Monday, October 3, 2011

Bengkel Infosys 30 Sept~2 Okt

Weekend baru ni aku join Bengkel Penyediaan Soalan Infosys kat Grand Borneo KK. Meriah ko, sebab tiba-tiba je join dengan tak tau basic apa-apa. Alkisahnya bengkel ni untuk peserta-peserta yang dah join Program FEP. Tapi aku tak pernah join. Jadinya agak terpinga-pinga jugaklah. Tiba-tiba nak kena buat soalan exam kan? Maunye huru hara hidup ni.

There were 33 of us. Dari merata IPT di seluruh Malaysia. Semuanya berkampung di sini untuk membuat soalan-soalan untuk program Infosys. Bidang yang terlibat adalah Problem Solving, Programming, Operating System, Database dan Computer Hardware. Itu ini begitu begini, aku tercampak ke bidang OS. Masak lah! Subjek paling aku tak suka. Hahahaha.. Motip lah kan? Dulu, pernah lah jugak aku mengajar subjek OS ni. Tapi sekali je. Lepas tu tobat dah. Pass kat orang lain!

Bengkel selama 3 hari ni dimulakan pada hari Jumaat malam. Malam tu adalah sesi pengenalan serta sesi ice-breaking. Macam budak-budak sekolah je rasanya bila ber ice-breaking ni. Seronok aku dibuatnya. InsyaAllah. Akan kucuba ingat semua nama-nama peserta bengkel ni. Aja!!


En Azmar bagi intro..

Event disambung keesokan harinya. Kami peserta-peserta yang tak pernah mengikuti program FEP diasingkan untuk mengikuti sesi CAMP methodology. Hambik! OBE lah, MQA lah, Bloom Taxonomy lah. Ni tambah lagi satu, CAMP. Nangis lah nak tau semua konsep ni. Konsep-konsep semua ni penting untuk mengconstruct soalan-soalan exam. Supaya dapat membezakan pelajar yang pandai dan pelajar yang lemah. Lepas tu ada kategori pulak dah tu. Mesti consists of 10% Memory, 30% Concept, 30% Analytical and 30% Practice. Barulah set soalan yang disediakan tu berkualiti. Ada paham? Cakap senang lah kan? Macam mana nak kategorikan soalan-soalan tu? Macam mana nak tau soalan-soalan tu merupakan soalan analytical? Macam mana nak recognize soalan-soalan ni soalan practice? Haaa.. Tu yang masak tu!


Our Facilitator.. Dr Sulaiman..

Berhempas pulas lah kami berkenalan dengan CAMP methodology ni. Walaupun agak rushing, kami berharap sangat lah dapat construct soalan dengan betul. Dah tu? Gigih lah kan buat soalan OS. Lalalalalalallalalaa.. Nangis mak!! Topik yang aku kena cover ialah topic concurrency, synchronization and deadlock. Oh yeah! Topik paling TAK suka. Hahahaha.. Oh. Lupa nak cakap. Soalan yang kami construct ni semuanya Soalan MCQ ye. Multiple Choice Questions. Double the nangis!! Bukan senang nak buat soalan objektif ni. Pilihan jawapan yang nak diletakkan tu, aishhh. Boleh migrain kepala aku.


Gigih buat soalan..

Setelah dua jam berlalu, cuma 2 soalan saja yang siap. Masak lah aku. Tu pun entah boleh dicampak ke dalam kategori yang mana satu pun aku tak tau. Konsep kah? Analytical kah? Practice kah? Arghhh!! Pening-pening. By 5pm, baru 5 soalan. Sewel sebentar. Besok dah nak kena compile and analyze. Tak tidur lah aku malam ni! Huhu..

Dah balik ke bilik, lepas makan boleh pulak aku bantai tidur. Ciss!! Pukul 1 pagi baru terjaga. Walaweii.. Sakitnya jiwa aku. Macam mana boleh tertidur ni? Hangguk lah. Stay up sampai 4 pagi siapkan soalan. Alhamdulillah semua selesai. Dan berjaya jugak aku kategorikan mengikut kategori yang betul. Berkat buat kerja di subuh hari kot ni. Hahaha..

Pagi Ahad, sesi pembentangan. Alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat sebab soalan-soalan aku ni qualified. Memenuhi kriteria. Yey!! Lepas ni terer dah lah aku buat soalan objektif kan? Hahaha.. Dalam masa kurang dari 12 jam, aku boleh buat 10 soalan yang berkualiti. Fuiyooo.. Sebab buat kat hotel kan? Mana tak gigih. Oleh itu, saya ingin mencadangkan kepada JK Akademik untuk mengadakan bengkel membuat soalan exam di hotel. Gerenti dalam dua hari boleh siap. Tak payah nak tunggu sampai seminggu sampai dua minggu calling pensyarah sana sini untuk submit soalan. Kan? Sokonglah cadangan saya ini!! Hahahahaha...

Related Posts:

  • Calling for Final Year ICT Students OR Recent 2009 Graduates to join INFOSYS FOUNDATION PROGRAMProgram: INFOSYS FOUNDATION PROGRAMDate: 15th MAY - 27th AUGUST 2010Venue: UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK, SARAWAKMinistry of Higher Education & Multimedia Development Corporation in collaboration with Infosys Technologies L… Read More
  • First Time Di saat aku merepek ni, aku berada di Labuan. Lebih tepat lagi, tengah tergolek-golek dalam surau airport Labuan sambil main internet. Nasib baik aku bawa mambang kunen ku bersama-sama. Kalau tak, mati kutu lah aku kat sini.… Read More
  • Melepak.. Aku sedang melepak lagi. Kat KKIA. Sementara menunggu flight ke KL. Asyik berjalan je aku ni kan? Sabtu ni balik JB pulak. Tapi bukan dari KL ye. Dari KK. Hahaha.. Bengong jadinya. Pergi KL buat apa? Bengkel Infosys. Nasib … Read More
  • SPoC In Da House! 20 Okt aku pergi meeting SPoC Infosys kat KL. Meeting berlangsung di Seri Pacific Hotel. Aku stay di seberang jalan di The Legend. Nak duduk Seri Pacific tak mampu. The Legend pun tak mampu juga. Siap kena topup sendiri. Har… Read More
  • Infosys Reunion Umat-umat yang berjaya menyepockan diri untuk Infosys. See you guys in Melaka this May! … Read More

0 comments :