Thursday, May 20, 2010

Cuba Try Test

Check.. Check.. 1.. 2.. 3.. cuba try test..

Dah lama tak mengarang benda merepek. Hari ni aku nak test sama ada skill aku ni masih hot hot hot issue ke tak. Alah, macam budak-budak 4minute cakap tu. Hahaha..

Tengah hujan lebat ni. Mood pun mood hujan lah. Kalau tidur memang syok. Err.. Dah terlelap pun tadi. Melepek kat atas meja. Ni baru je terjaga. Hehehe.. Mentang-mentanglah kelas dah habis. Marking dah settle. Ada lah masa untuk buat kerja-kerja tak berfaedah. (^__^)V

So, sekarang ni tengah hot hot pasal free seats air asia kan? TIPUUUUUUUU!! Apa yang freenya? Tak jumpa pun yang free? Yang murah pun hampagas. Aku nak cari tiket balik CNY tahun depan pun RM600++. Promo kebenda tu? Mungkin yang free, yang aku nak, tak termasuk dalam senarai. Huh.. Susah juga ekk nak cari tiket murah sekarang. Aku ni dah la lama tak berbackpacking. Gian dah. Sampai menggigil-gigil dah ni. Hehehe.. Bila lah nak kembali ke zaman kegemilangan tahun 2009. Sakan dan gigih aku pergi jalan-jalan. Huhuhuh.. Cerita pasal jalan-jalan ni buat aku teringat kan peluang pergi ke India awal Mei baru ni burn macam tu je. Sedihnya bila ingat balik. Huwaaaaa..

Cerita pasal jalan-jalan ni jugak buat aku teringat kat Bangkok. My favourite capital city kat ASEAN setakat ni. Gaya aku cakap favourite ni, macam lah banyak capital city ASEAN yang aku dah pergi kan? Hehehe.. Tapi sedih lah bila tengok news keadaan Bangkok sekarang. Tempat yang aku pernah beronggeng, jalan-jalan, shopping tak hengat dah jadik tempat perang. Harap-harap keadaan cepatlah aman kat sana. Boleh aku datang lagi.

Woott!! Ada kerja pulak dah datang menggolek-golek, menggesel-gesel ni. Benci betul. Sambung besok-besok lah.

Babai for now..

Related Posts:

  • Marhaban ya Marhaban Tiap-tiap tahun time raya, orang-orang surau akan pusing satu taman buat Marhaban. Rumah aku tak terkecuali. Meriah sikit tahun ni sebab Wak Daut stay agak lama kat Malaysia ni sempena raya. Makanya, ramai jugak lah yang da… Read More
  • Posto! Posto! Cerita dari Busan jugak. Hantar postcard dari Busan ke diri sendiri. Baru first time ngada-ngada buat. Macam syok pulak. Lepas ni, pergi mana-mana boleh buat lagi. Hehehe.. Gamcheon Cultural Village.. From me to me… Read More
  • From Handsworth With Love Kemas-kemas bilik tetiba nampak surat ni. Waliaooo!! Harta karun ni. Dah boleh masuk muzium. Nyiahahhahahaha!! Well, it's from my classmate, Claire Hudson back in Sheffield. Dah tak pasal-pasal terkenang lah pulak z… Read More
  • Kenduri Durian Lokasi: Kg Ayer Manis, Kulaijaya Tarikh: Malam raya Masa: Waktu berbuka puasa Crime no 1 Crime no 2 Crime no 3 Ni lah jadinya bila semua kaum kerabat berkumpul nak sambut raya besok, dan stok durian kat ke… Read More
  • Hello... Aku balik dari Busan menjajar cari budak kecik 4 ekor tu tak jumpa. Mesti mak dia dah bawak lari. Sedih pulak rasa. Sekali time basuh baju kat belakang dengar bunyi miu miu. Oihh.. Dia menyorok dalam penyodok sampah rupanya… Read More

4 comments :

tunbegia said...

nothing is free my dear, ahaks

salamm,

azie said...

ye la yatt.. sedih jek tgk bangkok jadi mcm tu... mcm tak caya jek tgk tempat2 yg aku penah pegi dah kena bakar lak...

azie said...

ye la yatt.... tak sangka aku Bangkok dah jadi camtu... tergezut gak tgk tpt2 yg aku penah pegi kena bakar..

CikSengal said...

tun,
yo.. den tau.. tapi kalau dapat murah2 pun ok jugak.. nak balikkk!! huwaaaa...

azie,
tu laa.. aku nak pi sana lagi.. nak jumpa mak yah.. hahahaha..