Tuesday, February 12, 2013

Guesthouse Kinta, Kyoto

Sempena aktiviti jalan-jalan kami ke Kyoto, kami memilih untuk tinggal di Guesthouse Kinta. Guesthouse ni letaknya di area Nishigomoncho. Within walking distance lah jugak dengan Gion, tempat yang harus kita pergi kalau nak skodeng Geisha. Hehehehe..

Kalau nak ke Kinta ni, stesen subway yang terdekat ialah stesen Kiyomizu Gojo. Sila keluar ikut Exit 1. Dari stesen tu kena jalan kaki lebih kurang 10 minit. Tak jauh mana jugak lah sebenarnya. Untuk reference, sila tengok peta kat bawah ni.

Kiyomizu Gojo to Guesthouse Kinta..


Aku suka kawasan guesthouse ni. Ia terletak kat kawasan kejiranan lama. Old Kyoto gitu lah lebih kurang. Suasana kat sini tenang je. Rumah-rumah pun jenis yang comel-comel. Jalan pulak kecik cenonet je.

Jalan menuju ke Guesthouse Kinta..

Guesthouse Kinta..

Harga bilik..

Menu makanan?

The owner can speak basic English. Hurmm, should i say Jenglish? Hehehe.. Ye lah. English berslangkan Jepun. Kiranya boleh jugak lah nak communicate. Tak adalah sampai macam ayam dengan itik bila bercakap.

Reception.. Kecik dan tomei..

Mari naik atas!

Dah sampai atas.. Kurus sungguh ruang dia.. TAK BOLEH BERSELISIH..

Let's go to our room!

Ada macam-macam jenis bilik kat guesthouse ni. Kami memilih untuk duduk dalam bilik berempat. Cramp ramai-ramai masuk satu bilik. Sejuk-sejuk macam ni memang sangat best kalau boleh cuddle up dekat-dekat kan. Bilik ni bilik tradisional jepun. Pakai tatami, futon bagai. Just nice. Bilik ni dah di booked siap-siap dah sebelum datang ke Jepun ni. Nott lah yang rajin membooking. Harga satu malam ialah JPY8000. Kalau ikut harga semasa kami pergi ni, lebih kurang RM288. Kami stay di sini dua malam. Selesa jugak lah bilik ni. 

Mungkin harga-harga bilik yang ditawarkan ni adalah berlainan mengikut musim. Harga musim sejuk mungkin lagi murah dari harga musim panas. Harga peak season lagi mahal dari harga off-peak season. Itu standard lah kan.

Ja-jaaannn~!!

Meja asalnya kat tengah-tengah bilik, dah diketepikan..

Dalam bilik ada disediakan cerek elektrik. Boleh lah kalau nak buat air panas. Nak masak maggi pun boleh. Cawan atau mug boleh ambil dari bawah. Tak pun mintak je kat tuan guesthouse ni.

Ada closet buat simpan beg..

Toilet, shower, sinki whatsoever semuanya kat luar. Kebetulan dekat sebelah bilik kami je. Tak perlu nak jalan jauh-jauh. Toilet dia takde paip, tapi ada bidet. Yay!! Bidet tulisan Jepun lah ye. Tapi ko pandai-pandai lah bajet nak tekan apa bagi air keluar, bagi air berhenti dan sebagainya. Hehehe.. Nasib baik aku ni pernah ambik kelas Mandarin masa zaman-zaman gedik tengok Meteor Garden dulu. Jadinya, boleh lah agak chinese character yang digunakan kat instruction bidet tu. The shower, PERGGHH sangat best. Kepala shower yang besor dipasang betul-betul atas kepala. Memang nyaman lah. 

Kawasan toilet..

Sinki..

Jamban..

With bidet..

Tengok gambar je dah tau nak guna camne kan? Hehehe..

Shower room..

Hey, that's our room up there!

Facilities lain-lain, ada washing machine, ada PC kalau nak surf internet, ada vending machine, ada common room buat lepak-lepak. Cumanya aku tak menyempat nak explore. Makanya tak ada lah aku ambik gambar bagai. Kalau nak sewa basikal pun boleh. Harga sewa basikal JPY500 kalau tak silap aku untuk satu hari.

Apa-apa pun, aku suka lah duduk sini. Lain kali kalau datang Kyoto, aku nak duduk sini lagi lah. Subway pun dekat, nak gerak pergi mana-mana pun senang. ^___^

For more information go to Guesthouse Kinta Kyoto Website.

4 comments :

Ina said...

Sukalah dengan guesthouse tu...walaupun nampak kecik sikit tapi bersih, just nice

CikSengal said...

rumah jepun memang comel-comel..

Aozora said...

best nyerr dpt gi jepun~~~

CikSengal said...

sila pergi.. sekarang ni dah tak payah pakai visa.. rate yen pun murah.. :)