Monday, July 6, 2009

Mondok Gila & Pokemon Mabuk!

Hi peeps. Aku baru je masuk kerja hari ni setelah dua minggu meroyan tak ingat kerja. Banyak cerita nak dikongsikan tapi buat hari ni aku tepek dua je dulu cerngal (cerita sengal) kat sini.

Si Mondok Yang Kejam

Memang harus dibunuh si mondok itu! Apa taknya, 3 ekor hamster belaan kami selamat menjadi korban. Aida sempat menyaksikan peristiwa menyayat hati itu. Dirobek-robek hamster yang comel itu dengan ganasnya. Memang sialan!

Aku tak paham macam mana hamster-hamster itu boleh berada di luar sangkar. Setelah diperhatikan, mondok itu telah merentap hamster-hamster itu melalui celah-celah sangkar. Buktinya, seekor daripada hamster tu masih tersangkut kepalanya di celah-celah sangkar dengan separuh badannya sudah terburai. Matanya terbeliak besar. Sadis sungguh. Tak sampai hati rasanya nak tengok.


Terpaksa di bawa ke dalam rumah. Si mondok tu dari jauh dah ngences tengok..

Aku cuma kesiankan dengan baby-baby hamster yang baru lahir minggu lepas tu. Ada lapan ekor semuanya. Mommynya pulak adalah salah satu daripada korban mondok tu. Mungkin nanti ada antara babies tu mati sebab tak cukup zat. Tak dapek nak menyusu kan? Huhuhuhu... Sedih betul.


Chumil kan? Hehehe.. Besornye cuma separuh ibu jari tangan aku je. Tersangat-sangatlah tecit.

Nanti kau mondok. Aku tembak kau dengan senapang gajah!

------------------------------------------------------------------------------------------

Pokemon Mabuk

Ika tengah gila makan Ayam Penyet. Abah pun kata sedap. Aku jumpa Kak Ju, Kak Ju pun kata sedap. Apa lagi, malam tu juga abah belanja makan ayam penyet.

Tak jauh mana pun restoran ayam penyet ni. Restoran Endang kat Taman U jugak. Area Bersatu Jaya. Oh ya, Bersatu Jaya tu dah bankrap dah. Ditutup buat selama-lamanya. Kedai pun lompong je. Silap haribulan jadi sarang penagih. Mengerikan sungguh.


Restoran Endang Ayam Penyet

Setelah dicuba try test, aku boleh simpulkan bahawa sedapnya ayam penyet ni adalah disebabkan oleh sambalnya. Pedas berdesing. Memang kaw-kaw lah. Ika makan tak pandang kiri kanan. Khusyuk betul.


Nasi Ayam Penyet..

Banyak juga masakan yang disediakan kat restoran ni. Antaranya...



What the hell is Ayam Mabuk Pokemon? Tak sanggup rasanya nak order. Dah la pokemon tu rupa macam hamster. Karang teringat pulak hamster yang dikerjakan mondok tu. Huhuhuhu...

Related Posts:

  • Keranamu Satay KajangSemalam aku saja silence handphone. Tak mahu diganggu kekdahnya. Pukul 9 malam, baru aku membelek handphone. Ada 4 missed call dari Ika Kembong. Apa lah minah ni nak. Berderet-deret dari pukul 8.07, 8.10, 8.12 dan 8.14 dia ca… Read More
  • JB --> Shah Alam --> JBChaos! Itu kot yang boleh aku gambarkan? Hehehe.. Aku ler yang chaos habis. F1 Driving dari JB ke Shah Alam then balik semula ke JB. Lepas tu lepak. Sakit-sakit badan. Besoknya demam. Hahaha..Aku pergi sini..Untuk apa? Untuk … Read More
  • Oo..Oo..Oo Balik Kampung! Balik kampung~!! Macam dah lama sangat tak balik kampung kan. Padahal baru bulan lepas balik. Tapi balik bulan lepas ada budak dua orang tu je kat rumah. Kali ni balik, meriah sebab Wak Daut ada! Balik together-gether denga… Read More
  • EclipseHi peeps~! I'm in JB. Yeehaa~!! Yes. The benchmarking visit thingy. Balik kampung dulu lah kan sebelum pergi jalan-jalan.Siapa dapat tengok gerhana bulan tadi? Yeshh.. Dari rumah aku ni. langit sangat clear. Boleh nampak. Tap… Read More
  • Ninja KembongHampir tersedak aku bila ada minah arab sesat menconteng di dinding fesbuk ku. Nak tergelak ada. Nak puji ada (rasa nak puji tu skejap je ye..). Nak muntah pun ada. Hahahahaa..Si Ninja Kembong rupanya..Konon cun lah tu. Kena … Read More

6 comments :

Homestay Kuala Terengganu said...

uikss..BJ dah bankrup?tempat shopping kenangan waktu belajor tu. pesal bankcrup?Sebab ade JJ ke? Ko pernah tengok ke Pokemon mabuk? wakakakakak...

CikSengal said...

tu laaa.. kenangan zaman stadi tu.. maybe sebab dah ada jusco, giant lagi.. pokemon mabuk kat TV tu penah laa tengok.. siap kuar bintang segala.. yang makanan ni susah sket aku nak imejin.. kekekekee..

sitinurulhawa said...

jadinya, kehilangan hamster2 yg dulu tu tak de kena mengenalah dgn kasus pecah rumah tu?

sedappnya nasi ayam penyet.. nak try yg kat tmn u plak la, gambo 2 nampak cam lebih meriah dr yg kat banafe rest dpn new york hotel

CikSengal said...

ya iyalahhh.. harus ini perampok lain.. by the way, minggu lepas ada lagi kes pecah rumah tu.. rumah cina plak jadi mangsa.. semakin menjadi2 kat situ..

hehehe... yang kononnye makan kat new york ye.. :p cuba try test.. pastu compare mana lagi best.. nyum nyum..

Marriatyi Morsin said...

mondok tu ape?

CikSengal said...

tikus yang beso gaban tu.. cam kucing pun ada.. ye kot? hahaha.. tatau nak describe menatang tu hapa.. panggil mondok je..