamat dibaham..

Di kala aku menconteng ni masing-masing tengah jawab mid-sem test. Hahaha.. Blame it on me yang pemalas ini. Next week dah nak final exam, hari ni baru terhegeh-hegeh nak buat mid-sem. Tak pe lah kan. Janji buat.


Cik Sengal kenyang perut, suka hati..

Berkampung lah aku di kelas satu hari ni sampai pukul 6 petang. Huwaaaa.. Macam ni ke sambut birthday? Huwaaaaaa!!! Tapi bila pikir-pikir balik, sejam aku lepak sini dapat RM100, dengan rela dan sukanya aku lupakan huwaaaaa ku tu. HAHAHAHAHAAA!!!

Related Posts:

  • 21 November Hari ni usia saya bertambah lagi setahun. Maka dengan itu, saya ingin membuat pengumuman.  Barang sesiapa yang masih single, yang jaga solatnya, yang mempunyai pekerjaan tetap dan hormat ibu bapa, serta tahan dengan … Read More
  • One More Year.. Hari ini usia saya bertambah lagi setahun. Yikes. Usia semakin bertambah banyak tapi maturity semakin berkurang. Macam mana ni? Kena pergi jumpa psikiatri ni. Well, what have I achieved? Orang-orang yang berjaya, pada umur … Read More
  • The Final Year 21st November. It's now official. The final year of the 20s. I will go into a new decade next year. Yahooooooooooo!! Tepuk tangan. Sendiri Baksu!! :p Motip gembira? Hehehe.. … Read More
  • Belated Birthday There's something in my pigeon hole. Tadaaaaa... Birthday Card & Present.. Ni zaman bila punya birthday ni. Rajin betul Datuk bagi hadiah kat staf semua ye Datuk. Tahun depan sila lah bagi lagi. Hehehehe.. … Read More
  • Birthdays & Barbies Dulu-dulu masa kecik-kecik Ika kembong selalu mintak Barbie untuk birthday dia. Dari patung Barbie yang bermacam-macam pesen sampai ke rumah Barbie ke accessories semua, aku layan kan aje. Sebabnya, nanti-nanti aku boleh ugu… Read More

4 comments :

Ms. Kamilia said...

Wah, bunga kek pun kaler coklet gitu.. hehe.. bestnya ! :)~~~

CikSengal said...

hehe.. meriahh!!

Anonymous said...

errr... x de ucapan time kasih kat abe khai ke? :P

CikSengal said...

nak ucap gak? ye laaa.. macey abe khai... hahahaha..