Monday, April 14, 2008

SKTM Graduation Dinner

Semalam aku join Graduation Dinner bebudak ni. Saja memeriahkan majlis. Tema pepel + hitam. Aku pon semangat ler carik baju yang blackpepel. Konon2 nak ikut tema la. So seperti yang aku rasa aku macam chantek lepas dimekap, aku pon pegi balik kaunter Shiseido tu seblom pi dinner. Kali ni bukan aku je. K rafidah pon ikut skali. Hikhik.. Melaram sakan la kami malam ni. Cherlie (awek shiseido) pon mulakan keje dia. Dekat dua jam jugak kami berdua siap dimekapkan.

Graduation Dinner kat Promenade Hotel. Sampai je kat sana ramai student dah ada. Tapi hampeh gak sebab ramai yang tak ikut tema. Kalau la ku tau aku pon malas nak pakai kaler blackpepel camni. Sabo je la aku. Budak2 ni kemain lagi yang seksinye. Sakit mata aku. Terjojol sana sini. Isk..

Dinner malam tu quite happening gak sebab ada live band kan. Live band ni tak lain tak bukan student SKTM sendiri. Memang sonot la dengar. Macam dah pro. Selain tu MC nye pon ok gak. Entertaining la. Makanan plak biasa2 je. Chinese set. Lauk pon dah biasa aku tengok. Setiap function yang aku datang kebanyakannye mesti hidangkan chinese style. Muak pon ye.


Paling kemuncak malam tu pertabalan King & Queen of SKTM. Havoc jangan cakap la. Macam2 test diorang kena lalui seblom dinobatkan. Yang menang of course la from IT side. Mana nak cari budak2 yang gila2 n sporting cam budak2 IT ni. Aku tak terkata apa dah. Dalam kelas punyelaa senyap. Kat luar kemain lagi diorang ye. Takpe la. Malam ni malam diorang bersuka ria sebelom blah dari UMS ni. Hukhuk.. Cam sedey la plak.



Aku tak tunggu sampai dinner habis. Dah lambat dah. Lepas habis semua program, kami amik gambo ramai2 n lepas say babai semua, aku n k rafidah pon balik. Overall, aku enjoyed gak dinner malam tadi. Nampak laa semua perangai sebenar yang disorokkan dari pandangan mata aku seblom ni. Enjoy2 jugak. Jangan lupa stadi untuk subjek aku

Related Posts:

  • Bila Dah Bosan.. Apa nak jadi dengan aku semester ni? Sejak balik dari India hari tu, malas kemain. Buat kerja malas. Nak baca report budak-budak, malas. Nak marking kuiz, test, malas. Nak mengajar pun malas. Apatah lagi disuruh buat paper. … Read More
  • Kisah Aku Dan Dia Ini kisah aku dan dia Bukan kisah tipu tapi semua benar belaka Bukan nak kata apa, cuma nak kongsi aja Peristiwa yang menyiat-nyiat aku punya jiwa raga Kisah bermula dengan perkenalan aku dan dia Mula-mula jumpa aku rasa pe… Read More
  • Cerita Balik LunchJust now I saw him. I ran away! Hahaha..… Read More
  • Cerita Hari Isnin Nothing much. Bilik opis ku ini sudah dikemas. :-p Dah pandai menyelongkar, menyepah, kena la pandai kemas ye. Last week, one of my foreign students from China got me a gift. Dia kata, sebagai tanda terima kasih aku telah… Read More
  • What is Autism? Autism is a brain development disorder that impairs social interaction and communication and causes restricted and repetitive behavior, all starting before a child is three years old. This set of signs distinguishes autism f… Read More

0 comments :