Tuesday 15th February 2011
Day 4 people! Adoi.. Banyak hari lagi nak kena tulis ni. Kita buat slow-slow lah ye. Hari keempat ni, kami akan bergerak menuju ke Jeju. Yey!! Kami memang dah plan siap-siap. By hook or by crook, kita mesti pergi Jeju! Tapi nak pergi Jeju ni bukannya senang. Macam-macam dugaan lah yang dilalui. Tapi syukur alhamdulillah. Sampai juga kami di Jeju.
Well, nak pergi Jeju, we had to say bye bye lah kat Sunshine Guesthouse ni. Sedih pulak rasa. Hahahaha.. Guesthouse yang telah banyak berjasa kepada kami kerana kedudukannya yang sangat-sangat strategik untuk bergerak ke mana-mana. Sebelum pergi, sempat juga aku snap beberapa keping gambar common room untuk dijadikan kenangan. Kot-kot rindu kat Sunshine ni. Hehehe..