Thursday, September 25, 2008

"4 Tahun Tak Boleh Mintak Apa-Apa Taaaauuu"

Tu jawapan abah. Ditujukan khas pada mak. Di kala aku terbuntang mata memandang TV Plasma besar di ruang tamu ketika memijak masuk ke rumah setibanya aku di JB malam tadi. Mak jeling je. Mana taknya. Abah dah mula dah baca dialog Hj Bakhil. Aku tau abah main-main je. Susah nak nampak abah serius. Abah cuma serius bila dia marah je. Other than that, dia banyak merepek dan menyengalkan diri. Paham-paham je la ye dari mana aku mewarisi sifat sengalku ini. Like father like daughter. Hehehe..

Abah memang suka tiru dialog dari cerita-cerita P Ramlee. Kadang-kadang tu boleh jadi lebih lawak dari P Ramlee. Pernah Ika Kembong merajuk, menangis sampai keluar air mata, abah datang duduk depan Ika dan diagah-agahnya Ika sambil tepuk tangan sama macam anak jin mengagah Ahmad Albab. "Ding dige ding ge ding ding ding.. bluweeehhhh.." Ika terus meraung sekuat hari. Tapi dalam meraung tu, nampak juga Ika ketawa. Abah terus dilepuk-lepuknya. Abah lari ke pintu. Sambil pandang Ika, abah ketuk-ketuk pintu. "Pintu? Pintu? Ahmad Pintu?" Aku yang tengok rasa nak pecah perut gelak. Ada aja modal abah nak menyakat orang.

Tiap-tiap kali berkumpul satu keluarga, memang kecoh. Masing-masing ada potensi jadi raja lawak. Tu yang kadang-kadang membuatkan aku rasa sayu je berada di perantauan. Huhu..

Related Posts:

  • Ya Allah, Kau Berikanlah Balasan Yang Setimpal Pada Si PelakuPagi tadi, lebih kurang jam 6.40 pagi aku mendapat sms dari abah yang berbunyi:Mlm tadi rumah kena pecah dan selongkar. Kancil hilang. Bilik abah habis kena geledah. Abah d KL dgn mak sekarang. Yg d rumah, din aida dan atiqah… Read More
  • Pakwemu, Pakweku JuaDi satu malam, ketika aku dah tergolek-golek nak tidur..Ika Kembong: Yati, tengok ni pakwe adik. Hensem kan? (ditunjuknya gambar Skandar Keynes pada skrin handphonenya)Aku: (Tengok gitu-gitu) Elehh.. Pakwe orang lagi hensem. … Read More
  • Mondok Gila & Pokemon Mabuk! Hi peeps. Aku baru je masuk kerja hari ni setelah dua minggu meroyan tak ingat kerja. Banyak cerita nak dikongsikan tapi buat hari ni aku tepek dua je dulu cerngal (cerita sengal) kat sini. Si Mondok Yang Kejam Memang haru… Read More
  • Pandai Pun..Betul kata orang. Kalau kita hidup berdikari, tinggal seorang diri, secara otometiknya kita akan pandai buat kerja-kerja yang kita tak biasa buat. Aku merefer kepada dua orang tuan puteri kat rumah ni. Kalau mak ada kat rumah… Read More
  • Operasi Makan Last saturday, rumah aku ada operasi makan-makan. Resume semula setelah beberapa tahun tak buat due to kemalasan, kemelesetan dan yang sewaktu dengannya. Tak dirancang sebenarnya aktiviti ni. Last minute decision from abah. … Read More

2 comments :

Anonymous said...

jgn gitu yat... bunyi mcm dah nak balik JB je.... kesian sini.. makin kurang org nnt.. kekekekke

CikSengal said...

tinggal berapa tahun depan? 4? haha..