Sunday, November 1, 2009

Makan Lagi..

Hari ni dah 1 November. Bulan baru. Sebelum apa-apa aku nak wish K Awa Happy Birthday. Semoga sukses dunia akhirat. :-)

Bulan Oktober bulan paling banyak aktiviti. Antaranya aktiviti makan. Awal oktober masih bulan raya, kerjanya asyik makan sajalah. Badan pun dah jadi montel dah. Huhuhu..

Sebelum-sebelum ni ramai yang mintak aku buat housewarming party. Tak kuasa rasanya. Nak housewarming apanya kalau setakat masuk rumah sewa. Lain lah kalau ada rumah aku sendiri. Baru best nak buat housewarming party. Tapi dek tak mo kecewakan ramai pihak (poyo je bunyinya), aku buatlah makan-makan sikit sempena raya baru-baru ni.


Dari dapur Cik Sengal..

Thanks pada K Siti, K Sal, Diela, Ita, Nora, Fathy, Mira, Murni, Sariah, K Maizura, K Azreen, K Rafidah and geng sebab sudi datang menghabiskan makanan yang aku masak. Hehehe..

Besoknya kami ada open house UMS lah pulak. Ada 33 gerai bertapak kat perkarangan Dewan Canselor. Memang meriah. Penat makan dari satu gerai ke gerai yang lain. Gerai SKTM jamu Mi Udang dengan makanan international. Ada masakan Algeria, Palestin and India. Ye lah. SKTM memang international. Ramai umat-umat asing. Alhamdulillah. Kenyang lagi.


Khemah jemputan.. Aku makan berdiri je.. hukhuk..

Weekend pula, aku menerima jemputan En Raffie Janau and En Azali. Makan lagi. Mula-mula segan juga nak pergi rumah En Raffie. Tapi dah namanya jiran depan rumah kan. Kalau tak pergi tak seronok lah. Errkk.. Kenyang lagi aku.


Meriah.. meriah.. best betul makan..

Dah habis makan, dah kenyang, masa untuk excercise lah pulokk! Chaiyokkk!!!

Related Posts:

  • Cerita Petang Jumaat 6.25 petang. Mak call. Dah berbuka ke? Tanyanya. Aku jawab 6.30 nanti. Mak tanya buka apa. Aku jawab buka nasi je. Masak sambal goreng. Mak tanya lagi. Makan sorang ke? Aku jawab dengan housemate. Mak tanya lagi. Kau masak t… Read More
  • Cerita Hari Ini.. Pagi tadi aku bermeeting PLUMS. Pening betul aku dibuatnya. Nasib baik settle dah semua. Boleh la semester dimulakan dengan tenang dan jayanya. Ya meh? Poyo je la aku ni. Tahun-tahun lepas berserabut je aku tengok. Kekeke.. … Read More
  • Makan Soto Gembira tak terkata aku dapat makan soto hari ni. Sampai tak terasa pun 3 jam lamanya aku terperuk kat dapur. Hehehe.. Soto tu bila dah siap, nampak je senang. Tapi banyak juga yang nak dikerjakan ye. Rebus nasi impit, buat … Read More
  • Mari Memasak Tteokbokki Godek recipe kat internet, modify here and there and voila!! Tteokbokki versi Cik Sengal Rupa takde. Tapi rasa dia, PERGGHHHHH!!! Sedap. Sedap.. … Read More
  • Makan Lagi.. Hari ni dah 1 November. Bulan baru. Sebelum apa-apa aku nak wish K Awa Happy Birthday. Semoga sukses dunia akhirat. :-) Bulan Oktober bulan paling banyak aktiviti. Antaranya aktiviti makan. Awal oktober masih bulan raya, ke… Read More

0 comments :