Monday, September 22, 2008

Aku dan Distributed System

Aku mengajar subjek Distributed System untuk PLUMS semester ni. Seingat aku, subjek ni lah subjek yang paling aku benci during my undergrad days selain daripada Operating System. Tak cukup dengan tu, subjek ni memang baik punya ngap CGPA aku di penghujung tahun. Memang hampeh tahap dewa.

Ditakdirkan, kami tak cukup tangan. Dalam keadaan konpius dan terpaksa, dan kadang-kadangnya rasa rela juga, aku pun terima subjek ni. Mula-mula rasa confident. Tapi takut pun ada juga. Student PLUMS ni bukan calang-calang orang. Semuanya working people. Dalam erti kata lain, semuanya tua-tua bangka. Hehehe.. Yang dah ada banyak experience on hands on. Kalau silap sikit mesti aku kena belasah punya. Huhuhu..

Nak dijadikan cerita, setelah beberapa minggu aku ajar subjek ni, aku mula jatuh chenta. Aku jadi suka. No more benci-benci. Kenapa ekk? Sebab, silibusnya meng'cover' silibus Infosys hari tu. Yey! Punya sedap aku goreng. Semua pasal database server, callable & prepared statement, stored procedure, servlets, applets, javascript, html, concurrency, transaction, client-server, etc, etc. Best betul lah.

Thank God, Syukur Alhamdulillah aku terpilih pergi ke Infosys. Kalau tidak, menangis la aku nak mengajar Distributed System ni. Hehe..

Related Posts:

  • Aku Ada Karena Kau AdaSejak dua menjak ni suka betul aku ditag dan mentag. Kali ni datangnya dari ahkak Misako kita. Menarik juga tag ni. Jawapan yang aku dapat boleh tahan menggelikan saraf tunjang aku. Jom kita layan tag kali ni!RULES:1. Put you… Read More
  • Tengah Tak Ada Kerja..Aku telah di tag oleh LydiaRosli. Cantik sungguh gambar aku yang ditepek di sana hasil carian pakcik google. You guys should see it. Seriously gorgeous! Bisa bikin jatuh chenta!So, aku pun buat lah jugak tag ni. Sila lihat te… Read More
  • Tag lagi..Aku kena tag lagi. Dari Emmy pulak kali ni. Nasib baik tak panjang tagnya. Hehe..1) What were you doing 5 years ago?Graduated my BSc & registered my MSc. 2) What were the 5 things on your to do list today?Kemas RumahMeroy… Read More
  • Aku yang SENGAL..Sengalnya aku, bila terkejut tengok slip gaji untuk bulan Januari ni, KWSP aku dipotong 8% sahaja. Dah berkuat kuasa rupanya. Silap aku juga sebab tak pergi ke KWSP sana isi borang untuk maintain 12%. Bila dah banyak kerja, b… Read More
  • I am Dreamy and Distracted..I went here -- What's Your Name's Hidden Meaning?I entered my full name.And the results..You Are Dreamy and DistractedYou are very intuitive and wise. You understand the world better than most people.You also have a very acti… Read More

0 comments :