Friday, August 10, 2012

Balik Raya~!!

Balik raya!! Ho Ho Ho balik raya! Seronok tau makcik nak balik raya ni. Tapi nak balik ni macam-macam dugaan yang terpaksa aku harungi. Chewah.. Macam besar je masalahnya kan. Boleh kira besar jugak lah sebab berkaitan dengan tiket kapal terbang untuk aku balik raya ni. Hampir-hampir saja aku tak balik raya. Tapi syukur Alhamdulillah. Semuanya settle dan aku balik hari ni! Punyalah awal kan. Kekeke..

Kali ni excited balik raya tu macam lain sikit. Berderau pun ada sebab bakal jumpa saudara mara, makcik-makcik yang dah lama aku tak jumpa. Seram nak mendengar pertanyaan yang satu tu. Wahai makcik-makcik sekalian, jangan tanya ye soalan tu. Nanti saya sedih. Terus saya tak nak beraya. Hahahahaha.. 

Bekal untuk Cik Ina..

Dah settle packing pape yang patut, beli pape yang patut aku pun bergerak ke KKIA. Naik MAS ye sebab pakai tiket balik wilayah yang free setahun sekali tu. Ha.. Sebab tiket balik wilayah ni lah aku hampir-hampir tak balik sebab yang menguruskan tu ala-ala sengal sikit. Semuanya last minute. Suka-suki dia je kan. Lagi last minute lagi lah tak ada tiket. Hul~!

KKIA agak lengang. Mungkin sebab aku sampai agak awal. Tak ada rupa orang-orang nak balik raya. Mungkin aku je yang terawal sangat balik raya.

KKIA yang tak berapa nak ramai orang..

Atas flight pun tak berapa ramai sangat. Seat tepi aku kosong. Yey!! Ada harapan aku nak melunjur ni. Hehehe.. Si ayam berlagak tak nak pulak balik beraya dengan aku. Kalau tak mesti aku dah heret duduk kat sebelah aku ni.

Mari melunjur!

Mula-mula tu ok je. Tapi lama-lama tu agak tension jugak lah sebab terpaksa tahan dengan godaan orang-orang yang bermusafir ni. Masing-masing sedap melantak nasi beriyani yang dihidangkan. Hurmm.. Aku yang tak puasa ni pun segan nak makan.

Selepas 2 jam 30 minit berada kat udara, akhirnya sampai lah jugak aku ke KLIA. Tak keluar ke mana-mana pun. Lepak-lepak je sekitar gate tu untuk menunggu flight seterusnya ke JB.

Flight ke JB pun kosong..

Tersengih sampai ke telinga bila menjejakkan kaki di tanah JB. Tak sabar nak menghadapi hari-hari mendatang. Nak raya ni, mesti aku sibuk. Sibuk menguli tepung membuat biskut raya. Hehehe.. 

Jemputlah datang ke rumah raya ni ye. ^___^

Related Posts:

  • Salam Aidiladha 2012 Salam Aidiladha. Tahun ni aku beraya sorang-sorang lagi seperti tahun-tahun yang lepas. Housemates semua tak ada. Main masak-masak sorang-sorang dan makan pun sorang-sorang.  Lauk raya.. Bila lah agaknye ye bol… Read More
  • CARIans Beraya~!! CARIans? Ye. Kami lah warga forum CARI. Kami umat-umat yang aktif di rumah Asian & Latin Mania. Aku ni dulu-dulu ye lah aktif. Kiasu bukak macam-macam thread. Sekarang ni dah tak berapa nak aktif. Banyak meroyan kat twi… Read More
  • Tragedi Malam Raya Ternganga aku bila dapat tau ramai kawan-kawan tak dapat balik raya. Sila baca kat sini --> Penumpang Terjejas Akibat Insiden KKIA Daebak lah kan? Saja sabotaj orang nak balik raya ni. Malam raya pulak tu dia cari pasal.… Read More
  • Balik Raya~!! Balik raya!! Ho Ho Ho balik raya! Seronok tau makcik nak balik raya ni. Tapi nak balik ni macam-macam dugaan yang terpaksa aku harungi. Chewah.. Macam besar je masalahnya kan. Boleh kira besar jugak lah sebab berkaitan deng… Read More
  • Raya Raya Raya!! Selamat Hari Raya semua! Seperti tahun-tahun sebelumnya, raya-raya ni, tempat aku kat dapur je. Jadi bibik. Memang comot lah 24 jam. This is what I did.. 1. Buat sarung ketupat. Terer tau. Cakap je ketupat jantung, sate,… Read More

0 comments :