Monday, October 29, 2012

Beijing BBQ Steamboat, Kota Kinabalu

Seumur hidup duduk kat KK ni tak pernah datang makan kat sini. Bukannya tak mau, sebab tak ada geng nak pergi melantak. Aku kan lone ranger yang terasing. Tak ada kawan buat peneman. Huhuhuhu..

Kali ni aku pergi sebab nak melayan budak dua orang yang tak dapat balik raya disebabkan lampu bodoh kat KKIA tu rosak. Masing-masing muka sebik kan. Tak ada apa yang boleh menggembirakan mereka selain pergi melantak.

Kenapa namanya Beijing BBQ pun aku tak tau. Tapi kind of nice jugak lah this place. Steamboat & BBQ secara buffet. Reminds me of Seoul Garden. Lebih kurang lah, cuma pilihan kat sini tak sebanyak Seoul Garden. Tapi boleh lah nak buat lepak-lepak, makan-makan. Almaklumlah kat KK ni tak ada Seoul Garden.

Nyam nyam nyam..

Masing-masing tenggelam dalam perasaan. Mengunyah dan mengunyah saja. Nak hilangkan rasa stress tak dapat balik beraya kan. Aku pun ikut tenggelam jugak. Tenggelam sampai senak perut aku dibuatnya.

Tadaaa~!!

Overall, boleh tahan sedap jugak lah makan kat sini. Tengah lapar, semua sedap kan. Harga satu kepala RM30++. Makan sampai senak. Tapi janganlah ambik banyak-banyak tapi tak makan. Kang kena extra charges pulak. Opening hours pulak 6.30pm to 11.00pm. Sentiasa penuh. Kalau tak nak kempunan, sampai sana tak ada seat kosong, sila buat reservation terlebih dahulu. 

It's a recommended place to go. For more info go to Beijing BBQ Steamboat.

Related Posts:

  • Karnival Produk Johor 2012 Now now.. Ada Karnival Produk Johor kat 1Borneo. Kemain ye. Aku yang kengkonon free tak ada kerja pun pergilah menyinggah tengok. Adalah beberapa booth yang menjual produk-produk ni. Tapi kebanyakannya aku tak kenal kecuali… Read More
  • Fish Spa Kg Luanti Fish Spa Kg Luanti ni bukan sebarangan fish spa. Tak main lah pakai besen. Tak main jugak lah ikan kecik-kecik yang cute tu. Fish spa ni, kena terjun masuk sungai. Ikan dia pulak gabak-gabak besar lengan aku yang gebus ni. … Read More
  • 3D2N in Sandakan Salam 1 Malaysia. Kekeke.. Hari ni makcik muncul lagi dengan entri jalan-jalan. Kali ni makcik ke Sandakan. Sakan tau makcik jalan-jalan. Dua weekend berturut-turut makcik tak lekat kat rumah. Pantang ada cuti panjang sikit… Read More
  • Menyengal di Kg Nelayan Hari-hari makan. Makan hari-hari. Naik sekilo aku ni tau minggu ni! Chisss.. Tak boleh jadi. Once the week is finished, aku kena start puasa balik! Malam tadi kami makan lagi. Kami makan di Restoran Kampung Nelayan kat KK n… Read More
  • Cuti-cuti Tawau 3D2N Jumaat 22hb April 2011 Hari Jumaat, cuti Good Friday. Aku dan geng mengambil kesempatan cuti weekend yang panjang ni untuk pergi jalan-jalan. Destinasi kami ialah Tawau. Yey! Dah dekat 6 tahun aku duduk kat Sabah ni. Baru… Read More

0 comments :