Oklah, kali kedua datang Busan ni, aku dan kawan-kawan membuat keputusan untuk stay berdekatan dengan Busan Station. Kat tengah-tengah. Senang nak bergerak ke utara, selatan, timur dan barat sekiranya perlu. Dulu first time datang, aku stay di Haeundae. Jauh kemain. Penat duduk lama-lama dalam train nak ke sana sini.
Kami stay di Pusan Inn Motel. Tak sampai 5 minit pun jalan kaki dari stesen KTX Busan Station. Kalau dari subway Busan Station, jalan tak sampai 10 minit. Memang sangat lah strategik tempat ni. Harga pun boleh tahan murah! Satu bilik, sumbat tiga orang hanya berharga KRW50,000 je satu malam. Nak tidur je pun kan.
Lokasi Pusan Inn Motel |
Kalau menggunakan Google Maps, lokasi Pusan Inn Motel ni dia bagi lokasi di jalan sebelah. Meraban lah cari memang tak jumpa. Gambar kat atas ni aku dah screenshot siap-siap lokasi sebenar motel ni. Tak lah gabra, bila tak jumpa.
Yang jaga motel ni pakcik-pakcik tua. Dan ada seorang atuk tua di reception counter. English dia paham tak paham je lah. Standard dan sangat basic. Boleh lah setakat bayar duit dan bagi kunci bilik. Tapi, ada jugak pakcik-pakcik muda sikit yang terlebih hyper boleh cakap English. Cakap Melayu pun boleh jugak. Tapi dibantainya selamat pagi, apa khabar, sudah makan, selamat jalan dalam satu ayat ler. Hehe..
Bilik not bad. Kami pilih traditional room, senang sikit banyak ruang nak packing, nak hambur barang bagai. Kalau ada katil, sempit pulak nak buat aktiviti-aktiviti ni. Dalam bilik ada TV, ada komputer, ada peti ais, ada water cooler, ada heater, ada aircond, dan macam-macam lagi lah. Toilet pun bersih walaupun warna tilesnya tak memenuhi selera aku. :P
Bilik kami! |
The other end.. |
Toilet.. |
Harga sebenar bilik ni ialah KRW40,000 untuk dua orang. Tapi kalau ada extra person, just tambah KRW10,000 je. So jadilah KRW50,000 untuk kami 3 orang. Kami stay kat sini sekejap je untuk dua malam.
Untuk maklumat lanjut boleh ke http://www.pusaninn.com. Kalau buat booking tu, perlu bayar deposit. Tapi kami tak bayar pun sebab kami email siap-siap, kami ada kesukaran untuk bayar deposit. Slow talk mintak settlekan semua masa check in nanti. Nasib baik diorang ok. Sebenarnya aku malas nak pergi Western Union, Moneygram bagai nak transfer duit. Hehe..
Ok. Boleh lah duduk kat sini. Tapi satu je yang tak best, motel ni takde lif. Masak lah kalau beg ko berat dan dapat bilik tingkat 3. Hehehe..
0 comments :
Post a Comment