Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

One of my favourite place on earth..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Showing posts with label Woori Finance Art Hall. Show all posts
Showing posts with label Woori Finance Art Hall. Show all posts

Monday, December 26, 2011

FAME ~ The Musical

23rd November 2011

Semalam dah tengok The Three Musketeers, hari ni pergi tengok FAME pulak. Weeehuuu~!! Siapa sangka, kami dapat tengok tayangan perdana FAME ni. Yes. The first show ever~!! And the first musical ever by my fav SuJu member, Lee Hyukjae~!! Excited much!!

I met up with the girls at Woori Finance Art Hall (WFAH). Tempat berlangsungnya musical FAME ni. Gigih jalan sorang-sorang ke sini. Tak susah mana pun. Turun kat station Olympic Park. Kekekek.. Olympic Park lagi. Station paling ngeri kat Seoul. Terkenang-kenang, terbayang-bayang scene homeless kat depan mata. Kekekeke.. Well, if you guys can remember, aku ada pernah cerita pasal Woori Finance Art Hall ni dalam edisi Winter Sonata dulu. Yeps. Pernah datang sini dulu untuk mengskodeng konsert KRY. 

Woori Finance Art Hall.. FAME~!!

Sunday, February 13, 2011

Winter Sonata di Bumi Korea ~ Day 2: National Museum of Korea, Insadong, Olympic Park & Jongno

Sunday 13th February 2011

Seperti dalam entri aku sebelum ni, pukul 5 pagi aku dah terkebil-kebil bangun. Orang semakin ramai datang ke airport. Memang tak boleh tidur dah. So we freshened up, solat, and cari kopi. Before going for coffee, kami pergi sewa handphone. Untuk kegunaan sepanjang kami kat Korea ni. Senang nak buat call. Kalau pakai roaming maxis aku ni mau kopak aku dibuatnya. Kat Korea ni takde jual simcard prepaid bagai. Simcard memang dah built-in sekali dalam handphone. Patutlah kalau tengok dalam drama-drama Korea, kalau nak tukar nombor je kena beli handphone baru. Sebab tu rupanya. Baru aku paham. Sewa handphone ni tak mahal mana. Satu hari baru KRW3000. Lebih kurang RM9. Kira boleh lah kan. So kami sewa dua handpone. Feesnya kami tong-tong bagi sama rata. Segala ongkos peminjaman akan dibayar time pemulangan handphone nanti. Itemized bil jugak akan dibagi kemudian. The funny thing is masa nak menyewa ni, the lady at the counter ingat kami orang India. Harharharharrr...

Then off for the KRW600 coffee. DIY kat convenient store diorang je. Family Mart ~ our favourite store setakat ni. Hehehe.. Dah buat kopi, kami beli T-Money Card. T-Money ni quite handy untuk traveller macam kami ni or pada sesiapa je. Boleh guna untuk naik bas, naik subway, masuk muzium, etc. etc. T-Money ni ala-ala kad Touch & Go lah kalau kat Malaysia ni. Senang. Tak perlu nak beli tiket semua. Disarankan sangat-sangat pada sesiapa yang travel kat Seoul ni untuk pakai T-Money. Harga dia tak mahal. KRW2500 per card. At that time, T-Money yang murah dah habis. Kami ambil yang mahal sikit. Harganya KRW4000. Gambar Hello Kitty gitu. Comel lah jugak. Hehehe.. Dalam kad ni tak ada isi nilai. Kena topup. So, untuk permulaan kami topup KRW20000 dulu.


Family Mart @ Incheon Airport