Wednesday, August 8, 2007

Merepek Sambil Makan Kerepek

Err.. Setelah beberapa hari berlalu, takde plak penyakit aku datang menyerang. Syukur alhamdulillah. Ni namanya penyakit ngada2. Hehe.. Tapi ok la. Takde la nak menyusahkan aku. Nak2 time ni aku perlukan otak aku untuk buat keje. Banyak betul benda yang nak kena ingat. Harap2 aku dapat stay camni lama2 sket. ^__^

Weh!! Aku nak balik JB weh!! Shiok bah. Kalau takde aral melintang menegak membujur aku balik 17hb ni. Seminggu aku meronggeng. So geng. Kita jumpa di sana.. DI SANAAA..

Bila nak balik ni banyak jugak kiriman yang aku dapat. Tolong beli ni. Tolong beli tu. Nak yang ni. Nak yang tu. Mak aku macam biasa la. Benda yang dia mintak beli tu kalau tak ikan bilis, udang kering. Kalau tak udang kering, ikan bilis. Kali ni ada tambahan plak. Cili kering. Lohh.. Di JB ngak ada apa? Nak dijadikan cerita, aku ni jenis tak rajin pegi pasar. So tak tau harga benda2 ni. But menurut kata2 mak aku, kat sini lagi murah kalau nak dibandingkan dengan JB. Ye ke mak? Kat sini ikan bilis yang dah dikopek sekilo RM11. Udang kering plak yang gred biasa2 sekilo dapat RM20. Kalau kat JB tak dapat harga2 nih. Baru la eden tau. So geng, cuba check at your nearest grocery store. Betul ke tak dapat lagi murah dari harga ni? Curiosity masih melanda diriku.

Ok. Dapat kiriman satu hal. Nak membelinya satu hal. Take note yang aku ni jarang pi pasar. Memang hampeh la bab2 membeli barang dapur ni. Biasanya aku menabung kat Giant jek. Sonang semuanya bawah satu bumbung. Nak pi bandingkan harga sini sana memang tak terlarat. Iskkk.. Tetiba teringat plak lagu rap pengguna bijak KDNHEP. "bandingkan harga.. sebelum membeli.." Alamak. No time beb! Mak aku pesan. Beli ikan bilis kat sini. Beli udang kering kat situ. Haaa?? Seriously? Nampaknye mak aku lebih tau selok belok kedai yang murah kat KK ni daripada aku. Aku? Yang aku tau cuma kedai mana yang murah kat pasar pilipin jek. Hahahahahaha....

Related Posts:

  • Update.. Update.. Cerita Piano Lesson.. Susah juga belajar piano ni. Dah la jari pendek-pendek. Key pulak jauh-jauh. Setelah berhempas pulas, graduate jugak level 1 ni hari Selasa lepas. Meleret ke telinga aku senyum. Sekarang dah masuk Leve… Read More
  • NC + Facebook = ???? Semua NC disaran guna Facebook Oleh HISHAM IDRIShisham.idris@kosmo.com.my KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyarankan semua Naib Canselor (NC) dan Timbalan Naib Canselor (TNC) institusi pengajian tinggi (I… Read More
  • Ayat AMAT Cinta Kak Awa berjaya mengangkut macam-macam buku dan novel balik ke Malaysia ketika merewang ke Bali akhir bulan lepas. Aku pun nak jugak. Tapi aku angkut satu je. Buku yang sengal macam aku juga lah. Presenting.... Ayat Amat Ci… Read More
  • Trivia about YattSampai keluar air mata aku gelak bila buat tag yang datang dari Mimi ni...Ten Top Trivia Tips about Yatt! Yatt was declared extinct in 1902.Neil Armstrong first stepped on Yatt with his left foot.There are roughly 10,000 man-… Read More
  • Cerita Hari Jumaat Sekejap je dah hari jumaat. Cepat betul masa berlalu. Bila ada banyak kerja yang perlu difikir dan dibereskan, memang lah cepat. Cuba kalau satu hari tu belek facebook dan main YM je. Mesti rasa lama kan? Hahahhaa.. Minggu … Read More

0 comments :