Tuesday, September 6, 2011

Makan Lagi

Just after Isya' tadi, ada kenduri makan-makan kat rumah aku ni. The thing is Wak Daut akan balik ke Saudi Arabia hari khamis ni. Jadinya dia berhajat untuk menjemput orang-orang surau datang makan-makan di rumah. Puas hati dia agaknya dapat jamu mereka ni. Hajat sebelum balik mesti ditunaikan.

Kita tak masak ye! Penat tau masak-masak ni. Order saja sama Hj Kasdi. Nasi yang Hj Kasdi ni masak aku tak tau nama dia apa. Tapi memang marvelous sedap. Dimasak sekali dengan daging and keledek. Makan macam tu saja pun sedap. Adalah juga lauk-lauk sampingan. Pinggan, cawan pun pinjam Hj Kasdi jugak. Almaklumlah, rumah aku ni mana ada banyak pinggan mangkuk. Kesian pulak nak bagi mereka-mereka ni makan pakai pinggan kertas.

Disebabkan orang-orang surau yang datang, lepas preparation angkat makanan ke depan, terus aku memerap dalam bilik. Biarlah adik jantan aku tu yang melayan tetamu datang. Dah agak-agak reda, agak-agak orang dah beransur balik, aku pun turun ke bawah. Hambik kau! Orang-orang surau ini tengah bersilat di dapur. Bungkus berkat, basuh pinggan, basuh cawan, basuh periuk. Hambik!! Tetamu pulak dah yang susah payah mengemas. Habis semua settle. Yang kat depan semua dah bersih. Yang kat dapur pun hampir-hampir kemas. Tetiba malu pulak aku ni. Hahahaha..

Baguslah mereka ni. Lepas makan, tolong kemas. Alhamdulillah. Nasi satu periuk besar habis licin. Lauk-lauk yang lain pun langsai. No leftovers. Senang hati Wak Daut. Hati aku pun senang. Kalau banyak leftovers susah pulak nak menghandlenya. Bah. Tahun depan boleh jemput lagi. Hehehehe..

Related Posts:

  • Duit Raya Semua orang dah sibuk-sibuk tukar duit raya. Tahun ni dapat duit kertas versi baru. Cantik tu cantik lah jugak. Tapi macam duit Monopoly je aku tengok. Macam main-main je duit tu. Huhuhu.. Syok tu syok lah jugak kan dapa… Read More
  • Kenduri Durian Lokasi: Kg Ayer Manis, Kulaijaya Tarikh: Malam raya Masa: Waktu berbuka puasa Crime no 1 Crime no 2 Crime no 3 Ni lah jadinya bila semua kaum kerabat berkumpul nak sambut raya besok, dan stok durian kat ke… Read More
  • Raya Raya Raya!! Selamat Hari Raya semua! Seperti tahun-tahun sebelumnya, raya-raya ni, tempat aku kat dapur je. Jadi bibik. Memang comot lah 24 jam. This is what I did.. 1. Buat sarung ketupat. Terer tau. Cakap je ketupat jantung, sate,… Read More
  • Raya! Raya! Raya! Part 1 Cerita Raya dengan Kengkawan Bahagian Pertama Orang raya pegi rumah sedara mara. Kami raya pergi Aeon Bukit Indah, tengok wayang. Kekeke.. Partners in crime.. Orang raya makan ketupat, rendang sambal goreng ayam … Read More
  • Marhaban ya Marhaban Tiap-tiap tahun time raya, orang-orang surau akan pusing satu taman buat Marhaban. Rumah aku tak terkecuali. Meriah sikit tahun ni sebab Wak Daut stay agak lama kat Malaysia ni sempena raya. Makanya, ramai jugak lah yang da… Read More

0 comments :