Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Tuesday, December 28, 2010

Cuci Mata in Singapore

Tak boleh duduk diam aku ni! Baru je balik dari Arab Saudi, aku dah merewang ke Singapore. Jalan-jalan bah. Cuci mata tengok sales kat sana. Bukannya beli apa pun. Sejak dah pandai keluar masuk Singapore ni, tak payah nak tunggu-tunggu, nak plan segala bila nak pergi lagi. Bila K Awa kata jom pergi Singapore, aku jom aje. Macam biasalah. Naik bas. Semuanya nice and smooth...

Tuesday, December 7, 2010

Ahlan Wasahlan!!

Ya Habibie!! Ya Maulana!! Mere Abeoji!! Ana datang! Ana datang!! Ana mau cari unta!! Kekekekeke.. Buruk betul perangai anak Wak Daut ni. Baru ada semangat 1 Donia kan? Nilah jadinya bila kepala tak center, demam belum kebah, alih-alih nak kena jalan jauh. Jeng jeng jeng.. Ke mana ente pigi daaa?? Kisahnya, hari ni aku bertolak ke Arab Saudi. Wow!! Jalan lagi ke CikSengal...

Monday, December 6, 2010

JB --> Shah Alam --> JB

Chaos! Itu kot yang boleh aku gambarkan? Hehehe.. Aku ler yang chaos habis. F1 Driving dari JB ke Shah Alam then balik semula ke JB. Lepas tu lepak. Sakit-sakit badan. Besoknya demam. Hahaha..Aku pergi sini..Untuk apa? Untuk konvo salah seorang anak Wak Daut ni lah. Telah diberi pesanan bahawasanya, anak-anak Wak Daut yang berada di Malaysia dikehendaki berhimpun di sini...

Saturday, December 4, 2010

Reunion Kecik

Dugeun.. Dugeun..Hahaha.. Berdebar-debar aku siot. Gara-gara nak jumpa my best friend di kala zaman SAMURA dulu setelah almost 8 tahun tak berjumpa. Apa reaksi dia ye? Apa reaksi aku? Hahaha.. Poyo banget.Seperti yang dijanjikan aku berjumpa dia di Tebrau City. Serious. Happy gila aku. Makcik ni yang aku dah lama tak jumpa ada kat depan mata. Bawak anak lagi. Aku bawak anak...

Tuesday, November 30, 2010

Bali oh Bali!! ~ Day 6 (Final Day): Kuta Beach, Discovery Shopping Mall

Thursday, 2nd July 2009 Pagi-pagi lagi dah keluar main air laut. Kalau diikutkan hati nak aje aku terjun masuk. Tapi tak ada lah pulak tempat nak tukar baju kat situ. Alamatnya, main kat gigi air je lah. Lepas main kami breakfast kat McD. McD lagi. Maunya balik Malaysia nanti tak boleh tengok McD dah. Hahaha.. Jalan-jalan cari jantan.. Hahaha.. Dah rasa kenyang,...

Monday, November 22, 2010

The Final Year

21st November. It's now official. The final year of the 20s. I will go into a new decade next year. Yahooooooooooo!! Tepuk tangan. Sendiri Baksu!! :p Motip gembira? Hehehe...

Thursday, November 18, 2010

Bali oh Bali!! ~ Day 5: Muzium Bali, Pasar Kumbasari & Kuta Beach

Wednesday, 1st July 2009 It's Day 5. Kami check out awal pagi, tinggalkan beg dekat kaunter and off pergi Denpasar town. Sebelum tu macam biasalah. Posing-posing dulu.. Queen Hotel, Denpasar.. Our room.. Breakfast teh o panas satu termos kat luar.. hehehe.. ...

Wednesday, November 17, 2010

Aidiladha 2010

Tahun ni aku ber Aidiladha di KK saja. Nothing special. Masak-masak dan makan-makan nasi impit, sambal goreng, ayam masak merah dan sayur lodeh. Share-share bawak ke rumah Ustaz and ke rumah pakcik. Time-time macam ni mulalah aku teringatkan masakan Cik Ina. Hurmmm, masak apa lah ye Cik Ina di bumi arab sana? Rendang unta kot. Tak pun lauk kambing mambing. Fuh! Marvellous! I LOOIIKEEE!! Bertambah gout lah Wak Daut nanti. Hehehe.. Apa pun, Salam...

Tuesday, November 16, 2010

He's Back!!

Our Sam (songsaengnim) is back!! Dua minggu dia balik kampung. Rindu aku nak dengar cerita "kitchen" dia. Hehehe.. To my surprise, ada lagi kisah kitchen. Hahaha.. Biasalah, he was supposed to say chicken. Tapi kitchen juga yang keluar. Perkataan ayam atau chicken atau Sam punya "kitchen" dalam bahasa Korea ialah "닭", pronounced "dark" atau "dalk". Bunyinya boleh lah nak...

Saturday, November 13, 2010

Bali oh Bali!! ~ Day 4: Nusa Dua, Uluwatu Kecak Dance & Jimbaran

Tuesday, 30th June 2009 It's morning!! Kami berposing one last round keliling lodge, ambik gambar sini sana. Puas betul dapat datang sini dan dapat naik puncak Gunung Batur. Lain kali kalau datang lagi, belum tentu lagi aku nak naik sampai atas. Pikir sejuta kali dulu! Bentuk Gunung Batur.. Then Kintamani kami tinggalkan. Selamat tinggal Gunung Batur, Gunung Abang,...

Sunday, November 7, 2010

Enchek Biskut is GONE..

Sedih. No more Enchek Biskut by my side. Tergamak manusia itu merampas Enchek Biskut dari hidup aku. Sampainya hati dia. Now I have to depend on Mr S. Yep. Mr S yang tak habis-habis nazak dari hari tu. Masih panjang lagi umur dia rupanya. Mr S, sebelum aku mendapat pengganti, janganlah kau pergi meninggalkan aku....

Thursday, November 4, 2010

Singapore 2 Days 1 Night ~ KPOP Night Concert 2010

Saturday, 23rd October 2010 Ye. Meroyan lagi aku ni. I don't go to Singapore for nothing. Hahaha.. This time, it's KPOP Night Concert 2010!! Aku dah sewel. Aku dah SEWEL! Yeaaahhhh!! :p Aku sampai Singapore dari KK lebih kurang pukul 12.40. Hari Sabtu ni jugak. RM75 one way flying on Jetstar. Gila kentang murah! Lebih-lebih lagi bila dibeli empat lima hari sebelum terbang....

Wednesday, November 3, 2010

Bali oh Bali!! ~ Day 3: Gunung Batur

Monday, 29th June 2009 Aku tidur-tidur ayam je. Bangun pun ada rasa lalok-lalok sikit. Dah penat berjalan satu hari. Dah tu rehat tak cukup. Dah tu nak panjat gunung some more. Pengsan makcik. Kami pun bersiap-siap lah. Aktiviti kami hari ni ialah mendaki Gunung Batur. Yey!! Aku ni tak bawak pakaian yang proper. Kasut pun tak bawak. Memang sengal betul. Dah berkampung seminggu...

Tuesday, November 2, 2010

Sendiri Baksu!!

Dah sebulan dah aku ikut kelas Bahasa Korea. Kenapa aku join kelas ni, tak perlu lah aku huraikan panjang lebar. Korang semua pun dah tau dah reasons nya. Hehehe.. Kelas Bahasa Korea ni dijalankan di Asia City. Setiap hari Isnin jam 7.00-8.30 malam. Kelas ni ada 4 tahap. Setiap tahap ni, cikgunya lain-lain. Bilangan student pun tak ramai. Surrounding untuk belajar pun selesa....

Monday, November 1, 2010

Singapore 2 Days 1 Night ~ Jang Geun Suk

Saturday, 24th April 2010 Jang Geun Suk Apa perasaan aku bila jumpa mamat ni? Sengih sampai ke telinga ko. Demam You're Beautiful tak kebah lagi masa ni. Bila dapat jumpa depan mata, rasa nak pengsan pun ada. Hahaha.. Over lah pulak kan. Bila K Bel kata dia nak let go tiket FM dia, aku pun tanpa segan silu segera merembatnya. Semuanya last minute. Nasib baik flight murah....

Saturday, October 30, 2010

Bali oh Bali!! ~ Day 2: Taman Ayun, Chandikuning, Alas Kedaton & Tanah Lot

Sunday, 28th June 2009 It's Day 2! Sebelum mengcheck outkan diri, adalah lebih baik kami pergi jalan-jalan dulu. Tak kuasa nak heret beg ke sana ke mari. Jalan Legian pagi-pagi ni agak meriah juga dengan kereta, motor etc. etc. Tapi orangnya kurang. Mana pergi mat-mat minah-minah saleh yang bergerombolan malam tadi? Aku rasa dah penat kot diorang berjoli malam tadi. So...

Thursday, October 28, 2010

Bali oh Bali!! ~ Day 1

Lambatnya aku publish entri ni. Ni pun sudden urge konon-konon nak share dengan Murni tempat-tempat yang aku pergi masa aku kat Bali dulu. Ni dia dah balik jalan-jalan aku tak terpublish-publish pun. Sementara ada masa nak merapu, aku siapkan cepat-cepat entri ni. Saturday, 27th June 2009 Kisahnya, tiket ke Bali ni dibeli sekali dengan tiket ke Bangkok. Sengkek lah sekejap. Tapi berbaloi-baloi selepas tu. Mula-mula kami bercadang untuk pergi...

Wednesday, October 27, 2010

Yuk Ke Jakarta!! ~ Day 4 (Final Day)

Monday, 18th January 2010 Hari ini hari terakhir kat Jakarta. Flight balik ke KL malam. Dah tak tau dah nak pergi mana. K Awa and K Alin flight pagi balik JB. Jadinya, tinggal lah aku dengan K Abid melayan perasaan together-gether. Seriously, tak tau dah nak pergi mana. Jalan-jalan di area Mangga Dua sajalah. Keluar masuk segala bangunan yang ada kat situ. Hahaha.....

Tuesday, October 26, 2010

My Semi-Handsome Friend

Ni kawan baru aku. Imation External HDD 500GB. Harga dia RM189. Promotion kat Cytech Taman U. Separuh handsome je sebab bukan 1TB. Hehehe.. Ringan sikit laptop aku lepas ni. Semua khazanah melalaikan sudah pun aku transfer ke sini. Kekekeke....

Thursday, October 14, 2010

DBP Sales

Dewan Bahasa dan Pustaka kat KK ni tengah buat clearance sales. Banyak buku-buku lama dan baru diberi potongan harga 25-95%. Cool huh? Bagi hantu buku macam aku ni, memang tempting habis. Jadi, pergilah aku ke gudang DBP. Seronoknya aku bila tengok buku yang bertimbun banyaknya. Kalau macam ni, boleh satu hari duduk kat situ. Belek punya belek, korek punya korek, ini...

Yuk Ke Jakarta!! ~ Day 3: MONAS, Muzium Gajah, Anchol & Grand Indonesia

Sunday, 17th January 2010 Memang kami kurang bernasib baik. Hari ketiga di Jakarta, cuaca masih tak menentu. Sekejap hujan, sekejap panas. Berfikir dua tiga kali juga kalau hendak bergerak ke mana-mana. Hari ni kami ke MONAS. It is short for MOnumen NASional. Remember what I wrote back in 2007 about these Indonesians? They simply love to shorten some-long-words to...

Tuesday, September 21, 2010

Enchek Biskut

Have I told you that I have a new love interest? Kekekeke.. Well, here goes.Namanya panjang. Saya panggil dia Enchek Biskut je. Kenapa Biskut? Sebab dia comel macam Biskut. Hehehe.. Kami baru sebulan berkenalan. Dia suka sangat bercakap. Pagi petang siang malam asyik bercakap. Tiap-tiap pagi dia rajin kejutkan saya bangun Subuh. Selagi tak bangun, dia akan membebel tanpa...

Monday, September 20, 2010

Cak!!

Singgah menyonteng sekejap. Dah masuk kerja balik ni. Raya tahun ni pun gitu-gitu je. Got a lot to update but too little time to merepek buat karangan. Nanti masuk balik sini. Hehehe..p/s Pada yang dok kenen resipi sambal goreng tu, tak tau ler nak tulis apa. Sebab main campak je segala bahan-bahan. Hehehe.. Nanti laa ek. Cipta resipi yang semenggah sikit. ...

Saturday, August 21, 2010

Cerita Petang Jumaat

6.25 petang. Mak call. Dah berbuka ke? Tanyanya. Aku jawab 6.30 nanti. Mak tanya buka apa. Aku jawab buka nasi je. Masak sambal goreng. Mak tanya lagi. Makan sorang ke? Aku jawab dengan housemate. Mak tanya lagi. Kau masak tu makan sorang-sorang ke? Aku jawab ye lah. Mak kata, lorrr hantar-hantar le ke adik kau sana. Adeh.. Hari ni. Nah, satu kuali aku masak. Boleh buat...

Sunday, August 15, 2010

Super Show is Back!!

Semalam, 14 Ogos 2010, bermulalah Super Junior Super Show 3 di Seoul. Meriah, meriah. Lebih kurang 7 bulan dari sekarang, giliran Stadium Putra Bukit Jalil pula. Harus Malaysia masuk dalam senarai Asian Tour. Mana taknya, Super Show 2 in Malaysia pada 20 Mac yang lepas tersangat-sangatlah gempak. Kali ni, aku mesti pergi lagi. Siapa nak ikut? Silalah kumpul duit dari sekarang.....

Saturday, August 14, 2010

03-78491300

Another SCAM. Sama macam this scam. Nombor pun lebih kurang sama je. Satu company lah kot n...

Friday, August 6, 2010

03-78491000

Kalau nombor ni naik, terpapar kat screen handphone anda, JANGAN ANGKAT! It's a scam. Tadi nombor ni keluar. Sempat aku google nombor ni time handphone masih berdering. Belum sempat habis berdering aku dah dapat info yang it's a scam. Selamat dah aku buat bodoh tak angkat.Kalau tak percaya sila google je nombor ni....

Seoul, Naega Ganda!!

Orang yang suka jalan-jalan macam aku ni, boleh dikatakan terkena penyakit jiwa kacau bila tengok promotion Air Asia yang berlangsung sekarang ni. SANGAT-SANGAT TEMPTING hokkayy!! Tengok tu. Baru 6 Ogos. Dah SOLD OUT. Siapa ada beli sila angkat tangan! Excited kan?? Ada orang tu beli sampai dua tiket sekali. Lain-lain tarikh pulak tu. Tamak betul dia. Hahahaha...