Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

One of my favourite place on earth..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Showing posts with label Myeongdong Shopping Street. Show all posts
Showing posts with label Myeongdong Shopping Street. Show all posts

Tuesday, April 9, 2013

Spring Waltz di Bumi Korea ~ Day 3: Kona Beans, TimeOut, Myeongdong & Olympic Park

Oii bilalah nak habis edisi Spring ni. Malas betul aku nak mengarang.. T___T

Sunday, 27th May 2012

Hari ni, hari merelakskan diri sedonia gitu. Malas nak berjalan sangat, malas nak memenatkan diri. Makanya, hari ni kita santai je lah ye. Ke mana kita? Kita lepak-lepak minum kopi gitu. Do it the Seoulites way. Iyolah tu kan.

Kita pergi minum kopi kat Kona Beans! Marilah menjenguk mak-mak mertua gitu. Gila perasan ada mak mertua Korea khenn? Gasak korang lah. Yang penting kita singgah tengok Kona Beans yang satu ni. Orang semua dok cerita. Errmm.. Orang-orang yang minat bebudak SuJu tu lah. Sebok memasing dapat jumpa mak budak-budak ni kan. Orang kata kalau tak jumpa orangnya, jumpa maknya pun takpe. Tak jumpa maknya, jumpa kedai maknya pun dah ok. Gitu lah kekdahnya.

Kona Beans!

Monday, May 21, 2012

Autumn in My Heart di Bumi Korea ~ Day 5: Gwanghwamun Square, Cheonggye Stream, Itaewon, Myeongdong & Olympic Park

Wednesday, 23rd November 2011

Hari kelima jalan-jalan. Hari ini, aku tak ada specific tempat yang aku terkinja-kinja nak pergi. Dah dua tiga hari terakhir ni, aku sekadar bawa Aida, K Yati dan Fieza jalan-jalan je. Semuanya ke tempat yang aku dah pernah pergi. Jadinya tak ada apa yang menarik nak diceritakan sangat lah.

Kalau diikutkan, memang ada itinerary untuk hari ni. Cadangnya nak ke Lotte World. Tapi K Yati and Aida malas nak berjimba-jimba kat sana. Aku pun sekadar kalau pergi ye pergi kalau tak, tak apa. Tak menyesal pun. Optional lah kiranya tu kan. Lagi pulak memandangkan poket yang semakin nipis ni, kena lupakan dulu kot? Haha..

Stop pertama, kami ke Gwanghwamun Square. Sejuk pagi-pagi ni. Menggigil aku dibuatnya. Angin toksah cakap lah kan. Tu yang membuatkan cuaca semakin sejuk. Yang lain-lain sakan bergambar. Aku pulak dok menyangkung kat tepi. Cari dinding untuk menghalang dari ditiup angin. Kekeke.. 

Nun dihujung sana Gyeongbokgung sedia menanti. Diingatkan di sini! Kalau dah sampai Seoul ni, mesti pergi sini! Jangan tak pergi tau!!

Pintu masuk ke Gyeongbokgung..

Monday, April 23, 2012

Autumn in My Heart di Bumi Korea ~ Day 2: Myeongdong, Olympic Park & Dongdaemun Market

Sunday, 20th November 2011

Setelah insiden malam tadi dan pagi tadi yang tak dapat dilupakan sampai bila-bila, kami terbongkang tak sedarkan diri. Memang kerja gila betul. Aku sedar pun sebab Aida dah bangun tengok TV. Dengan mamai-mamai aku tanya pukul berapa dah ni. Bila dia sebut je pukul 12 tengahari, terus melompat aku terjun dari katil. Demmitt~!! Kesiangan aku ni. Huhuhuh..

Kalau nak ikutkan itinerary yang aku buat sampai nak pecah kepala tu, pagi ni nak bersuka ria kat Yeouido. Hampeh dot com dot my. Bersuka ria atas katil buat kuak lentang. Jadinya, tak nak buang masa, bersiap seadanya dan terus ke Myeongdong. Kelaparan. Harap-harap ada lah benda untuk dilantak kat sana.

We ended up in this restaurant. Seriously aku tak ingat nama restoran ni apa. Tapi dekat-dekat dengan Uniqlo and SPAO tu. We had Haemultang. Yeay!!

Side dishes..

Monday, November 28, 2011

Summer Scent di Bumi Korea ~ Day 5: Gwanghwamun Square, Namdaemun Market, Seoul Tower, Myeongdong & Seoul City Night Tour

Tuesday, 5th July 2011

Hari kelima. Lebih kurang pukul 8 pagi dah kami keluar berjalan-jalan di sekitar Gwanghwamun Square. Nak ke Gwanghwamun ni senang je. Kalau dari Sunshine, jalan kaki pun boleh. Tapi kami malas. Naik train dan turun di Gwanghwamun Station. Keluar je exit mana-mana. Memang akan jumpa dengan Gwanghwamun Square ni.

Dah sampai kat Gwanghwamun Square ni, aku ambil gambar apa-apa yang patut. Last time datang, tak sempat nak explore sangat. Kali ni, kita all out posing. Hahahaha..

Jalan-jalan sekitar Gwanghwamun..

Thursday, November 3, 2011

Summer Scent di Bumi Korea ~ Day 3: Bukchon Hanok Village, Choong Ang High School & Myeongdong

Sunday, 3rd July 2011

Hari ketiga. Hari ni bersemangat bangun awal, nak keluar awal. Tapi bila dah siap-siap nak keluar tu, hujan turun dengan lebatnya. Sangat-sangat lebat. Adeii.. Macam mana nak jalan ni. Dari pukul 8 menginjak ke pukul 9. Dari pukul 9 alih-alih dah pukul 10. Ohh.. Marah lah jugak..

Yep. This is what you have to expect kalau jalan-jalan di Korea pada musim panas. Summer time is monsoon season. Hujan lebat most of the time. Pada awal-awal summer lah. Kalau dah hujung-hujung tu panas lah jugak. Kalau nak cuaca panas, tak hujan, jalan-jalan kat Korea ni, better pergi mid August to mid September. Puas hati nak jalan sana sini.

Hujan lebat..

Jadinya melangutlah aku duduk kat Sunshine sementara nak tunggu hujan berhenti. Mengunyah-ngunyah, minum-minum sambil tengok TV. Boringnya..

Thursday, March 17, 2011

Winter Sonata di Bumi Korea ~ Day 3: Gwanghwamun Square, Gyeongbok Palace, Naminara Republic Office, Myeongdong Shopping Street & Seoul Tower

Monday 14th February 2011

It's day three!! Baru tiga hari. Tapi rasa macam dah seminggu lebih aku kat Seoul ni. Mungkin sebab non-stop berjalan satu hari dari pagi sampai ke malam. Kaki pun rasa ala-ala lembik dah. Sikit lagi boleh patah ni kalau tak jaga betul-betul. Hehehe..

So, pagi ni kami siap-siap breakfast dan terus bergerak keluar. First destination ialah Gyeongbok Palace. Dari Sunshine Guesthouse ni setakat satu stop je kalau naik train. Malas nak menapak punya pasal, kami pun naik train lah stop di Gwanghwamun Station. Sebenarnya kami tersalah naik train ni. Sebab station yang terdekat dengan Gyeongbok Palace ialah Station Gyeongbokgung. Dah balik baru perasan. Hehehe.. Well, dari station Gwanghwamun tu ala-ala sesat lah pulak. Tak tau nak gerak ke mana. Ikut instinct, kami bergerak ke depan. Bertemu lah kami dengan Gwanghwamun Square. Betul lah ni jalannya. Well, Gwanghwamun Square ni satu dataran yang agak besar. Kami tiba kat bahagian hujung dataran dah. Kalau dari depan sana, boleh jugak feeling-feeling ala-ala drama Iris. Alah, scene tembak-tembak kat tengah-tengah bandar Seoul tu. Kat sini lah. Chaos gila scene tu. Kat depan-depan sana lah yang happening. Ni dah dekat hujung ni tak ada apa dah.


Gwanghwamun Square.. Aku rasa ni statue King Sejong..