Saturday, November 17, 2012

Fish Spa Kg Luanti

Fish Spa Kg Luanti ni bukan sebarangan fish spa. Tak main lah pakai besen. Tak main jugak lah ikan kecik-kecik yang cute tu. Fish spa ni, kena terjun masuk sungai. Ikan dia pulak gabak-gabak besar lengan aku yang gebus ni. Meriah tau!

Fish Spa ni letaknya kat Kg Luanti. 30 minit drive dari pekan Ranau or dalam 15 minit drive dari Poring Hot Springs. Kalau nak pergi ke Fish Spa ni hari yang sama dengan pergi Poring pun boleh. Macam yang aku buat ni. Boleh jimat masa. Letaknya kat tepi jalan besar je. Kat Jalan Ranau-Telupid tu. Tak ada signboard ke sini. Tapi kalau ada nampak signboard ke Sabah Tea Farm tu, sila lah perlahankan kenderaan anda. Sebab fish spa ni dekat area tu je. Di sebelah kiri jalan. Kat jalan masuk, ada pintu gerbang dan arca ikan yang besar. Memang tak kan missed punya lah.

Nak masuk kena beli tiket. Tiket dibeli kat area jalan masuk fish spa ni. Berhenti sekejap kat tepi jalan, beli tiket dan drive masuk ke dalam. Harga tiket, RM5 untuk dewasa. Kamera dan handphone segala tok nenek tu lain harga lagi. Kat dalam, ada parking space. Tapi tak banyak lah. Selit je lah celah-celah mana pun. Tapi biasanya dalam satu-satu masa muat je nak parking.

Parking..

Masuk ke sungai.. 

Ada jambatan gantung..

Dah tiga kali aku datang sini. Mula-mula datang memang aku tak masuk dalam sungai tu sebab aku ni ayam. Chickening out kekdahnya. Dengan ikan yang besor-besor macam tu. Aduimakkk.. Nangis tau. Jadinya, first time datang, aku sekadar main di gigi air je. Main cak-cak je dengan ikan-ikan tu kat tepi. Kali kedua datang dah berani masuk dalam. Tempat yang cetek je lah. Kali ketiga datang nekad nak terjun terus. Tapi bila datang ni, tak jadi lah. Seram pulak. Hahahahaha..

So sebelum masuk, kena pergi kat satu kaunter ni. Kena ambik nombor. Alkisahnya, siapa nak masuk menyepa ni kena ikut turn. Dan ada time limit. Tak lebih stengah jam kalau tak silap aku. Kalau tak pakai time limit haruslah jammed-packed kan. Ikan pun lari tak mau dekat. Makanya, sila ambil nombor. Bila nombor dipanggil, boleh lah masuk ke sungai. 

Oh lupa pulak. Kalau bawak kamera ke handphone ke, kena bayar kat sini. Bukan kat tempat beli tiket kat luar tadi. Bayaran kamera dikenakan kalau air sungai tenang dan clear. Kalau air keruh, tak perlu bayar. Dah tiga kali aku datang ni tiga-tiga kali tak pernah bayar untuk kamera. Air sungai keruh kekdanhya. Kalau nak beli makanan ikan, boleh beli kat sini jugak. Satu paket 20 sen je.  

Kaunter nombor giliran..

Sungai yang keruh..

Bila nombor dah dipanggil, boleh lah masuk dalam. Try test dulu celup jari kaki ke dalam. Ada tak ikan yang berminat. Hehehehe.. Kalau kaki tu memang banyak daki, banyak cagu, banyak kulit mati memang seronok lah ikan-ikan ni menggigit. Selamat. Kaki aku mula jadik mangsa. Menjerit-jerit macam orang gila aku bila kena gigit. Yang peliknya, ikan yang kecik-kecik yang gigit. Yang besar-besar tu sekadar menyondol-nyondol je mintak makan. Macam kucing pulak dah.

Ikan~!

Pose terbaik..

Lagi ditabur makanan, lagi mengganas ikan-ikan ni dalam air. Water splashes everywhere. Basah jugak lah dibuatnya. Yang menggigit, terus menggigit. Yang menyondol terus menyondol. Bila dah jadi macam ni, memang banyak kali jugak lah aku buat aksi sepak terajang ke ikan-ikan tu. Sorry fishie.. 

Makanan ikan dah habis, timing dah habis, kami pun naik semula ke atas. Bagi chance orang lain pulak menyepa. Kalau terasa lapar tu boleh lah singgah gerai-gerai yang ada. Pisang goreng panas-panas. Huh.. Nyaman..

Nak minum ke nak makan ke..

Jalan-jalan jambatan gantung tengok orang menyepa..

So, jangan lupa singgah sini ye. ^______^

6 comments :

nini said...

wah bestnya.....mesti geli geli kan tym kena gigit ngan ikan...hehe

pavlova said...

terbaekk..hihi..yg best kat sabah ni ikan di sungai tu boleh dipelihara dan penduduk kpg pun tak suka suki tangkap ikan..so ikan tu boleh la membesar dan tak pupus...hurmm..rasanya bukan kawasan tu je ikan dipelihara di sungai..tp kat kawasan kampung kota belud pun sama gakk..huhu..sabah mmg best

CikSengal said...

Bukan geli lagi dah.. Sakit terus macam kena gigit semut api.. Huhuhu..

CikSengal said...

Yep reserved.. Kat kota belud kat area mana? Boleh menyinggah n buat review.. ^^

pavlova said...

cik sengal, kota belud mu cari kampung melangkap..hihi..selamat mengembara;)

CikSengal said...

pavlova,
ic.. thanks for the info! nanti nak pegi cari.. ^____^