Friday, 3rd February 2012
Setelah selesai acara mengcheck-in dan meletakkan beg di hostel, kami terus ke Taipei Arena. Dengan harapan, kami dapat masuk tengok SS4 untuk hari ni. Tiket tak ada ni. Minta-minta adalah siapa-siapa kat sana yang sudi menjual tiket kepada kami. Excited ada berdebar-debar pun ada.
Alkisahnya, SS4 Taipei diadakan selama empat hari iaitu 2-5 Februari 2012. Dengan usaha gigih Aleng dan rakannya, kami berjaya mendapat tiket untuk konsert pada tarikh 4 Februari. Satu hari je. Bersyukurlah jugak walaupun sehari je. Daripada tak dapat langsung kan. Yosh.. Jadinya, untuk hari ini, 3 Februari, kami gamble saja. Kalau ada tiket, masuklah kami ke dalam. Kalau tak, tak masuk lah.
Dari Taipei Main Station kami ambil Bannan Line menuju ke Nangang. Tiba di stesen Zhongxiao Fuxing kami tukar train dan ambil train Zhonghe Line menuju ke Taipei Nangang Exhibition Centre. Taipei Arena terletak berdekatan dengan stesen Nanjing East Road. Satu stop saja dari stesen Zhongxiao Fuxing. Dah sampai tu, agak terpinga-pinga lah jugak nak menghala ke mana, tapi disebabkan ramai yang naik train tu ala-ala macam nak pergi tengok SS4, kami ikut sajalah. Keluar je dari stesen, kami nampak peta tunjuk arah ke Taipei Arena. Hah. Senang kerja. Follow the map. ^___^
Hari hujan. Memang. Asal konsert SuJu je mesti hujan. Asal diorang datang je mesti hujan. Tak kisah lah kat mana-mana. Kat Malaysia pun sama jugak. Mesti hujan. SuJu budak hujan kot. Redah lah kami berlari-lari dalam hujan. Ala-ala basah jugak lah walaupun tak berapa kuyup. Sepanjang jalan ke Taipei Arena ada beberapa girls dok meniaga barang-barang SuJu. Aku sekadar cuci mata saja.
Cari rezeki.. Aku berkenan kat baju yang dia pakai tu..