Thursday, September 4, 2008

Bila Dah Bosan..

Apa nak jadi dengan aku semester ni? Sejak balik dari India hari tu, malas kemain. Buat kerja malas. Nak baca report budak-budak, malas. Nak marking kuiz, test, malas. Nak mengajar pun malas. Apatah lagi disuruh buat paper. Lagi lah malas tahap dewa. Kenapa ye? Aku kena sampuk ke kat India hari tu? Hehe.. No lah. Mungkin sebabnya aku dah seronok jadi student 2 bulan dan tak payah pikir pasal kerja. Sekali balik, ha engkau. Banyak kerja nak dibuat. Tu yang jadi malas. Bila dah malas, keadaan jadi BOSAN..

2 hari lepas tahap kebosanan aku dah semakin memuncak. Puncaknya lagi tinggi dari Gunung Kinabalu. Tu gambaran je tu, nak tunjuk betapa aku kebosanan yang sangat-sangat. Jadi, aku selongkar bilik ofis aku ni. Selongkar, selongkar-longkarnya. (Ada ke perkataan longkar?). Dah jadi macam sarang tikus. Fail, kertas, buku sini sana. Macam baru kena pecah masuk pun ada. Students yang datang, tengok, macam-macam reaksi yang ditunjukkan. "Cari apa Miss?" Entahlah. Aku pun tak tau. Sekurang-kurangnya ada kerja lain yang aku boleh buat selain mengadap buku dan report dan kuiz dan test dan yang sewaktu dengannya - kerja mengemas bilik.

Disebabkan bosan jugak, pagi tadi, sebelum habis kelas aku buat spotcheck. Dah macam zaman-zaman sekolah pulak. Selamat lah siapa yang pakai jeans tu, aku dengan seronok, girang tak terkatanya tolak 1% daripada overall markah penilaian. Merayu-rayu budak-budak tu mintak simpati. Kejam ke aku? Aku rasa tak pun. Dah pesan awal-awal kelas dulu. Kalau nak masuk kelas aku, kena pakai formal. Must be smart. Yang lelaki kena pakai tie. Kad matrik pun wajib dipakai. Ketika tu, terdengar lah jugak suara-suara berkata, "Miss, this is not India!". India, tak India. Apa korang ingat aku kena sampuk dengan budaya Infosys, sampai terbawa-bawa ke sini? Ermm.. Mungkin ada la sedikit sebanyak. Kalau aku tak mula, siapa lagi?

Apa lagi ye yang boleh dibuat untuk menghilangkan bosan ni? Kawan-kawan yang ada idea tu boleh la kongsi kat sini..

Related Posts:

  • Jiwa Celaru Hari ni aku terlibat ngan FYP presentation. Semuanya anak buah aku yang present. Terpaksa beb. Aku ni dah nak balik raya. Tak sempat nak wat next week. Anak2 buah aku ni ada yang ok ada yang tak bape nak ok. Yang ok tu aku t… Read More
  • Fight-Ooohh... OH!! As what I've expected. Memang bebudak minor ni sengal macam aku jugak. Tak payah nak citer panjang. Otometik aku bley ngam ngan diorang. Hopefully diorang pon bley laa ngam dengan aku gak. First class macam nak runtuh jadikn… Read More
  • SKTM Graduation Dinner Semalam aku join Graduation Dinner bebudak ni. Saja memeriahkan majlis. Tema pepel + hitam. Aku pon semangat ler carik baju yang blackpepel. Konon2 nak ikut tema la. So seperti yang aku rasa aku macam chantek lepas dimekap, … Read More
  • Coret2 Selepas Raya..Alhamdulillah. Sampai dah aku kat KK nan indah ni. Smalam lepas landing terus amik cab pi umah pakcik aku. Amik keta la. Aku melandingkan keta aku yang terchenta tu kat umah pakcik aku sempena aku balik raya ni. Nak letak kat… Read More
  • FarewellHari ni last day class. Suka ada sedey pon ada. Dari banyak2 batch yang aku ajar batch ni yang paling best. Hopefully aku jumpa diorang lagi next year..… Read More

0 comments :