Wednesday, December 26, 2012

Visa ke Jepun

*Mulai 1 Julai 2013, tak perlu pakai Visa dah kalau nak pergi Jepun. Tapi dengan syarat pasport tu dibuat selepas Februari 2010. Yang Kalau jenis pasport lama macam aku ni, alamatnye memang kena buat visa lah sampai ler aku renew pasport baru...

Asyik tertangguh-tangguh je aku nak buat visa ni. Selagi visa tak settle, selagi tu lah trip aku ke Jepun ni tak boleh nak di confirmkan. Kang sesia je buat itinerary bagai, excited nak ke sana-sini tapi visa tak lepas. Menangis tak berlagu lah kan.

Ada orang kata buat Visa ke Jepun ni banyak songeh. Dengan dokumen yang diperlukan, lepas tu macam-macam benda yang disoal masa kat kaunter, kalau nasib tak baik kena interview bagai. Buat aku cuak secuak-cuaknya. Nangis lah aku. Apa aku nak kelentong.

Ada orang kata jugak buat Visa ke Jepun ni senang je. Janji ko sediakan apa yang dimintak. Harap-harap macam tu lah. Harap-harap senang untuk aku dapatkan Visa ni.


So, mula-mula kenalah lengkapkan segala dokumen. Sila tengok kat sini --> http://www.my.emb-japan.go.jp/English/visit.html#B
  1. Paling penting ialah pasport. Sila pastikan pasport tu berbaki lebih dari 6 bulan sebelum tarikh expired. Kalau tak, sila pergi renew terlebih dahulu.
  2. Dah tu, sila download borang dan lengkapkan. Kalau kita setakat jalan-jalan holiday, tak perlu nak isi bahagian guarantor tu. Biarkan kosong je.
  3. Ambik gambar pasport untuk visa Jepun. Diingatkan, untuk visa Jepun. Sebab gambarnya lain daripada yang lain. Background putih. Bagi yang pakai tudung tu, sila pastikan pakai tudung gelap ye. Aku siap balik JB buat gambar pasport ni sebab tak berapa nak puas hati dengan hasil buat kat kedai-kedai kat KK. Buruk nak mampus. Kat kedai apek kat Taman U tu siap photoshop lagi gambar aku bagi cantik. Hahahahaha..
  4. Borang itinerary nak kena isi. Isi je lah ikut suka, just bagitau tarikh sekian-sekian berada kat mana dan nak buat apa. Tak perlu detail sangat. Asal ada je.
  5. Employment certificate adalah perlu. Ni setakat surat pengesahan dari majikan yang kita ni bekerja. Kalau kita bekerja lah. Kalau tak bekerja kena buat karangan kot nak sahkan financial status n stuff.
  6. Lagi satu, personal saving. Ada orang kata mesti ada 10K dalam account, ada kata 6K. Aku tawakal je ambik yang paling sikit. Mana aku nak cekau 10K. Nangis lah. Saving account ni kena disahkan ye. Mula-mula aku nak gunakan ASB, tapi pengesahan ASB kena buat kat KL lah pulak. Makanya, aku guna akaun Tabung Haji je. Kat mana-mana pun boleh sahkan. Nak pakai bank-bank lain pun boleh je, cumanya akaun-akaun bank aku yang lain tu bakinya amat menyedihkan. Hahahaha..
  7. Dah! Sila susun ikut turutan, dan pergilah ke kedutaan ataupun konsulat yang terdekat.

Nasib baik lah kat KK ni ada. Tak perlu aku nak turun KL. Tapi nak ke konsulat Jepun kat KK ni, buat aku sesat barat jugak. Tak boleh pakai betul google map. 

Dah sampai tu, aku masuk through security dan terus ke pejabat. Seram jugak rasa tapi buat-buat confident je. Dah sampai kat kaunter, aku serahkan dokumen dan pasport. Staff di situ belek-belek dokumen yang aku sediakan dan suruh aku duduk sekejap. Tak sampai 5 minit lepas tu, dia bagi satu slip dan suruh datang kutip pasport 3 hari kemudian. Hah? Macam tu je? La haiii.. Senangnya.................

Terkedu jugak aku, sebab staff tu tak tanya apa pun. Senang betul nak buat visa kat sini. Nampak gaya boleh pergi Jepun banyak kali lah lepas ni. Hahahaha.. So 3 days later aku datang ambik pasport. Bagi slip, then staff tu terus bagi pasport aku balik. Macam tu je. Tak banyak tanya, tak banyak songeh. Alhamdulillah..

Hakk~!!

Dengan ini, trip ke Japan is ON bebeh~!!

Related Posts:

  • Konnichiwa Japan! ~ Kick Off Entri edisi jalan-jalan ke Jepun akan bermula tak lama lagi. Sebelum tu aku bagi sneak peak sikit lah, ke mana aku merewang selama 10 hari kat negara matahari terbit tu. Merewang sampai muntah.. Tungguuuuuuuuuuuuuuu… Read More
  • Miyagi Guesthouse, Sendai Kat Sendai. Kami stay kat sini untuk satu malam. Namanya Miyagi Guesthouse. Kami sampai Sendai dah malam dah. Tak ada lah malam mana pun baru pukul 6 lebih je sebenarnya tapi disebabkan winter time, dah malam sangat dah ras… Read More
  • Konnichiwa Japan! ~ Day 2: Nara - Nara Park, Todaiji Temple, Higashimuki Shopping Street, Kobe - Masjid Kobe, Sunday, 20th January 2013 Hari kedua menghirup udara Jepun. Nyamannya. Tihihihi.. Mengada-ngada sungguh. Nyaman tu memang nyaman lah kan. Tapi suhunya. Ya ampun. Memang sangat bertabah. Bahana gedik sangat beli tiket fli… Read More
  • New Koyo Hotel Tokyo Ketika jalan-jalan di Tokyo, kami memilih untuk tinggal kat New Koyo Hotel. Boleh dikatakan antara tempat tidur yang agak murah lah kat Tokyo ni. Murah bila dicompare dengan harga tempat-tempat tidur yang lain lah. Kalau ha… Read More
  • Konnichiwa Japan! ~ Prologue Hallu! Saya baru balik dari merewang-rewang di Jepun. Yayy!! Macam tak percaya pun ada. Dah banyak dengar cerita orang, nak ke Jepun susah. Nak deal dengan visanya lah, dengan rate currency yang tinggi lah, harga barang yan… Read More

0 comments :