Saturday, August 4, 2012

Laksa oh Laksa

Dah berapa minggu ni aku teringin nak makan laksa. Cari kat PaRam tak ada lah pulak. Hurmm.. Nak kena masak sendiri lah macam ni ye?

Pusing-pusing aku pergi mencari mi laksa. Entah berapa kedai aku masuk. Dah berapa hari dah. Semuanya tak ada jual. Bila ditanya, habis stok. Bila ditanya, stok tak sampai lagi.

Kapal kontena laksa karam dilautan kah?

Setelah seminggu mencari, jumpa juga akhirnya. Walaupun rupa mi laksa itu sangat pelik dan tak pernah aku nampak begitu rupa paras nya, aku bedal je lah. Godek-godek resipi kat internet and voila~!! Dah tak mengidam dah. Hehehehe..

K Awa kata ni Laksa Timun.. Kekkeke..

Apa yang ada je lah aku campak masuk dalam laksa tu. Tersengih sampai ke telinga dapat makan laksa. Lepas ni masak soto pulak lah. :P

Related Posts:

  • Raya! Raya! Raya! Part 5 Tahun lepas tak buat. Tahun ni gatal. Masak-masak lagi aku tahun ni. Seperti sebelum-sebelum ni, aku tertonggek-tonggek seorang-seorang kat dapur. Memang patah riuk tulang belakang, pinggang aku semua. Menu standard oran… Read More
  • Businesswoman Konon Atas permintaan ramai (wah keless ko nyah..) aku pun buat lah beberapa tapau. Meniaga lah ni kononnya. Tapi aku buat pun atas permintaan. Sebelum buat aku announce dulu kat fesbuk. Sapo nak soto besok sila bagitau. Bila dah… Read More
  • Laksa oh Laksa Dah berapa minggu ni aku teringin nak makan laksa. Cari kat PaRam tak ada lah pulak. Hurmm.. Nak kena masak sendiri lah macam ni ye? Pusing-pusing aku pergi mencari mi laksa. Entah berapa kedai aku masuk. Dah berapa hari… Read More
  • Lontong CikSengal Dah lama mengidam nak makan. Kalau duduk kat JB nun, maunya aku lari je ke gerai Pakcik Mansor. Tapi kat KK ni mana nak cari? Buat sendiri lah kan. Gigih godek internet cari resipi, sebab aku tak pandai nak buat. Makan j… Read More
  • Veggie Ramyun Sempat merembat megi ni masa pergi Busan hari tu. Vege Ramyun gitu. Tulis besor lagi No Meat. Ada baca kat blog Zarina boleh makan megi ni. Makanya aku beli lah sebungkus bawak balik. Hari ni baru nak try test rasa. Ve… Read More

0 comments :