Tuesday, July 21, 2009

NC + Facebook = ????

Semua NC disaran guna Facebook

Oleh HISHAM IDRIShisham.idris@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyarankan semua Naib Canselor (NC) dan Timbalan Naib Canselor (TNC) institusi pengajian tinggi (IPT) menggunakan laman web sosial, Facebook bagi memudahkan mahasiswa berinteraksi dengan mereka.

Cadangan tersebut disuarakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang berpandangan sudah sampai masanya NC dan TNC berbuat demikian.

Katanya, NC dan TNC terutama TNC Hal Ehwal Pelajar perlu berbuat demikian bagi membolehkan mahasiswa berinteraksi lebih mudah tanpa perlu mengikut waktu-waktu tertentu.

"Dengan itu, ia akan memberi peluang kepada setiap mahasiswa berinteraksi dengan pimpinan universiti. Lazimnya yang lebih mudah berjumpa dengan pemimpin universiti ialah pemimpin mahasiswa sahaja," katanya.

*cedok dari KOSMO


Sila pertingkatkan lagi mutu internet di sini supaya lebih best nak layan fesbuk. Hehehehe.......

Related Posts:

  • Buang Karan di Ranau Kenapa buang karan? Let me tell you.. Aku, Diana dan K Asnie ke Ranau terlibat dengan satu roadshow di Ranau. Pergi buat promosi lah ni kiranya. Nak tarik pelajar sekolah untuk join UMS. The program starts at 9am on 2nd M… Read More
  • Infosys Foundation Program ~ 5th BatchInfosys Foundation Program datang lagi! Kali ini diadakan di Universiti Utara Malaysia, Sintok pada 28 Mei - 27 Julai 2011. Macam biasa terma dan syaratnya. Hanya 100 orang peserta saja akan dipilih dari seluruh IPT di Malays… Read More
  • Salam Dari Innolife Tiba-tiba je dapat email.. Hello This is innolife We are taking the reservations for the premier DVDs of ‘Mary stayed out all night’The DVDs will be released on the later of March. The reservatio… Read More
  • Jom Heboh Sabah!! Seingat aku, sejak aku bermastautin kat Sabah ni, pernah sekali kot Jom Heboh mai sini. Lepas tu tak ada dah. Lo and behold, tahun ni ada balik. Ni cerita pasal Jom Heboh ni, aku pergi ke? Sebab aku pergi lah aku nak cerita … Read More
  • Majlis Penutup Infosys Foundation Program 2011Diam tak diam, akhirnya tamat juga Infosys Foundation Program bagi tahun 2011 ni. Dah kali ke 5 dah diadakan. Batch pertama dan kedua di Mysore, India. Batch ketiga di UTeM, Melaka. Batch keempat di UNIMAS, Sarawak dan last b… Read More

7 comments :

sitinurulhawa said...

wah wah.. tak kan kena block la FB kat uni, bagussss...

silalah tambah bandwidth supaya laju sikit FBnye ye dato2 NC sekalian kekeke

CikSengal said...

hehehee.. harus bagi laju sket internet ni.. kat sini teramat2 lah lemau.. dari pagi sampai nak petang tekan home pun tak loading2..

Ayuniez said...

wahaha.xbes la nc n tnc ade fb. takleh ngutuk :P

Siti Mas Hidayu said...

Fuyoo...baru tau berita ini...bagus2!, sy sokong ;)

CikSengal said...

hahaha.. ada ngutuk nc ke? kekeke.. susah gak.. nanti nc ketagih main barn buddy.. kukikuki..

Misako said...

tak dpt kubayangkan VC kita berFB.. kalau ada barn buddy habislah tanamanya kena kebas oleh student2 n staff2nya.. hahaha

CikSengal said...

hahahaa.. err.. akak tak mo curik? kekeke..