Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

One of my favourite place on earth..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Showing posts with label Jalan-Jalan Selangor. Show all posts
Showing posts with label Jalan-Jalan Selangor. Show all posts

Monday, October 28, 2013

Flaming Steamboat, Sunway

Sempena turun Sunway baru-baru ni untuk hantar si Ika gedik tu balik ke Taylor's, kami singgah menketedarah kat sini. Aku pun tak pernah tau tentang kewujudan tempat ni. Tak pernah duduk kat KL kan. Jadinya our lovely brother bawak kami datang sini. Dia ok je bawak makan, janji aku yang bayar. Hahaha..

Flaming..

It's a steamboat restaurant. Ada 3 branch Flaming ni. Selain kat Sunway ni, ada branch kat Setapak dan kat Shah Alam. Yang kat Sunway ni boleh tahan besar jugak. Tapi nak parkingnya, mak oii payah sungguh. Tak banyak ruang parking kat sini. 

Hargan untuk buffet RM29.90 satu kepala. Kalau tambah tolak tax bagai dalam RM35 jugak lah. So, kita makan sampai tak boleh jalan. Boleh gitu? Tepek gambar lah ye. 

Tingkat atas..

Segala jenis bebola dan lelain..

Segala tok nenek alat membuat cicah..

Ada gorengan jugak..

Sluuuuuuuurrrrrrrrrppp..

Ceker!!

Fuuhhhh memang tergolek kekenyangan. For more info go to http://flamingsteamboat.com/

Monday, October 14, 2013

Ruemz Hotel, Subang

Sempena aktiviti merendek kat KL ni dan sempena melawat adik bongsu kesayangan aku yang mengada-ngada tu aku memilih untuk duduk kat Ruemz Hotel ni. Lokasi Ruemz Hotel ni ialah dalam kampus Taylor's Univ by the Lake gitu lah. 

Godek kat internet dapat harga RM160. Boleh lah. Janji senang aku nak jumpa minah gedik tu.

Ruemz..

Bila dah check in masuk dalam aku terbangak. This room for RM160? Biar betik? Menyengih je lah aku dibuatnya. Serius sangat berbaloi-baloi!

The bed..

The table..

Almari & peti ais..

Iron pun ada.. Suke!!

Kawasan bilik air..

Sinki..

Shower..

Toilet..

Bed from toilet..

TV..

View luar..

Angle lain..

PUEH HATI! Sangat best bilik ni. Memang seronok gilos lah aku duduk sini. And the breakfast not bad jugak lah. Berbaloi-baloi!

Nomnomnom...

Next time boleh duduk sini lagi. Hehehehe.. For more info visit http://www.ruemz.com/