Saturday, June 16, 2012

From Taipei With Love ~ Day 2: EverySing, Longshan Temple, Ximending, Taipei 101, Yunus Halal Restaurant, Taipei Arena

Saturday, 4th February 2012

Our second day here in Taipei. Cuaca hari ni agak baik. Tak hujan, tak sendu, dan tak panas sangat. Memang seronok kalau nak keluar jalan-jalan. Sebelum keluar, kami breakfast dulu ala kadar di dorm. Cuba mengecilkan portion bekalan makanan yang kami angkut dari Malaysia. ^^

Dah rasa-rasa kembang perut, kami pun keluar. Destinasi pertama ialah EverySing. EverySing ni merchandise shop run by SM Entertainment. Kalau kat Seoul boleh jumpa kat SPAO, Myeongdong. So kalau dah SM Entertainment tu, tau-tau je lah artis-artisnya siapa kan. So, EverySing ni tak jauh dari Taipei Backpackers. Jalan kaki je. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh tengok kat sini --> EverySing Taipei. Saja je kami datang nak skodeng-skodeng merchandise apa yang ada dijual kat sini. Banyak jugak lah pilihan. Harga pun boleh tahan murah. Tapi aku yang jenis kedekut ni tak ada lah shopping apa pun. Cuci mata je. Berangan nak beli life-size poster, tapi nanti-nanti lah. Kalau ada duit lebih boleh lah beli. Boleh datang lagi sebelum balik nanti. Tak susah mana pun.

Kedai payung sebelah Taipei Backpackers..



Let's go to the subway station..

Minum pagi..

18 deg today..

Everysing

Dah puas mengskodeng, kami terus bergerak menuju ke Longshan Temple. Dari Taipei Main Station, naik Bannan Line warna biru menuju ke Yongnin. Turun kat Longshan Temple Station. Tak jauh mana. Dua stop je. Longshan Temple ni aku dipahamkan merupakan temple yang tertua kat Taiwan ni. Dated back somewhere in the 1700. Struktur pun struktur lama. Aleng mengambil kesempatan untuk sembahyang kat sini. Sementara tu, kami jalan-jalan sekitar Longshan Temple.


Longshan Temple Station..

Longshan Temple..


Longshan Temple inside..


Penerangan tentang Longshan Temple..

Lukisan kat kaki lima..

Tanglung sekeliling temple..

Ada pasar kat sini..


Nak ke mana lagi?

Sementara menunggu Aleng, kami dapat info bahawasanya di saat kami menebeng ni, sekolah Daddy si Kyuhyun tengah dirasmikan. Daddy Cho ada bukak sekolah kat sini. Pusat belajar bahasa Korea katanya. Dah alang-alang budak-budak SuJu ni ada kat Taipei ni, masing-masing datang untuk majlis perasmian tu. Kalau mereka-mereka tu turun padang, alamatnya sesak lah jalan dan kawasan sekitar sekolah tu. Mula-mula teringin jugak nak terjah. Tapi bila pikir-pikir tak payah lah. Tak larat nak kena rempuh. Kekekeke..

Oleh kerana tak jadi pergi skodeng SuJu, kami menghala ke Ximending. Just one stop from Longshan Temple. Ximending ni orang kata Harajuku of Taipei. Aku pulak tengok macam Myeongdong, Seoul. Hehehe.. Ramai budak-budak muda lepak-lepak, jalan-jalan kat sini. Nak shopping boleh, nak makan-makan pun boleh. Tapi kalau spesis kami ni nak makan apanya kat sini.


Ximending..

Shops at Ximending..

Kami jalan-jalan cuci mata kat sini. Aleng excited nak beli biskut Taiwan, jadinya berpusing lah kami satu Ximending tu mencari kedai biskut yang dimaksudkan. Dulu-dulu Aleng pernah datang beli kat sini. Cuma ni entah dah berapa kali pusing, tak jumpa pulak kedainya. Dah penat tu, berhenti kejap layan Bubble Tea. Sedap woo.. Kat KK aku bantai YoYo je. Teh YoYo dah siap buat masuk dalam peti ais. Yang ni freshly made on the spot. Fuhhh.. Nyaman.

Bubble Tea..

Sedap kauuu..

Sambil jalan, sambil menyedut bubble tea. Then, masuklah kami ke kedai kasut. Walaweiii.. Kasut Nike, Adidas segala tok nenek murah-murah! Aku ni bukannya jenis yang up to date dengan harga-harga kasut ni. Aku ikut je lah geng-geng karatz ni menyopping. Diorang kata murah, aku pun ye kan je lah. Kekekeke.. Mula-mula aku duduk diam-diam je. Tapi lama-lama tu termakan jugak racun. Memandangkan aku nak pergi NZ tak lama lagi, aku nak kena beli kasut buat jalan-jalan. Nah. Ambik. Selamat aku merembat kasut Nike dengan harga NTD1800. Gores dan hutang ye. Kalau convert ke duit Malaysia dapat lah RM180 lebih kurang. Budak-budak ni kata kat Malaysia tak dapat harga ni. Maunya lebih RM250. Aku angguk je lah. Hahahaha..

Masing-masing dah dapat sepasang, kami pun bergerak balik. On the way balik, entah macam mana, nampak kedai biskut yang Aleng cari. Tapi bukan kedai biskut yang sama. Kedai yang dulu, katanya dah tutup. Tak apa lah Aleng. Janji dapat beli biskut yang diidam-idamkan walaupun kedai lain-lain. Dah habis shopping biskut, kami terus balik ke dorm. Letak barang hasil shoppingan, solat, rehat-rehat sebentar sebelum memulakan misi seterusnya.


Budak-budak dok menari..


Perghh.. Ngomong Indon ni..

Hambik kau~!!


An hour later, kami keluar balik. Kami ke Taipei 101. Kalau nak naik subway macam jauh pulak nak menapak. Jadinya kami naik teksi je. Tahan teksi somewhere near Taipei Main Station. Perjalanan ke sana adalah dalam 30 minit termasuk traffic jam. Uncle teksi tu mula-mula senyap je. Tapi bila Aleng bukak mulut cakap mandarin, mula lah dia bercotcet cotcet. Rancak betul berbual. Aleng layankan je lah. Kami kat belakang ni diam seribu bahasa. Ngantuk pun ye. Tambang teksi ke Taipei 101 dari Taipei Main Station, lebih kurang NTD200.


Taipei 101 dari jauh..

Kat Taipei 101 ni kami sekadar posing-posing bergambar dan jalan-jalan sekejap kat dalam mall dia. Kami tak naik sampai atas sebab nak mengejar masa. Takut tak sempat untuk aktiviti seterusnya. Kat dalam mall pulak kami sempat masuk ZARA je. Saja nak tengok harga. Terkejut beuk mak yeh aku bila tengok harga-harga barang kat ZARA ni murah-murah banget. Coat yang dijual kat KL nun dengan harga RM700++ kat sini boleh dapat around NTD4000. Baru RM400~!! Waiyohh.. Nasib baik aku tak bawak duit banyak kan. Hahahahaha..


Versi dekat..


Versi angle lain..

Cak~!!

It is already Maghrib went we left. Kami terus bergegas untuk pergi mengisi tembolok. Semalam jalan-jalan cari tempat makan kat Taipei Arena, kedai tutup. Hari ni, kami pergi ngam-ngam masa operating hours. Tersenyum lebar bila dapat makan. Hehehehe.. Untuk ke tempat makan ni, kami naik teksi dari Taipei 101.

Kami makan di Yunus Halal Restaurant. Berdekatan dengan Taipei Arena ni. Aku dipahamkan ownernya orang Myanmar. Tapi entah lah aku pun tak tau. Ye kot. Hehehe.. Bila belek menu, makanan-makanan nya alahai, Malaysian style. Hahahaha.. Belasah je lah kan. Mula-mula fikir nak makan yang simple-simple je. Sekali owner dia datang bagitau yang goreng-goreng tu lambat masak. Yang lauk-lauk ni cepat. Lahh.. Macam tu ek? Ok je lah. Mana-mana je janji dapat melantak. 

Suasana dalam restoran ni agak best jugak lah. Tenang je. Kat dinding aku ada nampak plak Jalan-Jalan Cari Makan. Hehehehe.. Tak ramai yang ada kat dalam restoran ni. Kami dan satu meja lagi ni yang dikonker oleh Malaysian jugak. Sekadar senyum-senyum je dengan diorang. Kat restoran ni jugak ada bilik solat. Sementara tunggu makanan datang boleh lah pergi solat dulu. 

Menu..

Interior..


Ruang solat kat basement..

Makann~!!

Aku dah lupa dah lauk apa yang kami order. Makan dengan senyap tak keluar bunyi apa. Hehehe.. Lapar sangat kan. Sampai licin kami kerjakan! Harga keseluruhan kalau tak silap aku NTD1200. Boleh lah..

Dah kenyang, kami bergegas ke Taipei Arena. SS4 3rd day~!! Meroyan lah lagi kami kat dalam tu. Kali ni duduk berempat together-gether. Seating pun agak baik walaupun jauh dari stage. Hul~!!

Tiket..

ELF Love SuJu Forever..

Tak banyak nak cerita, tepek gambar je. Courtesy Cik Kia.. ^^


Sapphire Blue Ocean..

Yesung during Walkin'..

Kyuhyun during Walkin'..

Walkin'..

Eunhyuk's Solo..

Feels Good..


Siwon's Solo..

Donghae's Solo..

Ending..

Overall, sama je konsert hari ni dengan konsert semalam. Yang lainnya tu aksi-aksi sengal mereka in between. Dan hari ni pulak banyak benor aksi-aksi bukak baju. Adoii.. Then Leeteuk kata jangan lupa datang besok sebab diorang akan perform all out. Whatt?? Why? Kenapa kau cakap macam tu? Besok kami tak ada tiket!! Huwaaaaaaaaaaaaaa... Nyampah lah.

Terngiang-ngiang kata-kata leader. Besok kena cari tiket ni. Hahahaha.. Dah. Untuk malam ni, kita balik dan tidur dulu. Besok baru pikir macam mana nak dapatkan tiket. :P

Balik lah kami ke dorm dan tamatlah sudah hari kedua kami di Taipei. Kkeutt~!!

Perbelanjaan keseluruhan hari ini :- NTD2960

2 comments :

Faiznadia said...

Life-Size poster tu besar sebenar badan depa ka kak?

CikSengal said...

tak tau laa plak ikut tinggi sebenar ke tak.. tapi tengok contoh memang lagi tinggi dari akak lor...