Saturday, December 1, 2007

Another Year Passing By

Hari ni genap 2 tahun aku kat UMS. Skejap je kan? Aku pon tak sedar cepat je masa berlalu. Rasanya baru je haritu kami celebrate first year kat sini. Pi jalan2 Pulau Manukan, makan2, hang out. Hari ni dah tambah lagi setahun. Kalau ikutkan plan aku dulu aku bercadang nak dok sini 3 tahun je. Kalau camtu ada lagi setahun je la. Tapi betul ke aku nak dok 3 tahun je kat sini? Ntah la ek. Kalau aku sambung wat phd for sure aku ada kat sini 10 tahun lagi. Tepuk dada tanya selera. Takde sape larang takde sape paksa. Semuanya atas kemahuan aku sendiri.
Hari ni aku bawak mek yati jalan2. Lupa plak nak citer mek yati ada present paper kat RCCST07 ni. Dia datang ngan hubby dia. Aku ni sepanjang RCCST07 tak dapat nak entertain dia betul2 coz tau2 je la banyak keje nak buat. So hari ni aku bawak dia meround. Biasala kan. Tempat2 yang aku selalu bawak geng2 lain bila datang cni. Pagi2 lepas jemput dia dari hyatt aku terus bawak dia ke UMS. Pusing2 jap. Amik2 gambar semua. Pastu pi bekfes kat ziemal. Aku tak tau dah nak bawak dia bekfes kat mana. Pegi je la kat tempat feveret lepak place aku. After breakfast aku mulakan destination ke kundasang. Seblom ke sana sempat lagi singgah ke jambatan tamparuli. Bergambo sakan la diorang. Aku dok tepi je. Tak lama kat sana kami pon continue the journey.
It's a good thing cuaca sangat2 la baik. Udara pon nyaman jek. Memang reda la segala2 serabut dalam kepala aku. Puncak gunung Kinabalu pon boleh nampak sepanjang jalan. Macam biasa singgah kat Kinabalu Park. Pi gate Tinpohon, starting point mendaki gunung. Then pi Kundasang. Aku beli sayur sket n terus ke Ranau. Makan tengahari n solat n terus ke Poring. For the second time aku pi naik canopy walk. Mak aih. Memang dah kurang stamina aku ni. Semput siot naik atas. Dulu rasanya ok je. Nak kata semakin berat tak pulak. Dah kurang dah pon. Hehehehe..
Around 6 jugakla kami sampai KK balik. Sempat lagi bawak ke pasar filipin. Almost 9 aku sampai rumah. Penat giler..

Related Posts:

  • CARIans at Kg Nelayan, Kota Kinabalu Baru-baru ni aku, K Bel & Chynez bergather-gather kat Kg Nelayan. Simple gathering gitu lah. K Bel balik kampung Sabah ni sempena Christmas. Jadi, ada kesempatan kami melepak sama-sama. Makan-makan sambil borak-borak, g… Read More
  • Ocean Seafood Village Restaurant, Kota Kinabalu Apa? Makan? Makan? Makan? Makan? (Tiru gaya buaya-buaya dalam kartun Sang Kancil dengan Buaya tu). Hehehe.. Tetiba je ni. Dah nak balik rumah dah time habis kerja. Singgah sekejap kat main office, tengok ada staf tengah sib… Read More
  • Pulau Sapi V2 My bibik (read my youngest sister) datang bertandang ke KK ni untuk sebulan. Datang menghabiskan masa kekdahnya. Baru lepas habis SPM, tak tau nak buat apa. Hari-hari kat sini, duduk kat rumah je sampai naik bosan tahap gab… Read More
  • He Jia Fo Seafood Restaurant, Kota Kinabalu Pada suatu hari, Cik Dila membawa saya yang sengal ini pergi makan kat sebuah Chinese Restaurant ni. Pemiliknya seorang Cina Muslim dari China gitu. Teruja lah saya kan sebab saya tak pernah masuk mana-mana Chinese Restaura… Read More
  • Desa Cattle Farm Another edisi jalan-jalan with the siblings. Hari tu jalan-jalan Pulau Sapi dengan adik bongsu kesayangan. Kali ni ditambah dengan lagi seorang. Abang kepada adik bongsu tu. Dengan erti kata lain, adik aku jugak lah tu. Heh… Read More

0 comments :