Sunday, December 28, 2008

Jalan-Jalan Buang Karan

Makcik dah duduk KK ni 3 tahun dah. Tapi baru hari ni makcik berkesempatan pergi Tamu Gaya Street. Hahaha.. Tak senonoh sungguh makcik. Bukannya tak teringin nak pergi. Makcik fedap bab-bab cari parking ni. Area sana ya ampun! Susah betul nak cari parking. Kalau boleh, naik bas lagi senang. Tapi makcik tak berapa suka naik bas kat sini. Makcik takut!

Sebenarnya makcik nak cari buku Computer Ethics by Deborah Johnson tu. Eh, bukan cari kat Tamu Gaya Street ye. Kat Zenithway yang dekat tamu tu. Hehehe.. Buku makcik yang dulu entah mana makcik letak. Gone with the wind terus. Makcik ni nak laa prepare untuk mengajar semester depan ni. Susah juga kalau buku tu tak ada. Semua nota dan references makcik ambil dari situ. Konon-konon nak revise balik lah ni. Tak kan nak pakai nota yang dah outdated. So berpusing makcik cari kat Popular, Eaton, Times. Tak ada. Kachiwa makcik. Nampak gaya, kena cari kat Zenithway lah ni. Malas betul makcik! Tau-tau je lah. Bab parking kat sana memang teruk!


Tengah makcik tension mencari parking, makcik tergelak tengok signbod ni..

Tapi makcik gagahkan diri juga. Sampai sakit-sakit lutut makcik tekan break. Banyak betul kereta. Jem pulak tu. Last-last dapat jugak parking slot. Kat depan abx express tu. Hahaha.. Jauh gila! Kerana Deborah Johnson, makcik sanggup! Berjalan kaki lah makcik ke Zenithway. Tapi sebelum tu makcik singgah la jugak Tamu Gaya Street tu. Cuci-cuci mata.


Dah macam kebun Gaya Street tu..


Typical gerai.. Souvenirs and souvenirs..


Tabby cat for RM1500. I wonder who brings RM1.5K to Tamu? Hurmm...


Makcik tak tau apa ni. Tungtung? It is creepy and slimy and sedang berusaha keras untuk keluar dari tong tu...

Makcik kachiwa lagi. Kat Zenithway pun tak ada. Huhuhu.. Nampaknya makcik terpaksa lah menunjukkan skill mengarang makcik yang terer tu. Sedap lah makcik menggoreng nanti. Frust betul lah. Baru je makcik nak melangkah keluar Zenithway, makcik bertembung dengan Nicholas. Nicholas pun bising-bising kata dia datang banyak kali ke ofis makcik, tapi makcik tak ada. Oooppsss! Makcik ponteng kerja ke time tu? Hahaha.. Rupanya Nicholas nak bagi makcik buku. Suka betul makcik. Walaupun buku si Deborah tu makcik tak dapat, makcik dapat 3 buku Data Structures Using JAVA. Yey! Siap lah kamu semua, wahai student-student ku. Semester depan ni kita berdatastruct guna JAVA pulak! Kehkehkehkeh..

Related Posts:

  • Puncak Borneo Resort Baru-baru ni aku dan mek kpop Kia pergi meronggeng di Kundasang & Ranau. Officemate mek Kia buat kenduri kahwin. So, aku pun bawaklah dia pergi sana. Semangat betul aku datang menyemak kat majlis orang. Sempena ron… Read More
  • Fish Spa Kg Luanti Fish Spa Kg Luanti ni bukan sebarangan fish spa. Tak main lah pakai besen. Tak main jugak lah ikan kecik-kecik yang cute tu. Fish spa ni, kena terjun masuk sungai. Ikan dia pulak gabak-gabak besar lengan aku yang gebus ni. … Read More
  • Karnival Produk Johor 2012 Now now.. Ada Karnival Produk Johor kat 1Borneo. Kemain ye. Aku yang kengkonon free tak ada kerja pun pergilah menyinggah tengok. Adalah beberapa booth yang menjual produk-produk ni. Tapi kebanyakannya aku tak kenal kecuali… Read More
  • Beijing BBQ Steamboat, Kota Kinabalu Seumur hidup duduk kat KK ni tak pernah datang makan kat sini. Bukannya tak mau, sebab tak ada geng nak pergi melantak. Aku kan lone ranger yang terasing. Tak ada kawan buat peneman. Huhuhuhu.. Kali ni aku pergi sebab na… Read More
  • QPR in Kota Kinabalu Sigh... Sigh... Double Sigh.. QPR in Kota Kinabalu. Datang sempena jelajah Asia Tour katanya. Ada apa dengan QPR ni? Aku bukannya minat QPR pun. Tak kenal pun pemain-pemain QPR ni. Berita diorang nak datang KK ni pun dah la… Read More

0 comments :