Wednesday, September 28, 2011

Open Universiti

Dah hujung-hujung Syawal ni banyak betul sesi-sesi makan. Semalam dah la openoffice. Hari ni openuniversiti pulak. Hambik. Makan saja kan. Kisahnya, setiap jabatan kat sini akan membuka gerai masing-masing menghidangkan macam-macam jenis makanan. Meriah kau. Rambang mata tengok. Pilih saja yang mana berkenan di hati.

Tahun lepas aku involve lah jugak dengan openuniversity ni. Gigih dilantik jadi AJK perhiasan gerai. Ha'ahh.. Mereng aku dibuatnya. Konon-konon nak kena pantau mereka-mereka ni menghias gerai. Tapi aku tunggu sampai pukul 10 malam tak jugak datang-datang orang yang menghias tu. Aku terus balik lah. Tak kuasa aku nak tunggu khen? Orang pompuan ni mana boleh balik lambat-lambat malam-malam. Bahye!!

Tahun ni aku tak involve apa-apa. Bagus juga. Tak menyemakkan kepala aku. Lagi pula minggu ni kami sebok dengan external examiner kami yang datang dari UK. Datang untuk menskodeng, mengomen dan memberi pandangan dalam pembentukan program 4 tahun program System Management and Networking kami ni. Banyak input yang kami dapat. Terima kasih Prof Garik from University of Lancaster.

Kisahnya lah kan. Nak jugak bawak Prof Garik pergi openU ni. Majlis openU bermula pukul 9.30 pagi. Mengikut pengalaman-pengalaman aku yang lepas, kalau kau tak datang pukul 9.30, jangan harap lah kau dapat makan. Manusia, fuhhh.. Punyalah ramai. Yang mengskodeng, yang melantak, yang mengayat pun ada. Sempat tu! Yang paling aku tak boleh terima yang menapau! Pantang betul aku openhouse ke openoffice ke openuniversity ke ada aksi menapau-napau macam ni. DEYY!! MAKAN KAT SITU JE TAK BOLEH KE? Geram pulak aku. Itu cerita tahun lepas lah. Tahun ni?


Gerai kambing golek kami..

Tahun ni menu gerai kami ialah kambing golek lagi. Sangat sedap kan? Jadinya cepat-cepat laa kami menyelesaikan segala aktiviti dengan Prof Garik dengan harapan dapat pergi ke openU kami tu. Baru pukul 11.30 pagi. Dapat maklumat. SEMUA GERAI DAH KEHABISAN MAKANAN... Dapat maklumat lagi, tahun ni aktiviti menapau sangat meriah. Huwarrghh!! Demmnn you penapau-penapau tegar!! Terus tak jadi nak bawak Prof. Garik. Nasib baik makanan tengahari ada disediakan. Makan kat sini je lah.

Tapi tension jugak lah aku ni kan. Tak dapat nak makan kambing golek. Semalam hati dah kecik. Hari ni semakin kecik. Lama-lama hilang terus hati aku ni. Dah, dah. Tahun depan tak payah join ye..

Related Posts:

  • Open Office Hari ni office aku buat openhouse!! Makan lagi. Gebuuuss lah aku macam ni hari-hari makan je. Makan free pulak tu. Adoilahh.. Konsep makan-makan kat office aku ni ialah konsep potluck. Setiap program diminta membawa maka… Read More
  • Aidiladha 2010 Tahun ni aku ber Aidiladha di KK saja. Nothing special. Masak-masak dan makan-makan nasi impit, sambal goreng, ayam masak merah dan sayur lodeh. Share-share bawak ke rumah Ustaz and ke rumah pakcik. Time-time macam ni mulala… Read More
  • Aidiladha 2008 Selamat Hari Raya Aidiladha! Tak terlambat lagi kan? Ehehehhh.. Alkisahnya, tahun ini aku tak balik beraya. Rasa sayu je. Sedih betul beraya di perantauan. Jauh dari keluarga. Rindu kat mak, kat abah, kat Ika Kembong, kat s… Read More
  • Selamat Hari Raya!! Selamat Hari Raya UOLLSS!! Sempat lagi aku menebeng kat sini ye raya-raya macam ni? Weh. Raya tahun ni macam tak meriah lah. Sedih Heenim nak masuk army. Wakakaka.. MOTIP lah aku ni. Tak nak beraya boleh tak? Duduk rumah… Read More
  • Makan Lagi Just after Isya' tadi, ada kenduri makan-makan kat rumah aku ni. The thing is Wak Daut akan balik ke Saudi Arabia hari khamis ni. Jadinya dia berhajat untuk menjemput orang-orang surau datang makan-makan di rumah. Puas hati … Read More

1 comments :

Murni said...

alahai..kesiannya..napa xmintak sapa2 tlg tapaukan kambing golek tu...