Wednesday, September 17, 2008

Aktiviti Hujung Tahun. Any Ideas?

Ceritanya, my backpackers gang sudah sebulat suara, sehati sejiwa berpakat untuk menjelajah Siam dan Indonesia pertengahan tahun depan. Aku kalau bab-bab berjalan, tengok tempat orang, menghabiskan duit, memang aku suka. Tapi bila pikir-pikir balik, nak tunggu tahun depan tu rasa macam lambat sangat lah.

Jadinya, aku macam nak pergi meroyan kat mana-mana hujung tahun ni. Sebelum 2008 berlabuh, kalau dapat travel memang seronok. Cadangnya nak pergi dengan geng menyengal dari Labuan. Disebabkan aku sorang-sorang kat KK ni, aku dilantik dengan secara tidak rasminya untuk survey tempat-tempat menarik yang boleh kami pergi. Kalau dalam negeri, aku rasa macam nak buat roadtrip pusing satu Sabah. Dari KK pusing ke Kudat, Ranau, Sandakan, Semporna, Tawau. Pergi Pulau Sipadan. Pastu pusing bahagian selatan dan pedalaman pulak macam Beaufort, Sipitang, Tambunan, Keningau, Tenom. Fuhh.. Mesti best kan? Tak pun roadtrip dari KK ke Kuching. Keluar masuk Malaysia-Brunei. Besh.. Beshhhh..

Kalau luar negara, dalam kepala otak aku ni dah pikir Korea. Beshhhnya.. Nak-nak hujung tahun ni winter. Boleh la aku berwinter sonata main snow sambil mengimbau kembali zaman kanak-kanak waktu kat UK dulu. Tapi, ada juga geng Labuan ku cadangkan pergi India. Adehh.. Harus muntah hijau aku nanti..

So, siapa-siapa ada idea tempat-tempat yang menarik yang harus dilawati, marilah kongsi kat sini. Banyak la pilihan aku nak pilih nanti. ^__^

Related Posts:

  • Tak Glamer Ke?Empat orang manusia sedang melepak keboringan di satu booth di CentrePoint, KK.Anis Ayuni, Aleya Anessa, Lynn Dayana & Ramlee Awang Murshid.Siapa mereka ni? Bagi peminat-peminat novel melayu terutamanya terbitan Alaf 21 p… Read More
  • Tahun Baru Cina = Hari Tutup Sedonia As expected. KK 'lumpuh' sempena Tahun Baru Cina ni. Sama seperti Skudai. Taman Universiti terutamanya. Macam pekan koboi jadinya. Semua kedai tutup. Kalau diikutkan, boleh sampai seminggu tuan-tuan kedai menutup kedai. Sam… Read More
  • Rombongan Cik Kiah.. Yes. My whole family is here. Datang merewang ke KK lah. Pulak tu, datang time Kaamatan dah habis. Buang karan jek. Oh ya. Ada juga orang lain yang ikut rombongan. Abah angkut sekali dia punya PA and one of his students from… Read More
  • Jalan-Jalan Buang Karan Makcik dah duduk KK ni 3 tahun dah. Tapi baru hari ni makcik berkesempatan pergi Tamu Gaya Street. Hahaha.. Tak senonoh sungguh makcik. Bukannya tak teringin nak pergi. Makcik fedap bab-bab cari parking ni. Area sana ya ampu… Read More
  • Pagi Yang Gelap, Kini Sudah Terang..Sepanjang dua minggu ni, cuaca tak menentu. Hujan, mendung. Mood pun ikut mendung jugak. My baby pun dah lama tak dapat proper bath. Asyik mandi hujan dan main lecak je. Rimas tengok.One of my good friend, Affa n her hubby da… Read More

2 comments :

sitinurulhawa said...

yatt, hujung tahun ni akak nak ke endau, menghayati alam semulajadi... cheeewah!!

plan jelajahan sabah ko tu best la.. jelesnye, cam nak join je

next year, mmg dah bnyk plan,

jan - annual family holiday plan ke Cameroon Highland (nak gi kinabalu tak mampu lagi, rombongan ramai sangat haha)

mac - most probably company trip masa ni

april - bangkok.. harap2 dah aman

june - bali.. dah lama kuidamkan

CikSengal said...

wowweeee.. packed betul jadual berjalan tu. tak sabo nak backpacking april & jun nanti. aritu kat india sempat beli backpack beso tu.. hikhik..