Wednesday, 30th May 2012
Hari ke-enam. Pagi ni kami siap-siap kemas, dan terus check out. Beg pulak tinggal kat hostel dulu sebab nak keluar jalan-jalan dulu. Plan pagi ni nak pergi jalan-jalan Dream Forest dan Kyunghee University, tapi hujan lah pulak. Stress pulak kami jadinya. Tak boleh nak ke mana-mana lah ni. Especially jalan-jalan kat tempat terbuka. Tak kan nak duduk melepek je kat hostel je kan. Last-last kami keluar lah jugak. Cari tempat yang tak kena hujan. Handel & Gretel. Hehehe..
Datang untuk breakfast. Dan kalau untung boleh jumpa lagi Jongjin comel macam semalam. Semalam dah angau terlebih dah kan. Hari ni nak angau lagi lah kononnya. Sampai ke sudah tunggu, tak muncul-muncul. Kesimpulannya yang boleh dibuat, Jongjin datang waktu malam je. Huhuhu..
Breakfast..
Duduk tepi Kkoming.. Hehehe..
Dah puas lepak kat H&G, kami lepak kat Kona Beans pulak. Memang sangat merepek. Habis tu, nak pergi mana lagi. Aktiviti outdoor memang tak boleh buat lah ni. Alamatnye kita duduk-duduk lepak-lepak, makan-makan menketedarah. Tadi kat H&G dah bantai vanilla latte. Ni kat KB bantai smoothie pulak. Memang lah bergelodak perut aku lepas ni.
Strawberry smoothie..
Tak ada siapa pun yang boleh diskodeng kat KB ni. Ingatkan ada mak siapa-siapa lah kan. Tapi tak lama tu nampak mak Sungmin. Ehh? Tadi tak perasan pun. Nyorok kat dapur belakang kot. Apo laie? Dah tak betul dah perasaannya. Tak jumpa anak, jumpa mak pun boleh. Tengah berkira-kira macam mana nak mintak ambik gambar sama-sama.
Skodeng dari jauh..
Dah lepas macam-macam dugaan, kamera takmo on, gigil tak boleh nak tekan butang, last-last dapat lah jugak bergambar. Mak dia ni comel nau lah. Cute pun ye.
Mak Sungmin..
Dah ambik gambar, kami jalan-jalan sekitar Apgujeong. Hujan dah reda sikit dah. Lalu depan SM. Kami saja je menggedik pergi menebeng kat tepi SM tu. Kot-kot nampak Suju ke siapa ke, kan best kan.
SM..
Ada jugak lah beberapa ketul fans duduk menebeng situ. Aku dan Idie dok menebeng jauh-jauh. Takmo kena marah dengan security kat situ. Hehehe.. Dok menebengnya kejap je, tapi ramai jugak yang kami nampak. Dak-dak SuJu aku nampak Teuk, Sindong & Yesung. Try nak ambik gambar tapi tak jadi. Bergegar tak hengat. Dah tu, kena sound pulak dengan bebudak Korea kat situ suruh delete gambor yang kami ambik. Panas hati tau. Sebab diorang ambik gambor boleh, kita ambik gambor tak boleh. Budak-budak hingusan bawah umur je ni. Tapi kurang ajar nya melampau. Memang aku menyumpah-nyumpah lah kat situ. Grrr.. Pastu nampak pulak geng-geng EXO yang memang aku tak kenal. Dah balik tu baru tau. Hahaha..
Fans menebeng..
Tak lama tu, ada satu kereta Audi warna hitam lintas depan kami. Uihh retis ke ni? Terus memecut ke jalan atas. Tapi tak lama tu dia datang balik dan terus masuk parking SM. Oii siapa tu? Jeng jeng jeng.... Yunho!! Menggigil kawan kat sebelah. Dia minat kan. Hahahaha..Tinggi menggalah Yunho ni. Dia datang singgah sekejap, lepas tu keluar and terus blah. Entah pergi mana lah tu.
Kereta Yunho pun jadilah..
Dah tu, kami memulakan langkah. Jalan-jalan area Cheongdamdong, dan ke mana saja lah kaki ni melangkah. Berangan jugak nak pergi kedai makcik Yoochun. Ada yang memesan beli barang. Ingat nak jalan kaki je. Bajet dekat lah kan. Tapi memang senget, almost 40 minit jugak kami berjalan!
Kedai MicKiss namanya. Ada jual merchandise Yoochun lah ni. Kedai ni, macam bukan kedai dah. Macam kat kawasan tempat orang tinggal. Senang cerita, kedai ni kalau tak silap aku, unit apartment. Lebih kurang gitu lah.
Pintu masuk..
Tak besar mana pun kedai ni. Banyak barang yang dijual. Aku tak beli apa-apa. Ambik gambar je.
Huiii..
Serabut nau..
Merchandise..
Lee SunJoon!!
Lagi.. lagi..
Selipar comel..
More more..
Nah baju Rooftop Prince.. Kekekek..
Camne nak pergi MicKiss ni? Sila refer peta kat bawah ni:-
MicKiss Location..
Dah habis merewang, kami balik semula ke hostel. Sebelum sampai hostel, buat last minute shopping kat kedai Ahjusshi kat Myeongdong Station tu. Mengabiskan duit ni namanya.
Kedai Ahjusshi..
Dah tu balik lah kami ke hostel ahjumma. Dah gelap dah pun. Datang singgah untuk ambik barang sebelum ke airport untuk menghomeless kan diri kat sana. Gigih sangat nak homeless. Padahal flight pukul 11 pagi. Nak jimat duit kan. Homeless pun homeless lah. Sebelum gerak, kami lepak-lepak dulu borak-borak dengan ahjumma. Sakan dia bagi makan tembikai lah, tteok lah. Baik sungguh hati ahjumma. Dah lah mahal tembikai kat sini. Tak mampu nak makan. Tteok yang dia bagi tu pulak kemain liat. Memang tak larat nak habiskan sebab sakit rahang nak mengunyah! Hehehehe.. Banyak nau komplen.
Tembikai mahal..
Dah kenyang tu, kami terus ke airport naik Airport Railroad. Naik kat Seoul Station je lah yang sekangkang kera je dari hostel ahjumma ni. Senang sangat.
To Airport!!
Dah sampai airport, kita melantak dulu. Beli nasi segera, kimchi and seaweed kat convenience store yang ada kat situ dan makan lah kami dengan gumbiranya. Nak-nak sambal ikan bilis kering masih ada, memang berselera sungguh. Tak pandang kiri kanan punya lah.
Dinner!!
Dah tu lepak-lepak kejap main tenet bagai sebelum tidur. Nak cari port tidur kat Incheon Airport ni tak susah mana. Bukan kami je yang menebeng kat situ. Ramai lagi umat yang buat macam kami. Bila dah dapat port best, kami pun zzzzzzzzzzzzzzzzzz...
Titon!!
Thursday, 31st May 2012
Tido-tido ayam je. Mana taknya, seawal pukul 5 pagi dah riuh rendah Incheon Airport ni. So we freshen up a little dan pergi check in. Naik MAS ni rugi pulak tak beli barang banyak-banyak. Pakkal je duit dah takde. Kalau tak, memang lumayan lah luggage yang dibawak balik.
Breakfast pagi ni simple je. Biskut coklat. Tak perlu nak makan kaw-kaw sebab atas flight nanti dibagi makan jugak kan. Cuma nak mengabiskan apa yang ada je ni. Malas nak bawak balik semula ke Malaysia.
Oreo balut seaweed..
Our gate!
Tiba masanya, boarding lah kami ke dalam kapal terbang. Sedih pulak rasanya nak tinggalkan bumi Korea ni. Bila lagi lah dapat datang ye? Chittpoodah sangat lah kan. Kalau ikut gila aku, bila-bila esok lusa kalau nak pergi pun boleh pergi. Cuma fulus je lah yang menjadi penghalang. Hehehe..
Tak sampai 30 minit berlepas, kami dapat makan. Yay! Seronok betul. Kenyang makcik. Dah tu dapat snack lagi. Hulalalalalala.. Ye lah. Aku ni jakun kan tak pernah naik MAS pergi Korea. Balik-balik Air Asia je.
Lunch..
Snack..
Ni aiskrim ke batu ni..
Cut!! Habis dah edisi terakhir bagi 4 musim kat Korea. Cukup semua 4 season aku dah complete pergi. Nak pergi lagi tak lepas ni? Mesti lah nak kan? Cuma tak tau lah musim apa nak pergi. So, till the next entry, annyeonggggg!!
0 comments :
Post a Comment