Sunday, August 26, 2012

CARIans Beraya~!!

CARIans? Ye. Kami lah warga forum CARI. Kami umat-umat yang aktif di rumah Asian & Latin Mania. Aku ni dulu-dulu ye lah aktif. Kiasu bukak macam-macam thread. Sekarang ni dah tak berapa nak aktif. Banyak meroyan kat twitter je. Kami ni mula-mula dulu sekadar cot cet cot cet kat alam siber je. Dua tiga tahun kebelakangan ni baru berani nak bersua muka. Dah tu, kerjanya asyik nak jumpa je. Kekekeke.. 

Kami berkumpul bila K Bel kata nak turun JB. Makanya, CARIans sewel yang geng dengan K Bel yang ada kat JB yang berapa kerat ni pun berkumpul-kumpul lah. Mula-mula pergi rumah Cik Seben kita. Cik Seben masak mi bandung. Sedap weii~!! Kena suruh dia masak lagi ni. Hehehe.. Sambil makan sambil meroyan. Mana taknya. Semalamnya, Cik Seben telah meredah tambak Johor menjadi wakil media CARI ke press conference Lee Seunggi. Hulalalalalalalalala.. Super jeles. Kalau aku tau, aku ikut je dia pergi. Hul!

Antara merchandise yang diterima kat event tu.. Berangan je lah..

Gigih mereka..

Ngangangangangangaaaaaa...

Dah abis beraya rumah Cik Seben, beraya ke rumah aku pulak. Mencot cet sambil makan-makan jugak. Aku masak spageti sempoi je. Pastu Cik Ina rajin pulak menggoreng mi. Hah.. Melantak lagi.

Peace!!
With Bella.. Anak K Bel..

Final Pose..

Hoyehh!! Baru 4 orang berkumpul dah boleh runtuh rumah. Kalau lagi ramai entah macam mana ye. Hehehe. Ada rezeki, kita berkumpul lagi yok! Mesti ada ramai lagi yang nak join. ^____^

Related Posts:

  • Raya! Raya! Raya! Part 4 Siang tadi ada program makan-makan. Sakan lah aku pergi kan sebab ada kambing golek. Aku ni pantang sikit. Harus lah berdesup laju menerjah kamben tu sambil lap air liur.  Sini!! Dah lama dah aku tak join rumah t… Read More
  • Raya! Raya! Raya! Part 3 Cerita Raya dengan Kengkawan Bahagian Ketiga Kali ni jauh aku beraya. Dah menonong drive sorang-sorang dari JB ke KL kan. Alang-alang mari beraya kat rumah-rumah Geng KL. Raya kat Kepong.. Raya kat Wangsa Maju..… Read More
  • Raya! Raya! Raya! Part 2 Cerita Raya dengan Kengkawan Bahagian Kedua Hari ni dok melayan K Awa and K Alin datang beraya. Kebetulan pulak my brother yang gebu tu tengah bersilat kat dapur masak nasi Arab. First time katanya, tapi rasanya sangat t… Read More
  • Raya! Raya! Raya! Part 5 Tahun lepas tak buat. Tahun ni gatal. Masak-masak lagi aku tahun ni. Seperti sebelum-sebelum ni, aku tertonggek-tonggek seorang-seorang kat dapur. Memang patah riuk tulang belakang, pinggang aku semua. Menu standard oran… Read More
  • Marhaban ya Marhaban Tiap-tiap tahun time raya, orang-orang surau akan pusing satu taman buat Marhaban. Rumah aku tak terkecuali. Meriah sikit tahun ni sebab Wak Daut stay agak lama kat Malaysia ni sempena raya. Makanya, ramai jugak lah yang da… Read More

0 comments :