Thursday, November 22, 2012

Kimbap Fusion

Ada karnival Asas Pembudayaan Keusahawanan kat tempat aku ni. Aku pun entah bila, tiba-tiba zam-zam alakazam je dilantik menjadi salah seorang penyelia sekumpulan pelajar ni. Kalau dah namanya keusahawanan, kenalah buat aktiviti keusahawanan kan? Jual-jual, beli-beli. Kira untung rugi dan yang sewaktu dengannya.

Jadinya kumpulan pelajar ni pun meniaga lah. Meniaga makanan. Kimbap some more. Kemain korang ye. Konpius pun ada jugak sebab dalam group ni lebih dari separuh ahlinya merupakan international students. From Myanmar and Tanzania. Err.. Orang Tanzania pun makan kimbap ke? Hurmmm..

Aku tukang bagi markah. Makanya, macam-macam lah aku tanya soalan yang merapu-rapu kat mereka ni. Motipnya kimbap? Katanya, makanan ni senang nak buat, simple, mudah nak makan. Aku cakap Maggi pun senang nak buat jugak. Curah air panas je. Hehehehe.. Then dia cakap lagi, sekarang ni orang tengah gila everything pasal Korea. Dari drama ke muzik ke tempat-tempat menarik termasuk lah makanan. Aku cakap ye ke semua orang minat. Dijawabnya "YAAAAAAAAAAAAAA~!! Kami tau Miss pun masuk dalam kategori orang-orang yang minat tu". Cisssss.. Memandai je korang ye..... Kekekeke..

Iklan/Promotions.. Berapa markah?

Presentation.. Berapa markah?

It's a fusion one I must say. Dia punya pencicah tu, rasa macam sambal belacan pun ada. Hahahaha.. Baguslah tu. Kimbap cicah sambal belacan. Walaupun pelik, boleh tahan jugak sedapnya. :P

The taste? Sedap.. Hehehehe..

So the markah? Pandai budak-budak ni bodek macam-macam. Hurmmm.. Mood aku agak baik. Makanan pulak antara yang aku minat. Makanya, lu pikirlah sendiri. Hehehehehe.. 

Related Posts:

  • Lagi-Lagi Exam Yes. Minggu Exam datang lagi. Kalau nak tengok aku sewel tahap gaban, meh datang jumpa time musim exam macam ni. Sewel sebab nak marking paper.  Total students = 137 orang Hambikkkk~!! Layan blues kat lu… Read More
  • Exam & Marking & ... Minggu ni busy duduk kat exam hall. Musim peperiksaan kan. Dah tu, sibuk jugak mengadap segala assignment, labwork dan project yang perlu di marking. Muntah pelangi kaw-kaw. Students seratus lebih. Dah tu gatal bagi individ… Read More
  • Welcome New Intakes!! Weekend yang lepas, pelajar baru mula mendaftarkan diri. Minggu ni pulak minggu orientasi. Aku yang kesengalan ni terlibat jugak lah. Dengan aktiviti yang melibatkan sekolah.  Tu dia... Tak ada apa sangat pun. Se… Read More
  • Like A Boss Photoshoot. Saja suka-suka sempena bapak-bapak budak ni nak graduate dah.  And me.. LIKE A BOSS.. The flower among the thorns. Thorns yang buat aku gila babi sepanjang 4 tahun ni. Semoga selamat lah ye lepas ni. ^… Read More
  • Kimbap Fusion Ada karnival Asas Pembudayaan Keusahawanan kat tempat aku ni. Aku pun entah bila, tiba-tiba zam-zam alakazam je dilantik menjadi salah seorang penyelia sekumpulan pelajar ni. Kalau dah namanya keusahawanan, kenalah buat akt… Read More

0 comments :