Thursday, December 10, 2009

Meroyan Di Bangkok - Day 5: National Museum, Chao Phraya River Cruise & Siam Centre

Fuh.. Berapa lama daaa aku tak update kisah perjalanan gamble kami ke Bangkok. Ada dua hari lagi to go ni. Aja-Aja!!

Tuesday, 7th April 2009

Hari ni free and easy. Tak ada plan bombastik nak berjalan ke mana. Kami decide nak pusing-pusing Bangkok saja. First stop kami ke National Museum. Tak jauh pun dari Khaosan Road. Jalan kaki pun boleh.

Mesti korang kata, boringnya jalan dengan Yatt. Masuk muzium lah, pergi tempat bersejarah lah. Ahh, pedulik! Janji aku suka. Bukan senang nak mendekati sejarah dan budaya sesuatu masyarakat melainkan kita sendiri pergi tengok dengan mata kepala kita sendiri. Muzium ni penuh dengan sejarah Thailand. Kisah raja-rajanya, kisah keagungan kerajaan zaman-zaman dulu, kisah macam mana Siam ni boleh lut dari perang dunia kedua. Macam-macam lah. Dapat aku refresh balik ingatan aku pada apa yang aku dah belajar zaman muda remaja dulu.


depan National Museum..



Oh ya, masuk muzium ni free je. Tak payah bayar pun. Jadinya, kalau dah tak tau nak pergi mana kat Bangkok tu, singgah-singgah lah masuk muzium ni.

Selepas pusing-pusing satu muzium, kami bercadang nak naik bot menyusuri Sg. Chao Phraya. Glamour sungai ni. Dalam buku sejarah banyak kali sebut. Jadinya, kami ke pier yang terdekat which is Banglumpoo Pier - pier no 13. Kalau ikut map kami akan naik bot dan turun di pier no 1 - Oriental Pier. The last stop should be Central Pier. Tapi kami stop satu pier awal. Mengikut peta, kawasan Oriental Pier tu ada masjid. Bila ada masjid, secara automatik mesti ada kedai makanan muslim berdekatan. Perut pun dah nyanyi lagu sabai sabai. Haruslah kena isi. Harga tiket bot tak mahal. Cuma 18 baht sorang.


Temple of Dawn di tepi Sg. Chao Phraya..

Turunnya kami dari bot kami nampak makcik muslim ni jual pulut dengan mangga. Yey! Dari hari pertama lagi dah ngidam dah sebenarnya. Kat Khaosan Road banyak. Tapi tahap kebersihan dan kehalalan nya diragui sikit sebab dijual bersama-sama dengan makanan-makanan lain. Memang tak tunggu lama lah, salamat tapau dua polisterin. Hehehehe..


Pulut n mangga..

Kami makan di Muslim Restaurant. Hahahaha.. Straight to the point nama restoran. Tak perlu nak ragu-ragu lagi. Restoran ni terletak di Charoen Krung Road. Berdekatan dengan State Tower. Restoran ni lah restoran yang kami nak pergi pada hari kedua kami di Bangkok ni. Masa tu, nama jalan betul dah. Tapi, dah penat kami berjalan tapi tak jumpa-jumpa. Panjang rupanya jalan ni, restoran pulak located at the other end of the road. Kalau keep on jalan, mau separuh hari juga baru jumpa. Hehehehe..


State Tower


Stop solat sekejap di Banoou Mosque..

Selepas solat kami singgah di Robinson Bangrak. Area-area masjid Banoou ni jugak. Anak-anak dara ni beli................


Kasut!! Masing-masing kaki dah penat..

From Robinson kami menapak ke stesen Skytrain Saphan Taksin. Dari situ kami ke Siam Paragon. 40 baht kalau tak silap naik skytrain ni dari Saphan ke Paragon.


dalam skytrain..

Hari tu dah pergi Paragon. Hari ni kami pergi ke Siam Centre pulak. Jalan-jalan cuci mata je. Nak beli barang fulus takde.


Siam Centre..


Lambang toilet kat Siam Centre.. Kalau lelaki, satu kaki terkepit. Kalau pompuan, pakai skirt dengan dua-dua kaki terkepit. Kalau NYAHHH?? Hahahahaa...

Dah habis pusing-pusing Siam Centre, cuba teka kami ke mana pula? Ya betul! PLATINUM!! Hahahahaa.. Borong baju lagi. Adededehhh..

Selepas habis meround Platinum, kami decide nak pergi buat Thai massage. Dah sengal-sengal satu badan berapa hari berjalan tak ingat dunia. Kami belek punya belek tempat massage, adalah satu tempat ni yang boleh dikatakan murah. 500 baht di Emerald Hotel. Jangan main-main. Di hotel tu. Hehehe..

Kebetulan hujan lah pulak. Nak naik teksi, teksi malas nak pi area sana. Traffic jam teruk katanya. Nak tak nak, terpaksalah naik lah tuktuk. Habis basah kuyup. Dah terbayang-bayang betapa bestnya kena urut sekejap lagi. Wuhuuu...

Dengan beg plastik yang banyak di tangan berkat memborong di Platinum, kami masuk ke hotel 5 bintang tu. Seriously macam rusa masuk kampung. Confirm orang-orang kat sekeliling pandang je. Hahahaha.. Apa? Ingat kami tak mampu masuk ke? Hahaha.. Pergi ke Spa yang dimaksudkan dan dapat tau harganya bukan lagi 500 baht tapi 600 baht. Terus monyok semuanya. Hahaha.. Nyaris-nyaris tak jadi nak massage. Bila dah pikir betapa susahnya nak datang ke situ, kami gagahkan diri juga mengeluarkan duit dari purse. Kekekeke..



The massage was great. Sedap betul aku rasa. Ringan je badan. Boleh pergi Platinum lagi lepas ni. Hahaha.. After a long day, kami pun balik ke lodge. Penat betul meroyan di hari kelima ni..

Lain-lain cerita pasal Bangkok:-
Meroyan Di Bangkok - Day 1
Meroyan Di Bangkok - Day 2
Meroyan Di Bangkok - Edisi Restoran Mak Yah
Meroyan Di Bangkok - Day 3
Meroyan Di Bangkok - Day 4

4 comments :

yantie said...

yatt, citer skit apsal thai ni kebal dr perang dunia ke 2?..

CikSengal said...

hahahaa.. ingat2 lupa dah k yanti.. tak silap macam ada perjanjian dengan jepun masa tu.. ada laa banyak cerita pasal kerajaan siam ni yang tak pernah kena jajah selain dari kena jajah burma.. ada something yang buatkan kerajaan diorang ni kuat.. aritu baca tak abiss... hahahahaa...

sitinurulhawa said...

org2 mcm kite mmg spesel yatt. kita jalan2 je kat town pon kita rasa bermakna. hal2 kecik kat kaki lima pon kita enjoy.

yan, kiteorg kluar dari muzium tu dgn komen... patutla org thai syg sgt dgn raja dia.

pendek2nye citer ko yatt,... bnyk gak hal sengal berlaku masa hari ni kan? nak cari peer tu satu hal. pastu nak bagi instruction kat org jual mangga pulut tu hal lain ekekeke.. penat la cakap sambil buat signal suruh bungkus pulut dgn mangga asing2.

skali jalan2 jumpa silom balik ekekeke... barulah paham skit jalan2 kat sini.. (nak sebut nama jalan pon seksa beb) tp sampai skrg aku masih dpt ingat nama chakrapong road haha..

oittt bangkok ada 2 hari lagi, bali bila nak siap cover nih?
cepat siapkan sblm kite meroyan gi tahun depan :P

CikSengal said...

dah tak ingat sangat citer bangkok ni.. stakat mana ingat je ni. huhuhu..

tu laa.. citer bali blom lagi.. aduhhh.. tu lagi laa.. banyak aktiviti kita buat.. huhhuuu.. bila nak start mengarang ni..