Tuesday, August 21, 2007

Konvo.. Konvo..

Macam la majlis kawin tu aku yang punya. Kepenatan sangat aku tido mati macam kayu sampai tak sedar dah pukul 10 pagi. Terjaga pun sebab dapat mesej dari bapak aku "jap lagi nak kuar dewan ni.." WHAT?? Terus aku melompat dari katil tu. Mati la aku. Matilaaa. Cepat2 aku siap2. Aku tunjal2 si jebon suh bangun tapi tak mo bangun. Aku plak yang ditendangnya. Mimpi main kuda kepang kot. Sambung yang malam tadi punya. Hehehe.. Ah gasak! Ko tak nak ikut sudah.

Hari ni si Sharir konvo. Konvo gak akhirnya dia setelah extend stahun. Kihkihkih.. Jahatnya aku. Sepatutnya aku join skali masuk dewan. Tapi pagi tu liat betul nak bangun. Last2 mak bapak aku je yang pegi. Aku pon macam mamai2 je mak aku suh datang ke sana dalam kul 10. Memang aku tak sedar. Tu yang macam orang gila siap2 ke sana.

Sampai kat sana nak cari parking pon humang aih susah nak mampus. Ramai betul umat. Graduan semua dah keluar. Habislaa aku kena lecture ngan mak aku. Last2 aku parking tepi longkang. Berlari aku ke dewan. Nasib baik tak jauh. Aku ni datang bukannya apa. Lupa nak bagi mak aku kamera. Nak harapkan kamera kopab bapak aku tu bermasalah sungguh. At least ada backup la kalau yang satu tu korup.

Sian adik aku. Konvo ngan junior dia. Kengkawan dia sume dah konvo. Adalaa dua tiga orang yang tercicir macam dia. Dapatla jugak bergambar. Sama gak macam aku dulu. Bergambar pon dua tiga kerat je. Tapi kes terbalik plak. Time aku dulu batch aku ramai yang gatai extend. Hahaha.. Berlagaknye aku. Huhu..

Bestnya teringat pasal konvo ni. Dengan pesta konvonya. Kalau masuk dewan bley dengar live orchestra. Best siott. Bila ntah nak masuk balik dewan tu. Tahun depan mungkin ada peluang. Si Aida plak konvo. Apa nak buat. UTM is our second home....

Related Posts:

  • Marhaban ya Marhaban Tiap-tiap tahun time raya, orang-orang surau akan pusing satu taman buat Marhaban. Rumah aku tak terkecuali. Meriah sikit tahun ni sebab Wak Daut stay agak lama kat Malaysia ni sempena raya. Makanya, ramai jugak lah yang da… Read More
  • Oo..Oo..Oo Balik Kampung! Balik kampung~!! Macam dah lama sangat tak balik kampung kan. Padahal baru bulan lepas balik. Tapi balik bulan lepas ada budak dua orang tu je kat rumah. Kali ni balik, meriah sebab Wak Daut ada! Balik together-gether denga… Read More
  • Harta Karun Nak kata mengemas tu idak ler. Tengah dok mencari barang dalam kabinet-kabinet kat dapur tu, sekali jumpa ini barang. Ya ampun. Kenapa masih ada ni? Patutlah rumah ni penuh dengan clutter. Banyak nau khazanah yang tak pakai… Read More
  • Home Sweet Home It's been 3 months already. Lama dah aku tak balik JB. Kali ni aku gigihkan diri balik. Walaupun balik waktu weekend je. Hallu Home!! It's good to be back. Rindu kat semua-semua!! … Read More
  • Salam Aidilfitri 2013 Salam Aidilfitri dari CikSengal & Family.. ^_____^ Sengal-sengalkan diri anda di musim raya ini.. :P … Read More

0 comments :