Tuesday, July 21, 2009

NC + Facebook = ????

Semua NC disaran guna Facebook

Oleh HISHAM IDRIShisham.idris@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyarankan semua Naib Canselor (NC) dan Timbalan Naib Canselor (TNC) institusi pengajian tinggi (IPT) menggunakan laman web sosial, Facebook bagi memudahkan mahasiswa berinteraksi dengan mereka.

Cadangan tersebut disuarakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang berpandangan sudah sampai masanya NC dan TNC berbuat demikian.

Katanya, NC dan TNC terutama TNC Hal Ehwal Pelajar perlu berbuat demikian bagi membolehkan mahasiswa berinteraksi lebih mudah tanpa perlu mengikut waktu-waktu tertentu.

"Dengan itu, ia akan memberi peluang kepada setiap mahasiswa berinteraksi dengan pimpinan universiti. Lazimnya yang lebih mudah berjumpa dengan pemimpin universiti ialah pemimpin mahasiswa sahaja," katanya.

*cedok dari KOSMO


Sila pertingkatkan lagi mutu internet di sini supaya lebih best nak layan fesbuk. Hehehehe.......

Related Posts:

  • Bulat-Bulat Apa yang bulat? My new anak angkat.. Comeyy tak? :P … Read More
  • Labuan Again: Chimney, Peace Park, War Memorial, Clock Tower Ini kali ke-empat kot aku pergi Labuan. Dua kali naik feri ekspress dari Jesselton Point, dan sekali naik bas, ikut rombongan student. Kali ni lain dari yang lain. Drive ke Menumbok, park kereta kat jeti, lepas tu naik spee… Read More
  • Raya Raya Raya!! Selamat Hari Raya semua! Seperti tahun-tahun sebelumnya, raya-raya ni, tempat aku kat dapur je. Jadi bibik. Memang comot lah 24 jam. This is what I did.. 1. Buat sarung ketupat. Terer tau. Cakap je ketupat jantung, sate,… Read More
  • Banjir Kilat Ko hengat KL je banjir kilat? Rumah aku yang terchenta kat KK ni banjir kilat jugak kekdahnya. Banjir sebab paip air bocor. Banyak-banyak tempat, store room jugak lah nak tempat kau nak banjir kan. Menangis tak berlagu aku … Read More
  • Buku Hikmat Aku kalau pergi jalan-jalan, benda ni memang tak boleh tinggal. Buku nota dan pen. Kalau tak ada benda ni, tak lengkap rasanya gear jalan-jalan aku. Buku nota ni aku namakan buku hikmat. Walaupun dah macam belacan rupa p… Read More

7 comments :

sitinurulhawa said...

wah wah.. tak kan kena block la FB kat uni, bagussss...

silalah tambah bandwidth supaya laju sikit FBnye ye dato2 NC sekalian kekeke

CikSengal said...

hehehee.. harus bagi laju sket internet ni.. kat sini teramat2 lah lemau.. dari pagi sampai nak petang tekan home pun tak loading2..

Ayuniez said...

wahaha.xbes la nc n tnc ade fb. takleh ngutuk :P

Siti Mas Hidayu said...

Fuyoo...baru tau berita ini...bagus2!, sy sokong ;)

CikSengal said...

hahaha.. ada ngutuk nc ke? kekeke.. susah gak.. nanti nc ketagih main barn buddy.. kukikuki..

Misako said...

tak dpt kubayangkan VC kita berFB.. kalau ada barn buddy habislah tanamanya kena kebas oleh student2 n staff2nya.. hahaha

CikSengal said...

hahahaa.. err.. akak tak mo curik? kekeke..