Sunday, April 9, 2006

Back to Work..

Balik dari cuti memang camni. Bosan memanjang. Nak keje pon takde mood. Malas segala2nya. Hari isnin pi keje tumpang k wan. Malu sey tumpang orang ni. Tapi kena tebal muka jek. Order keta pon tak nampak batang hidung lagik. Ntah bilanya nak settle pon aku tak tau. Penat la nak pikir. Hari2 seterusnya aku beradventure sket. Aku try naik bas pi keje. Mula2 takut betul. Nasib baik Neni ada. Zyka pon ada. So kitorang pi keje sekali. Aku ni bukan nak cakap apa la. Aku takut dengan orang local. Bila aku naik bas je semua orang pandang. Huhuhu.. Macam nak telan je. Tu sebab kalau boleh aku tak mo naik bas. Tapi nak buat camne. Tak kan selama2nya nak tumpang orang. Lepas beberapa hari naik bas aku dah kureng sket rasa takut tu. Bleh kata dah terer jugak. Hehehe.. Tapi kena ada kawan. Kalau sengsorang tak nak de aku. Aku rela call teksi. Bayar 30 hengget pon bayar la.

Hari Khamis nan indah aku dikejutkan dengan satu phone call. "Hello Yati.. Ni Abdullah.. Abdullah.." Lorr. Sape la pulak ni. Aku mana ada kenal mamat nama Abdullah. Saspen betul aku. Pastu dia kata "Ni Abdullah kawan abah Yati la." Huk aloh.. "Abdullah Bade ke??" Aku tanya takut2. Hehehe.. Dia kata haa ye la. Wallah.. Apa laa pokcik ni nak. Tetiba aku teringat. Pakcik ni orang sabah. Musti dia balik kampung ni. Musti dia ada kat sini ni. Musti nak jumpa aku ni. Bila dah dengar explanation dia betul plak jangkaan aku. Hehehe.. Sama macam time Omeng ngan Pion datang hari tu. Mana aku tak terkejut giler babeng. So cam biasakla. Aktiviti beramah mesra. Dia nak menjenguk aku kat sini. Why not? Welkam.. Welkam.. Memang dialu2kan datang menjenguk. Aku ni sebenarnye jarang bercakap ngan pakcik nama Abdullah ni. Dia bukanlah pakcik pon. Umur aku ngan dia gap berapa tahun je. Tapi oleh sebab dia kata dia kawan bapak aku so aku panggey dia pakcik la. Hahaha.. Depan dia takde la panggey camtu. Belakang2 je. So ntah camne tetiba je si pakcik ni jadik sesangat le peramah. Humang aih.. Terkujat aku. Masa kat fakulti dulu punyala malu2 kucen. Kami borak2 sakan. Cerita itu ini. Macam2 la. Magic betul. Tetiba jek jadi baik ngan Abdullah Bade. Very funny. Kalau la geng2 aku tau mampus kena gelak.

Related Posts:

  • Terer Kunun..Apabila seseorang yang tidak ada basic bermain piano, GATAL pergi beli piano, kunun pandai main macam PRO, inilah jadinya..KERAS KEJUNG~~!!Saya hanya pandai play-by-ear. Jari ke mana, apa ke mana, saya tak pedulik! Yang penti… Read More
  • Jadual Pembayaran Gaji 2012 Tadaaa~!! Sila buat perancangan dengan teliti.. ^____^ Bulan Tarikh Catatan Januari 16 Januari 2012 Isnin Tahun Baru Cina 23 & 24 Jan 2012 Februari 23 Februari 2012 Khami… Read More
  • Belated Birthday There's something in my pigeon hole. Tadaaaaa... Birthday Card & Present.. Ni zaman bila punya birthday ni. Rajin betul Datuk bagi hadiah kat staf semua ye Datuk. Tahun depan sila lah bagi lagi. Hehehehe.. … Read More
  • Malaysian Infosys Alumni Network Session 2011 Saturday, 17th December 2011 Gigih tak gigih. Selepas habis benchmarking visit, aku tak terus balik ke KK. Kisahnya, aku ada gathering Alumni Infosys keesokan harinya kat Shah Alam. Pergi balik hari. Penat kau~!! … Read More
  • Mnet Most Amazing 2011 Live in KL WOHHHH~!!! Siapa nak pergi angkat tangan!! Cik Sengal takde duit dah. Baru je balik dari kampung kekdahnya... SuJu ahhh... ㅠ__ㅠ … Read More

1 comments :

Lieya said...

Yatt..walaupun post ko ni dah lama..aku tetap nak gelak..hahahaha.. (aku tgh baca blog ko dari awal..jangan mare ha..)
-afadh-