Yosh! Ke Korea ke kita? Ye lah. Korea lagi. Selagi tak habis pelusuk Korea tu aku jelajah, selagi tu takkan habis trip Korea aku ni.
Dek kerana AA ada buat sales, aku dah beli siap-siap tiket in advance. Balik je dari Busan last year terus beli tiket ni. Memang sewel tak terkata lah. Untuk trip kali ni, ahli rombongannya terdiri daripada aku sendiri, mek Mulan geng KPop, Sue kawan Mulan dan makcik kepada Mulan. Berempat lah ni kononnya. Dah tu plan nak merewang ke Jeju je. Poyo tau. Beli tiket flight ke Busan sebab dekat dengan Jeju. Padahal, dari Seoul lebih kurang sama je. Sebenarnya alasan yang paling tepat ialah takmo singgah Seoul. Nanti melagha melebih dok kejar artis, trip ke Jeju entah ke mana. Kononnya lah kan. So beli lah tiket yang diidamkan tu. Harga pun dalam RM400++ je return.
Yang dipersetujui.. |
Okeh. Tinggal lah masa untuk pergi je. Tapi kelakar lah wei. Around 7 months sebelum departure tu, ada bom meletup yang buat aku gelak tak hengat. Makcik kepada Mulan got pregnant! Dah tu due date seminggu sebelum tarikh bertolak. Hahaha.. Tak gila aku melekek-lekek. Hadoilah. Aku tak pernah terpikir pun nak jadi benda-benda macam ni. Almaklumlah baru first time nak berjalan dengan orang yang dah kahwin. Selama ni memang sokmo berjalan dengan geng single mingle. Tak terluah dengan kata-kata dah. Hehe.. Tak kan lah nak ikut kan dalam pantang camtu. Tak ada rezeki lah nampaknya. Tinggallah kami bertiga. Kami pun iklan lah siapa nak ikut untuk mencukupkan korum 4 orang. Bila 4 orang ni senang sikit nak gerak. Nak sewa kereta kat Jeju pun berbaloi-baloi.
Lebih kurang dua bulan sebelum pergi tu, kami dapat pengganti. Si Mel, orang kuat Seminar HLAF kat KL dulu. Geng-geng meroyan kat CARI jugak si Mel ni. Excited pulak dia nak ikut ke Jeju. Lega hati kami. Akhirnya, cukup jugak korum tu. Tapinya, Mel cuma ikut kami jalan-jalan kat Jeju je sebab dia beli tiket pergi balik ke Seoul. Tak macam kami yang ke Busan (iye lah tu haha..).
In the mean time kami susun-susun jugak lah itinerary. Susun sana sini, waduh gawat jadinya sebab bilangan hari tak cukup! Gila betul. Dah pening kepala tu, terus discuss dan buat kerja gila. Tukar tarikh pergi! Hambik kau. Dari tiket murah terus jadi mahal. Haha.. Sewel bebenor lah kan. Dah gila, nak buat macam mana. Kang nyesal tak sudah kang sebab tak puas berjalan.
So tukar lah tarikh. Pergi hari Jumaat instead of Ahad. Konon cukup lah kan. Bila kira-kira balik, dah terlebih hari lah pulak. Bengong betul. Bila dah terlebih hari tu, mengada pulak nak pergi Seoul. Memang hampeh betul lah. Konon tak nak pergi Seoul, last-last pergi jugak. Nasib baik semua sewel satu kepala. Kalau orang lain ni, mampuihh kena luku.
Ok! Dah takde tukar-tukar dah.. |
Sampai ke hari nak pergi, dah takde perubahan dah. Selamat. Hostel kat Seoul, Jeju dan Busan dan book. Tiket train Busan-Seoul pun dah book. Tiket flight Seoul-Jeju-Busan pun dah ada. Kereta kat Jeju pun dah settle, tinggal ambik je. So apa lagi? Fly lah kita ke Busan. So roughly, itinerary kami ialah seperti berikut:-
24 Oct - Busan
25 Oct - Seoul
26 Oct - Seoul
27 Oct - Jeju
28 Oct - Jeju
29 Oct - Jeju
30 Oct - Jeju
1 Nov - Jeju
2 Nov - Busan
Kalau boleh nak seminggu duduk kat Jeju, tapi dok mengenangkan mek Sue yang tak pernah sampai ke Korea lagi, kami susun lah mana yang boleh dan sesuai. Kat Busan pun stay untuk naik turun flight je.
Okies. Ini lah secara ringkasnya pengenalan untuk trip sengal ni. Lepas ni, akan kugigihkan diri menyiapkan semua entries berkaitan. Tunggu~!!
0 comments :
Post a Comment